.: Dia tak tahu :.
Dia ckp kat opah cuti sekolah nti dia bosan sebab asyik tengok tv jer.Sebenarnya dia buat ayat macam tu sebab nak ajak pergi holiday, dah lama tak berjalan sebab ayah sibuk. Dah pandai sekarang minta nak berjalan, orang dah besar. Akal dah ada.
Tapi dia tak tahu yang ibu dah ada plan baik punya nak buat latih tubi ngan dia. Dah nak masuk sekolah,nanti ada exam tentukan kelas. Ibu tak nak dia dapat kelas corot ataupun kelas tengah. Ibu nak dia duduk kelas 1st. Kenapa?
Ibu nak dia bersaing belajar dengan budak-budak bijak kerana ibu takkan hantar tusyen. Kesian nanti penat dan banyak homework sebab pagi petang sekolah. Jadi persaingan dalam kelas salah satu cara yang ibu fikir bagus untuk dia dan pastikan dia sentiasa berdaya saing.
Lagipun dia dah banyak lupa apa yg dia belajar dengan Cikgu Sue. Cannot be like that, ibu tak suka. Perlu polish balik skill yang dah ada.2 3 hari ni ibu bagi chance dulu main ngan adik-adik sampai penat. Nanti bila ibu kata jom belajar, serah diri dengan aman.
Kembar pun akan belajar sekali ngan abang supaya nanti pergi kelas dengan Cikgu Sue tak terkejut. Korang mainlah dulu puas-puas sementara ibu buat lesson material yer. Lepas ni sila serah diri.
Nak berjalan kita kena tunggu ayah cuti. Ayah kata minggu depan nak bawak anak-anak ayah tengok Upin Ipin Jeng Jeng Jeng so please behave dan silalah bodek ayah, okay.
Selalunya cuti sekolah ibu yang happy sebabnya ibu tak perlu nak rushing pagi-pagi. Kalau sekolah bebelan pada along irfan sudah pasti sebabnya kalau dibarkan memang lambat la jawabnya kesekolah. Setiap 5 minit perlu lihat apa yang dia buat dalam bilik air, kadang-kadang masuk bilik air dah lama tetapi badan belum pun basah. Sama ada termenung ataupun main. Pernah juga dibiarkan tanpa bebelan macam selalu cuba percaya yang dia boleh buat tanpa bebelan ibu.Hanya tegur beberapa kali dan biarkan dia buat sendiri ikut timing dia sendiri. Isk tidak berjaya, penyudahnya lambat ke sekolah.
Sejak tu, maaflah awak masib belum boleh tanpa bebelan ibu mungkin selepas setahun dua sekolah baru boleh bergerak tanpa ibu. Masa tu ibu harap awak dah faham erti "urgency'. Satu lagi penyebab ibu suka cuti sekolah sebab pagi-pagi tak perlu bergaduh dengan kembar, budak berdua ada satu kegemaran suka buat perangai di kala orang paling sibuk ataupun waktu orang hendak cepat. Masa tu la nak berebut barang, masa tu lah nangis nak ikut ibu hantar abang kesekolah, masa itu lah nak berebut siapa yang hendak bukak kunci pintu.
Tetapi cuti sekolah ibu akan pening sebab fikirkan menu makanan. Along irfan celik mata makan yang dia tanya, hari ini belum habis menu esok sudah ditanya. Kalau sekolah kurang sedikit perangai sentiasa lapar tu, Cuti sekola ini siapkah ibu jadi macam kedai mamak, tanya pasal makan jer kerjanya.
Namun aim utama ibu, untuk pastikan along irfan besedia untuk ujian penentuan kelas.
Chaiyok!