Jom Ubah Gaya Hidup Untuk Jadi Lebih Sihat




Selama hidup ni tahu yang kita kena jaga pemakanan, jaga persekitaran, jaga perut terutamanya kerana banyak penyakit berasal dari perut. Dengan kata lain gaya hidup kita.

Sumber makanan mentah kita tak macam dulu lagi, dulu buah ngan sayur fresh dan selamat, sekarang pesticide dan GMO. Protein pulak dulu selamat sebab membesar dengan cara normal sekarang tumbesaran dipercepatkan dengan hormon. Ikan pula tercemar dengan logam berat.

Masa BF memang kesihatan tip top sebab apa? sebab jaga makan, tak suka-suka makan junk food, makan sayur dan buah, ambil supplemen, minum air banyak. Sekarang ni ikut dan jer sebab takder fokus kenapa nak jaga kesihatan beria asal sihat sudah. Supplemen still makan sebab tahu toksin banyak dalam sumber makan mentah dan nak pastikan badan cukup nutrien, sayur dan buah kurang makan, air pun kurang minum.

Detox awareness bukak mata, ingat kan balik apa yang lupa, ingatkan balik apa sebab jaga kesihatan. Buat detox rasa badan lain, lebih energetic, lebih sihat. Mula-mula buat detox ikut jer apa yang orang suruh, lepas rasa kesannya mula study dalam lagi kenapa sibuk-sibuk dorang ni buat detox awareness. Macam trend pula lepas tu semua brand pun mula jual idea detox.

Sebab kenapa kena detox :
1. Singkirkan logam berat daripada badan macam merkuri, kadmium dan plumbum.
2. Singkirkan toksin yang bersarang dalam organ-organ badan.
3. Bersihkan usus dan mengalakkan bakteria baik dalam usus.
4. Memperbaiki sistem imun
5. Buang parasit yang menumpang.

Sejak buat detox, mula balik stock up sayur dalam peti sejuk, buah-buah pun beli balik (beli dan makan hahaha) dulu sampai busuk dalam peti ais tak makan. Start to eat clean. Cuba kurangkan ikan yang tinggi logam berat. Disebabkan sayur dan buah ada pesticide basuh dan rendam dulu dengan Basic H tuk hilangkan benda tu semua.




Masih banyak lagi nak kena ubah, gula putih belum lagi terhapus daripada rumah, masih kuat makan ayam, cuba memperbanyakkan bahan dapur daripada sumber organik. Benda organik ni ya ampun mahal. Disebabkan tak leh nak tukar semua sebab nanti belanja dapur melambung tinggi, barang giler mahal skang lagi2 bila minyak naik rega. Alasan minyak naik rega..chehhh...jadi kena bijak.

Kita cuba sedaya yang boleh dan makan supplemen tuk tolong pastikan badan sentiasa sihat dan singkirkan toksin sebab vitamin dan mineral juga membantu menyingkirkan toksin dan logam berat. Mana ada benda senang dalam hidup ni, nak makan pun susah kan. Berusaha!

Badan Sihat Pun Kena Detoks Juga..Kenapa ek?

Shaklee menjadi pilihan atas banyak sebab.Shaklee sebenarnya adalah sebuah syarikat yg menjaga kelestarian dunia untuk generasi depan, bukan jual vitamin semata-mata.

Pemilihan bahan mentah dari ladang-ladang yg mengamalkan cara penanaman organik, tanpa guna pestisid, herbisid, gmo etc. Bila ladang organik, dorang tak guna racun sebaliknya guna cara semulajadi untuk singkirkan perosak. Ia bukan je selamatkan kita dr termakan benda-benda racun yg tak disedari tetapi ia juga jaga populasi haiwan-haiwan. Eh acaner lak tu? Maklumlah kalau guna racun, bukan haiwan perosak saja yang mati, semua yg berdekatan pun terkesan sebab racun tu menyerap dalam air pastu sumber makanan haiwan lain macam daun-daun atau pokok-pokok renek.

Begitu juga ikan-ikan utk Omega Guard, shaklee guna satelit utk tangkap ikan-ikan dan dapat approval dari Friends of The Sea yang menjaga populasi ikan-ikan sedunia bukannya suka-suka suruh nelayan gi tangkap ikan untuk buat Omega Guard.


Bila angkasawan Shaklee naik ke angkasa, dia nampak kerosakan yg berlaku di bumi dan Shaklee ambil tindakan seterusnya contohnya program tanam sejuta pokok yg Shaklee buat tu. Apa yang angkawan nampak bila dorang kat atas sana? Mesti sesuatu yang tak best sampai Shaklee buat projek tanam sejuta pokok. Tanam pokok untuk apa? Untuk oksigen maknanya kesan rumah hijau bumi ni makin teruk dan membahayakan.

Nasa dengan Shaklee agak ngam jugak la sebab Shaklee provide Vitamin untuk para angkawasan mereka malahan semasa convention tahunan Shaklee pasti ada angkasawan yang bagi talk tentang Shaklee. Nasa yang cari Shaklee bukan Shaklee yang carik Nasa jadi apa maknanya tu. Sila fikir sendiri.Tu belum masuk cerita Landmark Study lagi tu. Takpe la yang tu korang baca dekat link entri bawah ni.

Shaklee's Landmark Study

Apabila nak ubah gaya hidup kena juga kasi brand yang ingin digunakan dalam kehidupan daripada bahan dapur sehingga ke toiletries. Pastikan yang selamat, kalau masih belum mampu nak ubah semua kita ubah mana yang mampu.


0 comment... add one now