Goblin will be here SOON! 2nd Dec to be exact...


Aiyak macam mana leh lupa pasal drama baru Goblin ni, asyik ingat Legend Of The Blue Sea jer. Ni salah satu cerita yang ditunggu selepas Scarlet Heart Ryeo, lebih suka layan cerita yang agak fantasi. 

Sedikit sinopsis daripada Drama Fever.
Pelakon : Gong Yoo dan Kim Go Eun

Gong Yoo (Coffee Prince), Kim Go Eun (Cheese in the Trap) and Lee Dong Wook (Blade Man, My Girl) berlakon dalam satu cerita romantik luarbiasa yang membuktikan cinta boleh mengatasi segalanya termasuk maut. Kim Shin (Gong Yoo) adalah "Protector of Souls" yang hidup selamanya manakala Wang Yeo (Lee Dong Wook) pula adalah "Angel of Death". Seorang pelindung manakala seorang lagi mengambil nyawa tetapi mereka berdua ini adalah masalah masing-masing. Wang Yeo mengalami amnesia dan Kim Shin sudah tidak mahu hidup selamanya lagi. Tetapi malangnya bagi mereka "Goblin" (tak tahu nak translate jadi apa, tak jumpa perkataan yang sesuai) ni untuk tidak mempunyai kelebihan hidup selamannya, mereka perlu berkahwin dengan manusia. Untuk tujuan itu Kim Shin mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Eun Tak (Kim Go Eun) seorang pelajar sekolah menengah yang optimis. Pada pendapat Kim Shin mampu membantunya menamatkan sumpahan kekal abadinya. Tetapi keadaan menjadi rumit kerana Kim Shin mula jatuh cinta pada Eun Tak dan dengan mengahwini Eun Tak bermakna dia akan mati, sanggup kah dia berbuat demikian? Adakah Kim Shin mula menyesal dengan keputusannya? 


Dibintangi juga Kim Sun (Pelakon One More Happy Ending, Yoo In Na), seorang pemilik kedai yang jatuh cinta dengan "Angel Of Death" dan Yoo Duk Hwa (ahli kumpulan BtoB dan pelakon School 2015, Yook Sung Jae) seorang pewaris harta yang menjadi anak buah kepada Kim Shin yang sangat suka memberontak.

Drama ini juga dikenali dengan nama "The Lonely", Shining Goblin" dan "Dokkaebi". Drama ini hasil daripada pasangan penulis yang menghasilkan drama-drama yang menjadi kegilaan iaitu Descendants of the Sun, Dream High dan Heirs iaitu Lee Eung Bok dan Kim Eun Sook. Skrip pertama dibaca pada 30 August 2016 di Nuri Dream Square, Sangamdong Seoul dan pengambaran bermula pada September 2016. Selain daripada pelakon-pelakon yang terkenal dan juga duo penulis-pengarah yang dikenali ramai, drama ini menarik perhatian ramai kerana bukan sahaja ia difilemkan di Kanada tetapi juga kerana Gong Yoo yang kembali berlakon drama sejak 2013's Big. Episod pertama akan keudara pada 2 Disember 2016 di tvN pada pukul 8.00 malam, mengantikan cerita The K2 lakonan Ji Chang Wook dan Yoona. Drama ini akan keudara setiap Jumaat dan Sabtu pukul 8.00 malam.

Yes, ada cerita untuk ditonton setiap Jumaat dan Sabtu. Selepas The K2 tamat macam suram pula Jumaat dan Sabtu ku kerana takde cerita nak tengok. Hahaha mental betul.


Trailer cerita Goblin : The Lonely and The Great God boleh search dekat You Tube yer.


Cerita yang sedang aku ikut,

Isnin - Selasa :
1. Romantic Doktor, Teacher Kim
2. Sweet Stranger and Me

Rabu - Khamis :
1. The Legend Of The Blue Sea
2. Weightlifting Fairy Kim Bok Joo

Jumaat-Sabtu :
1. Goblin - yeay!!!

Nanti ada satu lagi cerita yang ditunggu Seven First Kisses, owh citer ni mana leh tak tengok sebab 7 orang hero yang kegilaan ramai. 



Para Pelakon :

Choi Ji Woo as Goddess
Lee Cho Hee as Min Soo Jin
Lee Joon Ki as Church oppa
Park Hae Jin as Romantic Boss
Ji Chang Wook as Sexy secret agent
Kai as Charming Student
Taecyeon as Sweet rich guy
Lee Jong Suk as Famous Actor
Lee Min Ho as Free Spirit Traveler

0 comment... add one now