Kisah Orang Hebat ~ Dr. Forrest C.Shaklee


Siapa founder Shaklee? Terus terang ai pun tak berapa kenal, yang ai tahu dia seorang yang hebat. Tetapi lepas baca tentang Dr. Forrest ni, wahhh kisah hidup dia sangat mencabar.

Dr. Forrest C. Shaklee nama diberi dan kebiasaaan orang yang hebat ini sejarah hidupnya juga memberi inspirasi.

Dr. Forrest C. Shaklee dilahirkan pada November 1894 dan ketika beliau dilahirkan beliau sudah mempunyai sakit. Beliau didiagnos menghidapi penyakit tuberculosis ataupun TB dan doktor mengatakan bahawa beliau tidak akan hidup lama. Ibu bapa Dr. Forrest tidak berputus asa, mereka percaya dengan kebaikan semulajadi jadi mereka berpindah ke tempat yang tanahnya subur dan penuh dengan mineral dan nutrien. Pada ketika itu mereka tinggal di kawasan lombong arang batu dan mereka percaya dengan makanan yang baik, udara yang segar serta rehat yang cukup dapat mengubati TB ataupun batuk kering.

Kesian kan daripada lahir dah sakit dan menghabiskan waktu membesar berusaha untuk sihat. Dr. Forrest seorang pemerhati dan pencinta alam kerana beliau suka memerhati alam sekitar. Beliau bebas daripada TB ketika remaja tetapi kesihatan beliau masih lagi tidak begitu memuaskan dan memerlukan usaha untuk menjadi lebih sihat. Beliau mula bersenam dan mengkaji perhubungan antara kesihatan tubuh badan, nutrien, gaya hidup dan pemikiran. Salah satu pegangan beliau adalah fikiran positif.

Dr. Forrest sangat meminati bidang chiropractic dan beliau ingin mengubati orang ramai menggunakan bahan-bahan semulajadi. Beliau mendaftar masuk ke Plamer School of Chiropractic dibawah kelolaan B.J Palmer. Semasa beliau belajar disana, beliau sering melihat pesakit yang kurang nutrien ataupun terlebih (overfed). Beliau percaya yang kekurangan nutrisi boleh menyumbang kearah sesuatu penyakit dan beliau semakin mengambil berat tentang kepentingan nutrisi didalam kehidupan seharian.

Pada tahun 1915 terhasilnya supplement pertama dunia iaitu Vitalized Minerals. Hasil kajian dan usahasama dengan saintis lain. Kemudian Dr. Forrest mula aktif mengubati pesakit dan memastikan pesakitnya mengambil diet yang kaya dengan vitamin. Klinik beliau berjaya tetapi sekali lagi Dr.Forrest sakit dan disahkan kanser berpunca daripada terdedah pada X-ray. Disebabkan itu tangan dan kaki kiri Dr. Forrest mungkin dipotong untuk mengelak daripada kanser itu merebak.

Siapa yang hendak kaki dan tangan kudung? Disebabkan ini Dr. Forrest yang ketika sudah berkeluarga mengambil keputusan untuk menjual kliniknya dan fokus untuk kembali sihat. Beliau percaya dengan fikiran yang positif serta pemakanan yang sihat. Pada tahun 1922, sakit beliau menunjukkan tanda-tanda untuk sembuh setelah setahun mengamalkan gaya hidup bergantung pada bahan semulajadi. Pada tahun 1924, Dr.Forrest sihat sepenuhnya dan membuktikan kepentingan nutrisi itu adalah penting kerana beliau sembuh daripada kanser dengan kuasa alam semulajadi.

Beliau kembali aktif mengkaji dan menganalisis tentang kepentingan nutrisi. Beliau membuka kembali klinik dan merawat pesakit seperti dahulu dengan formulasi makanan tambahan yang beliau buat. Satu demi satu kejayaan yang Dr. Forrest dapat dan kemudian bergabung tenaga dengan anak-anak untuk mewujudkan kesedaran tentang kepentingan nutrisi. Pada 1 April 1956 Shaklee Corporation mula beroperasi menjual produk makanan tambahan dan setiap pelanggan akan diberi pemahaman tentang nutrisi sebelum mereka menjadi pelanggan kerana Dr. Forrest mahu semua orang sedar tentang kepentingan nutrisi. Bak kata Dr. Forrest pada anak-anaknya " We'll teach some and they'll teach other".

Dengan itu bermula kisah Shaklee mengorak langkah didalam dunia supplemen sehingga terciptanya pelbagai jenis vitamin untuk kesihatan orang ramai. Semangat Dr. Forrest semasa beliau disahkan menghidap penyakit kanser memang perlu dipuji kerana terus berpegang teguh pada kepercayaan beliau yang nutrisi yang betul akan menyembuhkan penyakit. Beliau tetap menjalankan kajian serta penyelidikan walaupun sedang sakit.
Setiap orang yang berjaya itu ada kisah mereka tersendiri , apa yang kita boleh pelajari daripadanya perlu kita sematkan dalam pemikiran kita. Mereka berjaya sekarang tetapi bukan cara yang mudah banyak onak duri yang mereka tempuhi. Oleh itu kita juga perlu lebih bersemangat, marilah kita menyambun legasi Dr. Forrest dengan menyampaikan dan menyebarkan tentang kebaikan nutrisi dan tentang pencegahan. Aim for healthy life uolzz.

Dr. Forrest C. Shaklee seorang yang cekal, bersemangat tinggi dan tidak mudah mengalah. Legasi beliau sedang diteruskan oleh ramai SID diseluruh dunia. 


Dah puas baca fakta pasal Dr.Forrest, jom kita cuba faham apa yang tersirat pula. Macam masa sekolah dulu time belajar BM tersurat dan tersirat.

Tersurat, kita goggle ker pasal Dr. Forrest ni macam-macam page yang ada maklumat pasal Dr. Forrest keluar tapi kita faham tak apa yang tersirat.

Setiap kali kita baca tentang orang hebat apa yang kita dapat belajar daripada kisah dorang. Benda yang paling obvious adalah PENGORBANAN. Setiap orang hebat yang berjaya mesti sudah berkorban macam-macam.

Semasa Dr. Forrest disahkan ada kanser, dia tutup klinik yang sudah beroperasi dengan jayanya untuk tumpukan pada kesihatan beliau kerana dia mahu terus hidup demi keluarganya. Masa tu Dr. Forrest sudah ada Forrest Jr. dan seorang lagi on the way.

Selama setahun Dr. Forrest hanya makan sayur,buah-buahan segar dan makanan yang baik-baik sahaja untuk sembuhkan kansernya. Dekat sini apa yang tersiratnya, KESABARAN. Kalau korang rasa-rasa boleh tak? Bukan setakat makan benda yang bagus dan tinggi nutrien tetapi Dr. Forrest siap buat ujian darah dan kajian. Betapa dia sangat KOMITED dan yakin dengan alam semulajadi.

Dr. Forrest PERCAYA dan YAKIN yang nutrien yang betul dapat menjamin kesihatan daripada kecik sehingga terbentuknya Shaklee dan sekarang yang meneruskan ideologi itu adalah Roger Barnett dan kita ni. para SID yang bernaung bawah Shaklee. Kita jual Shaklee sebab kita dah rasa kebaikannya jadi kita share dengan orang lain bukan setakat duit semata. Antara sebab Dr. Forrest jual produknya dengan cara direct selling, "We'll teach some and they'll teach others." ini yang Dr. Forrest beritahu anak-anaknya. Amacam CERDIK tak, terbukti cara ni berkesan.

Banyak lagi yang boleh kita belajar bila membaca tentang orang hebat ni. Kalau dah tahu kenalah cuba replicate kalau tidak serupa macam baca buku dogeng jer lah kan.

0 comment... add one now