Cerita Mereka Inspirasi Ku..


Sebelum serius buat Shaklee memang selalu tengok dan baca kengkawan yang dah berjaya buat Shaklee tapi yang peliknya dorang tak pernah nak tunjuk tentang keuntungan dorang, yang dorang cerita benefits yang dorang berjaya dapat macam time freedom, money freedom, bebas tu travelling tanpa risau tentang kos, dapat 5 star vacation daripada Shaklee, dapat itu dapat ini daripada Shaklee. Berapa ramai yang dapat beli rumah dengan duit bonus shaklee, tukar kereta baru toksah cakap la, pakai barang branded tetapi tak nampak pun dorang brag about that.

Skill storytelling and soft selling dorang yang buatkan ai rasa macam wah lain macam cara promosi ini. Apabila sudah mula serius, sudah di add masuk grup lagi macam-macam skill diajar. Banyak ilmu yang dicurahkan oleh upline dan super upline tinggal nak hadam dan apply pastu kenalah tawakal mohon supaya menjadi. Setiap grup ada ideologi masing-masing begitu juga setiap SID atas target masing-masing. Biasalah dalam mana-mana MLM pun semuanya nak kejar naik rank supaya lebih besar imbuhan yang dapat, mestilah nak dapat imbuhan yang besar kan sebab penat bekerja. Cuma kenalah bersaing dengan sihat dan bersih jangan kerana terlalu sibuk kejarkan rank dan customer sampai lupa value kesihatan itu sendiri.

Selama ni apabila orang PM tanya harga memang akan ajak borak dulu tuk tahu atas tujuan apa dia nak ambil Shaklee. Ada yang untuk jaga kesihatan, ada yang sebab sudah sakit tengah berusaha mencari penawar, ada yang sajer nak main-main. Kategori last pernah la beberapa kali kena, tak tahu apa tujuan dorang seronok agaknya memainan orang. Kenapa ajak berborak dulu? Supaya tahu atas tujuan apa prospek nak ambil supplemen, untuk tahu jika dia on medication, untuk tahu sama ada dia ada medical condition yang mana perlu nasihat doktor sebelum ambil supplemen. Tidak semudah ABC kami main jual jer, kami nak berkongsi tentang kebaikan bukan nak menjahanamkan hidup orang.




Alhamdulillah berada dalam grup yang betul (Rich Family & iReach) , yang mementingan nilai hidup orang lain lebih daripada nilai wang ringgit. Siapa tak nak untung apabila berniaga? Tiada orang yang berniaga untuk rugi tetapi keberkatan lebih dicari. Kalau nak untung semata baik buat bisnes jual produk yang tidak berkaitan dengan kesihatan, lagi senang kepala otak sebab sah-sah pening kepala tuk cari customer jer yang lain tak perlu fikir.

Diajar macam mana untuk mempunyai tujuan didalam hidup supaya perjalanan hidup tu sentiasa bermakna bukan makan tidur makan tidur jer. Diajar untuk melihat sesuatu perkara out of the box, perspektif yang lain jika dulu orang sangat skeptikal dengan supplemen tetapi sekarang alhamdulillah ramai yang sudah buka mata cumanya perlu pandai pilih produk yang betul. Ramai yang mengambil kesempatan diatas awareness orang ramai tentang kepentingan supplemen dengan menjual produk yang tidak berkualiti dan membahayakan membuatkan golongan-golongan skeptikal muncul sama ramai dengan yang sedar tentang kepentingan supplemen.

Diajar supaya mempunyai kolam hati yang besar sebab akan banyak terasa hati dan terkilan bila serius buat Shaklee kerana tidak semua jalan itu indah. Ada SID perjalanan dia dipermudahkan oleh Allah tetapi pasti ada ujian lain yang Allah beri, ada SID perjalanannya sangat sukar tetapi Allah permudahkan hal lain dalam kehidupannya. Berlapang dada dan percayakan road map yang Allah sediakan. Tiada sokongan daripada orang terdekat etc family dan kawan rapat itu pasti ada tetapi kena cekal kerana family macam mana pun pasti ada yang sokong. Kawan rapat tak sokong, sedih memang sedih tetapi itu kehidupan kan cuba terima dan hadapi dengan tenang.

Our life is tough, dengan grup bisnes ni bukan sahaja belajar tentang kesihatan, belajar tentang berniaga tetapi juga belajar tentang erti hidup. Erti hidup yang tidak selalunya indah. Jika dulu nampak jalan macam mana nak mula berniaga dan bertapak sekarang lebih kepada kehidupan itu sendiri. Makin lama makin jatuh cinta, cinta pada Allah, cinta pada kehidupan, cinta pada produk, cinta pada bisnes dan cintakan diri sendiri.

0 comment... add one now