Solat Itu Tiang Agama...Perkara Pertama Dihisab..



Solat tu tiang agama, perkara yang pertama disoal semasa di akhirat.
Tetapi nak khusyuk dalam solat antara perkara yang amat payah.

Masa tengah solat la teringat barang yang hilang, masa tu la datang idea macam mana nak siapkan kerja.Macam-macam lagi lah.

Kalau tak khusyuk kita akan mula mencuri dalam solat sebab nak cepat supaya boleh buat benda yang kita teringat tadi kan.

Mencuri dalam solat adalah sangat tak elok. Big No No. Kalau kita nak ganjaran Allah tanpa diskaun jadi jangan lah mencuri semasa solat.

Antara tips yang ada dalam video ni, faham bacaan dalam solat. Apabila kita faham kita akan lebih khusyuk sebab minda kita sibuk mengingat maksud setiap ayat yang kita sedang baca jadi takder ruang untuk minda tu merewang ketempat lain.

Jom kita baiki solat kita, dunia sudah akhir zaman macam-macam tanda sudah keluar. Takut kalau ingatkan, solat antara penyelamat kita. Kalau boleh buatlah solat sunat supaya dapat tutup lompong dalam ibadat kita.


0 comment... add one now