"achoom..achoom, ibu hingus" Alamak ibu dah mula tepuk dahi.
Selsema bakal menjelma la ni, walaupun jarang keluar rumah tapi kalau nak sakit tetap sakit.
"Sini ibu check" Badan tak panas cuma dedar, tapi hidung dah mula sok sek.
Selera makan dah mula hilang, seri muka dah lain macam, memang ibu kena beware and more alert.
"Makan Vitamin C ni, hari ini tak mau minum air sejuk dulu yer, minum air masak banyak-banyak "
"Alaaa nak air sejuk." Jawapan yang sudah dapat diagak. Tapi bila ibu guna kuasa Veto, terima sajer.
Selalunya kalau kembar yang demam ibu tak berapa risau walaupun mereka demam tapi tetap aktif tak tahu la mana datang tenaga tu cuma selera makan jer yang kurang tapi kalau sudah tak larat baru lah duduk setempat jer. Kalau si along yang demam ibu susah hati sikit sebab selalunya selera makan takde sampai susut badan.Jadi sebelum melarat, ibu up dose vitamin C, bagi makan nasi ngan sup supaya cukup fluid.
Dorang ni memang susah makan sayur, cuma si along jer mula nak makan tapi selected veggie jer si kembar nak makan nasi pun payah ni kan pula sayur. Jadi kenalah carik sumber lain untuk bagi imun sistem dorang kuat salah satunya Vitamin C. Kalau masak selalunya ibu akan lebihkan bawang putih tak kiralah masak tuk anak atau orang lain. Sayur masak tak sampai layu sedang-sedang jer supaya vitamin tak abis rosak, lebihkan masak menu sihat. Kalau sayur tu basuh biar betul-betul supaya takde bendasing yang bukan-bukan masuk dalam badan. Beli barang mentah pun pilih yang segar, bahan mentah ni memang payah sikit sebabnya kita perlu beli walaupun kita tahu ada bahaya dalamnya. Ikan tercemar dengan logam berat, sayur dengan racun serangga buah pun macam tu jugak.
Bagi yang mampu silalah beli yang organik yang bebas segala racun-racun supaya nutrien yang masuk dalam badan tu betul-betul berkualiti. Bagi yang separa-separa cubalah sebaik mungkin beli barang mentah daripada mereka yang kita rasa selamat contohnya kalau makcik yang jual sayur tu hasil daripada kebun sendiri selalunya jarang ada racun, sayur yang lubang-lubang tu selalunya tanda takde racun, buah sebelum makan cuci bersih-bersih, makan ikan tetapi lepas tu makan la sayur hijau atau buah yang tinggi anti oksidan supaya dapat detox dan lawan radikal bebas yang mungkin tengah syok bergumbira dalam badan kita.
Jemput baca : Hadapi Musim Hujan Dengan Gaya
Benda lain yang memang dikawal keras dalam rumah ni jajan, gula-gula dan aiskrim, semua benda tu sentiasa ada tetapi nak makan kena dapatkan approval daripada ibu tak boleh suka suki ambil. Kalau ada beli vitagen atau yang seumpamanya dengannya pun kena mintak approval daripada ibu sebelum minum. Malam terutamanya no jajan or benda manis. Misi ibu nak menghapuskan jajan daripada rumah take time tapi ada progress walaupun slow.
Pemakanan dalam rumah ni belum fully sihat lagi mengikut requirement ibu tapi takpe slow slow kang mengejut tukar ada yang memberontak nanti. MSG memang dah takde, garam sudah tukar garam bukit, gula putih masih belum lagi, tepung dah mula guna yang takde bleach, maggi masih ada sebab kadang-kadang baby besar lapar tengah malam tapi dah ada ura-ura kata nak stop alhamdulillah, kordial ada tapi jarang la ibu buat tuk minum saje2, minum jer air masak tu, aiskrim dalam sehari sekali jer. Ibu tetap bagi rasa benda-benda tu tapi terkawal sebabnya taknak nanti tetiba masa sekolah balas dendam guna duit belanja beli jajan sebab tak pernah rasa. Budak-budak curiosity tinggi tengok kawan beli dia pun sama lagi-lagi benda yang dia tak pernah rasa.
Kalau keluar outing, memang akan bawa air masak jadi tak perlu nak beli air manis bila haus. Alhamdulillah anak-anak dah biasa dengan rutin tu kadang-kadang ibu yang kena marah sebab lupa bawak air. Kawal tetap kawal cuma ibu tak nak la sampai childhood dorang terjejas manjang dengar "No" dari ibu. Ibu dan ayah selalunya jarang makan dekat luar bila outing, tetapi sekali sekala bagi jugak mereka ni merasa makan diluar tukar suasana kesian seharian terkurung dalam rumah. Nak bagi main dekat luar ibu risau keselamatan, ibu cuba buat mana yang mampu untuk korang.
My Favourite tuk imun sistem ni ofkos Nutriferon & Vitamin C dan sebenarnya jika kita konsisten ambil Vita-Lea susah nak demam juga tau.
Jemput baca Tingkatkan Imunisasi Badan Secara Semulajadi