Setiap hari ada benda baru yang kita belajar antara kita sedar atau tidak...
Ada yang memang kita terus faham, ada yang kita perlu ambil masa untuk memahaminya...
Ilmu Allah itu luas...
Anak kecil pun boleh berikan kita pengajaran, haiwan juga boleh bagi kita pengajaran begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan...
Tinggal lagi sekeping hati yang dikurniakan Allah ini mahu atau tidak memahami kerana kadang kala kebenaran amat menyakitkan...
Sejak serius mahu berniaga yang sejak dulu adalah sesuatu yang merupakan salah satu taboo bagiku, banyak yang telah dipelajari. Antaranya erti susah payah, erti impian, erti ketamakan dan banyak lagi.
Money cant buy happines but we need money to be happy.
Why? we need money to buy things for living.
Dalam dunia bisnes kes caras mencaras ni memang terlalu biasa kerana orang tamak dimana sahaja. Mereka memikirkan keperluan mereka tanpa sedar mereka menaniaya orang lain, itu bagi yang tidak sedar ada yang memang sedar apa yang mereka lakukan tetapi bersembunyi disebalik perkataan STRATEGI. Setiap orang ada strategi masing-masing tetapi tidak perlulah sampai menyusahkan orang lain. Disebabkan mereka umpama ikan besar dilautan dan aku hanya ikan bilis, SATU benda yang aku belajar daripada situasi ini adalah bersikap berlapang dada. Let is go kata orang putih.
Bohong la kalau aku katakan, hati tak terguris, tak marah atau hati tidak terluka setelah penat mempromosi tetapi pelanggan pergi pada orang yang berikan lebih hadiah dan murah. Atas dek kerana mereka sudah ada modal yang kukuh dan mampu berbuat demikian aku yang masih goyah ini harus redha. Berlapang dada la wahai ayu, rezeki tidak salah alamat. Percaya pada Allah yang itu bukan rezekimu, pasti ada yang lain.
Runsing apabila target yang dibuat tidak tercapai, runsing apabila orang paling rapat mula mempersoalkan perkembangan bisnes, runsing memikirkan masa yang sudah berlalu tanpa hasil. Runsing tahu tak? Tetapi apa yang perlu buat, biarkan kerunsingan itu pergi dan berlapang dada minta kekuatan daripada Ilahi. Sudah ku cuba buat apa ku mampu tetapi belum berhasil jadi perlu buat sesuatu yang diluar kemampuan tetapi itu semua memerlukan duit. Haih duit lagi. Kos sara hidup makin meningkat, duit lagi. Tetapi jangan kerana duit sikap tamak mula ditanam. Jangan sekali-kali. Kita cari jalan yang tidak memerlukan itu semua taupun pada kos yang minima.
Degil juga salah satu yang aku belajar sejak berbisnes, walaupun apa orang cakap hati ini tetap mahu teruskan jua. Walaupun ada masa tiada langsung yang mengetuk pintu kedai tetapi tetap teruskan jua, tetap terus berkongsi, tetap terus menulis blog apabila dan kepenatan mula menjengah ambil masa bersendirian melepaskan lelah dan kekecewaan kemudian teruskan langkah kembali. Orang yang tahu merasakan kesian kerana usaha masih belum menampakkan hasil tetapi entah hati ini berkata aku masih mampu bertahan. Berulang kali perkataan MENGALAH datang mengetuk pintu hati, walaupun tergoda dengan tawaran yang datang jika mengalah namun lebih berat kepada BERTAHAN. Apakah tawaran yang datang bersama MENGALAH? Lebih masa untuk berehat, lebih masa untuk buat benda lain, kepala ringan tanpa perlu fikir tentang target, badan tidak terlalu letih kerana berkejaran melalukan tugas Tempting untuk aku yang penat.
Disebabkan sikap berlapang dada yang mula sebati, setiap kali ada yang negatif datang aku pandang sisi positifnya dulu. Kadang kala perbuatan tak seiring dengan perkataan, bahasa tubuh menunjukkan aku mengalah dan lemah tetapi hati sedang cuba memujuk akal supaya berfikir lebih jauh dan lebih positif. Berniaga memerlukan ketabahan dan kekentalan, lihat sahaja mereka yang sudah berjaya. Kita tidak tahu apa yang telah mereka korbankan, berapa gelen peluh yang telah mereka keluarkan, berapa banyak masa yang telah mereka habiskan.
Dengan sikap berlapang dada inilah setiap orang yang kadang kala sangat menjengkelkan jadi kurang merimaskan kerana aku pandang dia sebagai orang yang kurang kasih sayang. Tidak perlu sesakkan kepala dengan kerenah manusia yang merimaskan tumpu pada yang lebih pentng. Hidup aku sendiri sudah cukup sibuk jadi tidak perlu pening kepala dengan hal yang lain. Selagi tidak menyusahkan hidup selagi itu akan bertahan.
Ada yang maju dengan mudah dengan izin Allah, ada yang sukar. Mentor turunkan ilmu ikut sebaik mungkin, kawan seperjuangan berikan ilmu gunakan sebaik mungkin. Jangan sombong, jangan simpan ilmu yang diberi menjadi pekasam peringatan pada diri sendiri. Menguruskan kehidupan seharian kadang kala membuatkan kita tidak sedar masa yang berlalu namun itu bukan alasan kerana ada orang yang lagi sibuk masih mampu berjaya. Setiap orang ada 24 jam tiada yang lebih. Gunakan sebaik mungkin. Penat itu pasti tapi jika hati sudah sayang, penat itu cuma adalah alasan.
Aku masih meneruskan usaha menjadi ikan besar, bak kata mentor bukan selamanya jadi ikan bilis pasti lepas ni jadi ikan jenahak pula. Hahaha mari mendaki dan terus mendaki, berlapang dada walau sakit hati, have faith in Allah, Allah knows the best. Chaiyok!!!