Jika Diberi Peluang Aku Ingin Mengembara...


Assallamualaikum sahabat yg dimuliakan Allah semoga Allah merahmati dan meredhai sahabat.



Semoga Allah mengampunkan segala dosa diberi kejayaan dunia akhirat dijauhkan azab nerakaNya

Seronok melihat kawan-kawan rancak mengembara kesana-sini seluruh pelusuk dunia betapa bahagia dan untungnya mereka mampu berbuat begitu. Beruntung kerana dapat menikmati alam yang terbentang luas dengan pelbagai khazanak. Cuaca yang berbeza, suasana yang berbeza, bahasa yang berbeza, makanan yang berbeza dan macam-macam lagi. Itu semua pengalaman yang tidak akan dapat dibeli dengan duit. Ianya akan tersemat kemas di fikiran dan hati mereka. Semoga aku juga mampu sebegitu suatu hari nanti. 

Merasai sendiri pengalaman mengembara di bumi asing, menikmati sendiri keindahan alam yang Allah cipta. Setiap benua mempunyai keistimewaan masing-masing. Sekarang yang aku mampu hanya mendengar pengalaman mereka, membaca pengalaman mereka dan membayangkan apa yang mereka alami. Pasti indah jika dirasai sendiri.

Betapa Allah mengalakkan kita merantau mencari ilmu, sehingga didalam Al-quran sendiri disebut banyak kali hal merantau ini. Rasulullah juga menyuruh kita merantau, Imam Syafie juga suruh kita merantau.

Kenapa kita disuruh merantau?
Supaya kita kenal bumi Allah, bersyukur dan melihat serta mengambil iktibar dimana juga kita pergi.

Bumi Allah yang luas ni banyak perkara yang boleh kita pelajari daripada pelbagai kaum,bangsa, bahasa,adat dan gaya hidup.

Jika tidak dapat merantau banyakkan membaca kisah mereka yang merantau, dengar pengalaman mereka dan jika ada rezeki kita merantau sekurang-kurangnya kita sudah ada sedikit pengetahuan apa yang perlu dibuat. Masuk rumah orang perlu bersopan santun tidak boleh main redah jer sebab itu kita perlu ada pengetahuan asas supaya tidak dianggap kurang ajar.

Puisi Imam Syafie Tentang Merantau

Merantaulah..
Orang berilmu & beradab tidak diam beristirahat di kampung halaman.
Tinggalkan negerimu, & hidup asing(di negeri orang).
Merantaulah,
Kau akan dapatkan pengganti dari orang-orang yang engkau tinggalkan(keluarga & kawan).

Berlelah-lelahlah,
Kerana manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang.
Aku melihat air yang tenang,
kalau bertakung akan mencemar kandungannya sendiri.
Sekiranya ia mengalir, ia akan baik.
Sekiranya tidak, ianya akan tercemar.

Singa jika tidak meninggalkan sarang,
tidak akan mendapat mangsa.
Anak panah yang tidak terlepas dari busurnya,
tidak akan mengena sasaran.
Jika matahari di orbitnya tidak bergerak & terus berdiam,
tentu akan membosankan manusia.

Biji emas tiada beza dengan biji tanah,
bila bercampur di tempat asalnya.
Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa,
jika di dalam hutan.
Bila biji emas dipisahkan dari tanah,
Maka ia akan menjadi bernilai & dicari.
Bila kayu gaharu dipisahkan dari kayu bakar,
Ia akan seharga emas.

Jika engkau tinggalkan tempat kelahiranmu,
engkau akan temui darjat mulia di tempat yang baru.
Dan engkau bagaikan emas,
yang sudah terangkat dari tempatnya.💚

0 comment... add one now