I Have A Dream, A SongTo Sing...


"Adik nanti dah besar nak jadi apa? Soalan biasa tanya budak kecil
"Where do you see your self in 5 years?" Ni soalan biasa tuk org interview
"Nanti pencen kau nak duduk mana?" Ni pulak soalan biasa tuk orang yang dah stabil 


Banyak lagi soalan-soalan biasa yang orang selalu tanya walaupun ada yang cliche tetapi ada jugak yang munasabah. Contohnya, apa rancangan kau lagi 20 tahun? 

20 tahun akan datang, umur dah masuk 50an dah masuk era pencen ataupun era tak perlu kerja duk umah sahaja. Lagi 20 tahun benda yang terbayang adalah duduk di rumah yang punyai laman yang cukup luas untuk bersantai dan buat aktiviti keluarga di kawasan yang hijau dan nyaman tetapi tidak jauh daripada kota. Banyak jer kan kawasan macam tu sekarang, countryside tetapi masih dalam range dekat dengan bandar. Bisnes sudah stabil ibarat ladang yang sudah cukup ranum untuk dituai hasilnya, zaman menyemai dan membajak sudah berakhir hanya tinggal zaman untuk menuai dan menyelenggara sahaja.

Hidup tenang aman damai dengan keluarga tercinta kerana money freedom dan time freedom sudah diperolehi.Kewangan sudah kukuh, pelaburan sudah membuahkan hasil, pendidikan anak-anak sudah terlaksana dengan sebaik mungkin, apa sahaja yang dahulunya menjadi impian sudah dapat dilaksanakan dan ibadat menjadi keutamaan. Anak-anak sudah mula mengorak langkah mengukir nama di persada dunia dan membina istana di jannah keduanya seiring dan sejalan. Satu persatu impian yang tercatit dalam buku 100 Impian sudah mula digapai dan terlaksana. 


20 tahun akan datang, bertambah ramai yang dibantu untuk membaiki kehidupan mereka, makin ramai anak-anak yatim yang terbela dan mempunyai pendidikan yang sempurna, makin ramai anak-anak kecil yang sakit telah dibantu, makin ramai yang dapat menerima bantuan. Menjadi tangan yang memberi kepada yang memerlukan.

Jika diizinkan Allah semuanya terjadi mengikut rancangan alangkah indahnya tetapi kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan. Jadi dari sekarang perlu mula mengorak langkah dengan cermat dan tertib untuk memastikan impian terlaksana dan 20 tahun akan datang diriku akan tersenyum mengingat kembali waktu coretan ini ditulis.

25.11.2016
2.20 pagi

Lagu westlife ni sangat sesuai rasanya, bermimpi tak salah malah digalakkan cuma jangan biarkan ia hanya tinggal mimpi berusaha sampai jadi kenyataan supaya dikemudian hari kita tidak menyesal kerana tidak berusaha sedaya upaya. 


Supaya tidak ada perkataan "kalaulah...." terucap di bibir.

I have a dream, a song to sing 
To help me cope with anything 
If you see the wonder (wonder) of a fairy tale 
You can take the future even if you fail 
I believe in angels 
Something good in everything I see 
I believe in angels 
When I know the time is right for me 
I'll cross the stream - I have a dream...






0 comment... add one now