Sebelum Berjalan Perlu Merangkak Dahulu...



Masa mula-mula kata konfem nak serius buat Shaklee ingat tak takut ker? Takut wey sebab nak jual produk kesihatan kut. Awak bukan doktor apatah lagi ahli farmasi, apa ilmu pasal vitamin yang awak ada pun. Salah ajar atau salah suggest supplement sapa nak tanggung? Cakap ngan upline boleh ker nak jual tak tahu apa2 ni?

Upline kata :

" Boleh, belajar vitamin yang ada set niche kita dulu lepas tu belajar yang lain pula. Kalau nak tunggu pandai sampai sudah pun tak mula menjual "

Lebih kurang gitu la ayatnya, lama dah lupa la. Upline masukkan dalam grup yang serius nak bisnes, banyak file pasal produk, bisnes, motivasi dalam tu jadi pepandai sendiri godek dan baca. Tak faham tanya, kalau diam memang tak dapat apa. Dulu kelas pakai webinar, asal ada kelas webinar attended sebab tahu nak gi kelas fizikal susah.

Beli buku Nutrisi pastu hadam apa maklumat yang ada (sampai sekarang tak terhadam hahaha), asal ada buku yang upline,sideline or sesiapa la kata bagus mesti try carik. Shaklee sendiri ada keluar nota-nota untuk bantu SID faham tentang produk dan hal-hal berkaitan.

Belajar consult customer, memang memula mengelabah sebab belum ingat dan faham fungsi setiap produk. Kalau kena tanya soalan KBAT skit mulalah mercik peluh duk google or WA upline, takut lambat bg jawapan prospek hilang minat nak membeli. Tapi kalau bukan rezeki kita buat macam mana pun tetap bukan kita punya, belajar accept rejection antara yang paling perit. Penat carik jawapan soalan KBAT dia tetiba leh kata nak fikir dulu, pergh pedihnya hati tapi itu semua mendewasakan. Sekarang rejection tetap ada tapi hati tu dah kental la skit takder la tisu sangat. When people say no, I say next.

Sekarang ni proses belajar masih ada tak pernah berhenti sebab banyak lagi yang belum tahu. Setiap hari ada jer info baru yang dapat, rajin dorang ni share apa yang dorang tahu. Hari ni tak menjadi esok kita cuba lagi, yang penting kena buat sampai jadi. 

Itu pasal tambah ilmu untuk berniaga, kalau cerita pasal customer pula macam-macam ragam boleh jumpa.

Kalau orang tanya siapa customer pertama ko?


Jawapannya, alamak serius tak ingat hahaha
I am so sorry...

Tapi...
Kegabraan bila ada orang PM dan beli masa mula-mula buat Shaklee dulu still terasa.

Mercik peluh menjawab soalan cuma masih berada dalam kawalan sebabnya yang bertanya kebanyakkan set BF yang memang sendiri consume. Soalan yang berkaitan dapat la dijawab walaupun jantung tu dup dap dup dap. Bila ada soalan tak dapat jawab WA upline cepat-cepat pastu google dengan kadar kelajuan yang AES pun tak dapat tangkap gambar. Takut nanti prospek hilang keyakinan kalau tak dapat jawab.

Kalau lambat menjawab soalan sangat la risau, takut nanti prospek hilang minat pastu lari. Sedaya upaya pegang prospek sampai turunkan harga dapat untung runcit sikit jer. Dulu punya cerita, sekarang insya allah sudah bertambah yakin kerana tahu rezeki itu tidak pernah salah alamat yang penting yakin dan percaya Allah dah sediakan rezeki tuk setiap umatnya. Harga runtuh no more selain daripada harga promosi sebab tak nak rasa macam aniaya diri sendiri, untung runcit tu utk diri sendiri kenapa tak nak terima. Bonus is bonus, profit is profit.

Walaupun masih ramai yang PM kemudian senyap lepas bagi harga tapi tak perlu sentap, teruskan melangkah mana tahu terpijak lombong emas.

0 comment... add one now