Post ni dah berapa kali ditaip dan didelete sebabnya separuh jalan tulis mesti ada rasa tak best, karang la balik.
Bila cakap pasal kenangan ni tak kira la sedih atau gembira mesti bawak balik feel nostalgia tu. Jadi nak pilih kenangan yang best sajer tu payah gak sebab setiap yang sedih ada gembira, yang gembira ada sedih. Masing-masing mesti ada kenangan yang korang tak leh nak lupa tak kira la masa tu korang budak paling atau budak paling takder kawan. Mesti ada kenangan yang melekat dalam fikiran korang kan.
Semasa duduk asrama la paling banyak kenangan yang tak leh lupa even ai ni pelajar yang so-so jer. Ni antara kenangan yang best tuk diingat, lepas PMR kami budak form 3 ni memang banyak sangat free time pastu kitorg ni pun gier hindustan. Setiap sabtu TV3 ada hindustan kan, sebelum PMR tak kisah sangat nak tengok tapi lepas PMR gigih bawak TV daripada bilik warden letak dalam surau or memana yang boleh tgk tv sebab dah abis peksa kan.
Sampai la satu ketika, masa tu ada seorang kawan kitorg ni kakak dia cikgu dekat sekolah kitorg tu. Kami duk bodek dia minta pinjam kunci bilik alamak lupa bilik apa tapi bilik yang ada TV sebab nak tengok citer HIndustan hahaha. Buat operasi senyap-senyap sebab nanti kantoi abis la, set time pastu bebudak form 3 senyap-senyap menghilangkan diri daripada asrama naik sekolah tengok citer hindustan. Masa tu zaman Shah Rukh Khan tengah naik, kitorg tengok citer Pardes rasanya.
Orang suma sibuk gi prep siang kitorg gi tengok HIndustan hahahaha. Nak gi prep buat apa dah abis exam kut lagipun masa tu kitorg ada bilik prep sendiri jadi takde sapa sangat nak check dah AJK dia pun join tengok hindustan. Seronok sangat masa tu sebabnya rasa cam rapat sangat masing-masing sedangkan kalau ikutkan semua ada geng sendiri tapi tang tengok hindustan leh la berkerjasama.
Lately ada satu isu viral yang buatkan teringat balik kes masa kat asrama. Kes denda hahaha.. kes guling dalam lumpur sebab kes kecurian, setakat kena duduk atas tar sebab datang lambat apa la sangat.
Rindula kat korang lama sangat tak jumpa, dulu jumpa gak la masa wedding sesiapa skang ni nak buat decent reunion sgt la susah. Jumpa dekat Whatsapp jer la selalunya.
Lately ada satu isu viral yang buatkan teringat balik kes masa kat asrama. Kes denda hahaha.. kes guling dalam lumpur sebab kes kecurian, setakat kena duduk atas tar sebab datang lambat apa la sangat.
Rindula kat korang lama sangat tak jumpa, dulu jumpa gak la masa wedding sesiapa skang ni nak buat decent reunion sgt la susah. Jumpa dekat Whatsapp jer la selalunya.