"skodeng wall fb sekejab la". Mula carik friendlist kawan-kawan yang sudah lama tidak nampak berita mereka di news feed. Kawan-kawan yang rapat sudah diletak favourite supaya tidak ketinggalan perkembangan mereka.
Sambil scroll news feed, banyak rupanya yang miss out tak tahu kenapa news feed aku tak keluar pasal mereka.
"Owh dah naik pangkat rupanya, eh dah ada baby baru comelnya, wah makin berseri lepas kahwin ".
Melihat kehidupan orang, melihat perkembangan orang lain membuat aku terfikir,
"aku pula macam mana? apa telah aku capai selama ini? "
" anak-anak makin besar makin bijak alhamdulilah"
" family ok, suami ok, kehidupan ok "
" apa surirumah biasa macam aku ni sudah capai? "
Pelbagai dialog monolog ku tanyakan pada diri sendiri.
"bisnes pula macam mana?. Alhamdulillah masih lagi bertahan, masih mampu nak teruskan."
Adakah itu satu pencapaian yang boleh aku banggakan dan buat aku tersenyum.Tidak, belum cukup untuk memuaskan hatiku. Walaupun surirumah tidak semudah itu untuk menerima sesuatu sebagai pencapaian yang membanggakan.
Zaman sekarang surirumah sendiri bersaing antara satu sama lain. Anak siapa lebih pandai, siapa yang lebih pandai masak, siapa yang pandai hias rumah, siapa yang lebih cantik, keluarga siapa yang lebih harmoni.
Kehidupan ku biasa sahaja tiada yang berbeza tiada yang menarik tetapi aku punya matlamat. Keluarga adalah matlamat utama. Anak-anak yang sihat dan dapat belajar dengan selesa , suami yang sentiasa gembra antara matlamat yang perlu dicapai kerana mereka kunci syurgaku.
Bagaimana perlu aku capai semua itu sedangkan aku hanya duduk dirumah? Kawan-kawan Shaklee yang lain sudah sampai ke bulan tetapi aku masih lagi di tempat yang sama. Cemburu sudah pasti, Iri hati tidak perlu dihuraikan tetapi tidak perlu dilayan itu semua. Peluang mencuba sesuatu yang baru muncul apabila ada pelanggan mahu COD, sesuatu yang selama ini amat aku cuba elakkan kerana tiada stok in hand dan juga hassle untuk pergi beli stok drive dengan anak-anak. Bukan kerana aku tidak sayang mereka kerana sayangkan mereka buatkan aku tidak yakin dan tidak berani.
Orang jahat berleluasa jika berlaku sesuatu bagaimana nak handle sedangkan aku seorang. Jika berlaku apa-apa semasa perjalanan apa yang boleh aku buat. Negative thinking selalu berlegar dalam fikiran membuat salah satu cabang bisnes itu aku lupakan. Tetapi tidak ku tahu mana datangnya keberanian, keyakinan untuk buat kali ini.
Bincang dengan upline apa yang perlu dibuat kemudian dengan berhati-hati mula tanya pada suami "Ada customer mahu COD, boleh tak ayu buat?" . Walaupun dibenarkan tapi aku tahu dia tidak berapa selesa, tetapi sampai bila aku perlu bergantung padanya jika mahu bergerak kemana-mana. Kembar sudah besar tidak perlu lagi dipangku atau didukung, cuma ibu perlu lebih peka kerana lasak.
Adakah ini boleh aku banggakan? Mungkin, kerana ia sesuatu yang diluar comfort zone. Ada satu lagi impian yang sudah lama aku inginkan, joining classes and events. Masih belum dapat kerana risaukan anak-anak. Memang anak-anak boleh dibawa tetapi semasa ibu sedang asyik belajar apa yang jadi dengan anak-anak. Perlu lihat bagaimana ibu-ibu lain buat, perlu ambil ilmu daripada mereka jika tidak sampai bila mahu jadi katak bawah tempurung.
Azan Subuh berkumandang, aku tersentak. Jauh rupanya mengelamun, sejuk halwa telinga ku mendengar seruan solat itu. Rupanya ada sesuatu yang aku lupa, sesuatu yang boleh aku banggakan dan buatkan aku tersenyum iaitu aku masih mampu beribadah. Allah sentiasa menimbulkan rasa tidak senang dalam hatiku jika aku mula termakan hasutan si tanduk dua, ini menunjukkan aku masih lagi dibawah keredhaanNya. Pernah dengar dan baca jika kita sudah tidak rasa malu atau takut semasa melakukan dosa itu tandanya hati sudah mula hitam. Walaupun masih banyak yang perlu diperbaiki namun jika dibandingkan ketika zaman jahilku ini sesuatu yang boleh buatkan aku tersenyum.
Allah tidak akan meninggalkan hambaNya tetapi hambaNya sering lupa padaNya. Teringat ayat surah Ar-Rahman ayat 13 dan ayat ini diulang beberapa kali dalam surah tersebut.
"Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Allah, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin) "Buatkan aku berkata pada diri sendiri "Semuakannya akan ok, setiap orang punyai kehidupan yang berbeza-beza yang penting kita gembira dan mendapat keredhaan Allah. Berlapang dada, besarkan kolam hati."
Azan subuh sudah berhenti, aku bangun untuk bersihkan diri untuk berjumpa kekasih hati dan bersujud pada Sang Pencipta. Syukur Alhamdulillah Aku Masih Mampu Bernafas.
Grass always greener on the other side. Kita selalu melihat kehidupan orang lain dan buatkan kita rasa mereka adalah lebih baik daripada kita, namun kita selalu lupa yang setiap orang ada roadmap yang telah Allah sediakan. Jadi tidak perlu cemburu tidak perlu iri hati.