Siapa Kata Baca Novel Tu Tak Membina?


Books..i love books...masuk kedai buku lagi giler daripada pergi shopping baju...

Masa belajar dekat UPM dapat satu lagi addiction belajar daripada one of my dear fren..belajar bau buku baru hahahaha..addicted wey wa cakap lu

Start suka baca buku dari kecik mungkin sebab abah rajin beli buku daripada Readers Digest. Masa tu amatlah teruja tengok buku hardcover pastu rasa cam genius giler baca buku hardcover ni. Usung la buku tu kehulu kehilir imagine macam tengah belajar la, tengah bekerja la orang sekarang panggil play pretend zaman ai kecik dulu panggil main olok-olok. Start dari situ giler buku, bila dah pandai membaca mula lah abis semua buku cerita selongkar baca. Antara buku yang jadi favourite masa kecik dulu Sekolah Seri Melur dan 5 Penyiasat pastu besar sikit mula baca buku Tamar Jalis Bercakap Dengan Jin dengan Tok Awang Ngah. Ada sekali boring sangat sampai surat kakak tak sure sapa punya yang dorang simpan dalam kotak kasut kena baca. Sorry yer Kak long, Kak lang  & Kak Teh hahahha masa tu kite tadika lagi tak faham pun surat tu surat apa, ingat pun tidak cuma yang ingat kena marah sebab selongkar barang korang. Tu la sapa suruh eksyen sangat masa orang kecik-kecik dulu hahaha.




Apabila dah mula kerja dah ada duit sendiri, janji pada diri sendiri setiap bulan kena beli buku tuk ganti balik dulu tak leh nak beli sebab belajar duit nak pakai tuk benda lain sekarang boleh buat collection sendiri. Banyak yang belajar dari buku sebenarnya tinggal faham tak faham maksud tersirat jer. I love novels, from genre romance to action thrill. Buku pasal self improvement baru belajar baca recently tapi tak berapa boleh masuk, travelog pun baru belajar baca and i loved it. Syok baca pengalaman orang berjalan ker negara orang sebab nak travel sendiri susah jadi kita baca pengalaman orang at least kita tahu betapa indahnya bumi ciptaan Allah dan pelbagai ragam manusia, itu ilmu survival okay.

Daripada pembacaan macam-macam ilmu dapat tak kira daripada apa jenis sumber pun yang penting pemahaman kita. Banyak belajar tentang kehidupan yang ai belajar daripada buku novel yes novel, tak kira la novel tu fiksyen atau fantasi yang tahap mengarut hingga langit ke tujuh semunya bergantung pada kita macam mana nak interpret and adapt into our life daily. Novel cinta mengarut yessss memang mengarut sebab ia promote hero dan heroin yang kadang kala tak masuk dek akal tetapi ia juga promote tentang cinta dan tentang bagaimana cara kita menyayangi seseorang. Buku action thrill mengarut yesss sebab bunuh sana bunuh sini tapi ia ajar kita bahawasanya dunia yang kita tinggal ni ramai orang gila dan psycho jadi kita kena lebih berhati-hati. 


Masa kecik memang tak ramai kawan jadi buku-buku la kawan terbaik, dengan buku-buku ni lah i can go anywhere i want and be whoever i want to be. Cuma sekarang ni dah kurang sikit masa untuk membaca duk busy benda lain,layan anak-anak yang sedang membesar dan jaga makan pakai suami yang memegang kunci syurga si isteri. Namun bila ada masa dapat membaca memang tak lepas dah buku tu sampai boleh tak tidur semata nak habiskan baca.

Kalau tetiba rasa stress atau penat, benda yang terlintas dalam fikiran bestnya kalau dapat duduk tepi laut dalam hammock sambil baca buku bawah teduhan pokok. Bestttt

Sekarang dalam proses nak mengalakkan sikap suka membaca pada anak pula, kena pandai pilih buku supaya otak suci mereka tu tak tercemar dengan idea yang bukan-bukan. Dah besar boleh fikir sendiri tu lain cerita. Jom baca buku....

0 comment... add one now