Beberapa hari lepas baru cerita pasal kebaikan Vivix, antara benda yang best pasal Vivix adalah memanjangkan telomeres kita. Mereka yang mengamalkan Vivix akan mempunyai 40% lebih rendah risiko pemendekan telomere berbanding orang lain. Oit banyak tu.
Boleh baca pasal kebaikan Vivix disini : Kenapa Saya Suka Vivix?
Sebelum ini tak pernah tahu pun pasal Telomeres ni, tahu pasal telomeres pun sebab Vivix. Vivix memang kerja dia memanjangkan hujung telomeres kita. Telomere ni adalah pelindung setiap helai DNA kita, istilah yang selalu diguna adalah hujung tali kasut. Perumpaannya seperti hujung tali kasut yang dibalut plastik untuk melindungi hujung tersebut rosak. Telomeres juga begitu, kerana DNA adalah identiti kita dan telomeres ni berkait rapat dengan anti penuaan. Telomeres akan memendek mengikut umur, apabila semakin berumur semakin pendek telomeres kita.Telomeres bukan sahaja memendek semasa kita semakin tua, tetapi telomeres juga boleh dipendekkan oleh tekanan, merokok, obesiti, kurang bersenam dan diet yang tidak sihat. Kalau tidak dibuat sesuatu kesihatan kita akan terjejas, ia akan membuatkan sel kita menjadi tidak sihat. Jika semakin memendek sel kita akan mengalami masalah kerana ia akan berhenti menghasilkan sel baru dah sel yang sedia ada akan mati.
Oh tidak kalau sel mati dan tidak dihasilkan lagi maknanya kita akan sakit la kan. Rambut, kuku dan sistem imun adalah yang terjejas bila telomeres ni makin memendek dan tidak dapat menghasilkan sel baru kerana 3 bahagian ini paling kerap menghasilkan sel baru. Tak risau ker? Dah la tak nampak berapa panjang telemores yang ada pastu ada kemungkinan makin memendek pulak tu. Oh runsing sungguh memikirkannya. Namun paras saintis percaya yang telomeres boleh dipanjangkan.
Ada satu enzim yang dipanggil telomerase boleh memperlahankan, menghentikan ataupun menghalang telomeres kita daripada memendek. Telomerase mengekalkan dan memanjangkan telomeres. Yeay ada jugak enzim yang boleh memanjangkan telomeres. Apabila telomeres memanjang ia akan menyebabkan sel-sel dapat dihasilkan dan menjadi lebih muda.
Terdapat beberapa perkara lain yang boleh kita lakukan yang mungkin membantu memulihkan panjang telomere atau sekurang-kurangnya melambatkan kehilangan panjang telomere iaitu mengurangkan tekanan, berhenti merokok, mengurangkan berat badan, bersenam dan makan diet yang lebih sihat. Penuaan celular ni bukan bermakna kita yang menjadi tua kerepot sebelum waktunya, memang la fizikalnya kita akan nampak tua tapi bukan lah bermakna tetiba bangun bagi muka jadi tua. Kesan penuaan celular menyebabkan sel-sel kita yang menjadi tua dan tidak bermaya mengakibatkan badan kita akan lemah, kita selaku sakit sebab sistem imun kita sudah terjejas.
Jika sel kita menjadi muda, kita akan lebih sihat sebab organ berfungsi dengan lebih baik, sistem lebih baik dan kesan pada penampilan kita pastinya kelihatan lebih muda juga. Tapi jangan risau tak kan jadi macam Benjamin Button tu der, itu dah melawan fitrah namanya.
Tips untuk mengaktifkan enzim telomerase.
1. Kurangkan dan kawal tekanan.
2. Berhenti merokok.
3. Kawal dan kurangkan berat badan.
4. Bersenam.
5. Jaga pemakanan.
6. Lebihkan makan makanan yang bersifat antioksidan.
Sumber rujukan :
1. What is a Telomere? Telomeres Definition & Importance of Function
2. How to lengthen your telomeres?
Sebab tu kan, Vivix adalah pilihan yang tepat untuk memanjangkan telomeres kita. Vivix bertindak terus pada sel-sel, dan memang ada kajian menunjukkan telomeres mereka yang mengamalkan Vivix lebih panjang daripada mereka yang tidak.
Shaklee berkerjasama dengan Dr. Elizabeth Blackburn Pemenang Nobel in Medicine didalam Landmark Study II - Telomere Study untuk mengkaji DNA and longetivity yang melibatkan 107 peserta yang telah mengambil produk Shaklee (Vitalizer, Vivix dan Cinch) selama 5 tahun bersama-sama dengan kumpulan mereka yang tidak mengambil suplemen. Keputusan awal buat masa ini sangat mengujakan, sama-sama lah kita tunggu journal ini dikeluarkan dan diterbitkan.
Semasa Landmark Study I, Shaklee berkerjasama dengan Dr. Gladys Block untuk kajian malahan membenarkan pihak ketiga untuk menilai keputusan yang telah diperoleh dan keputusan daripada Landmark Study I memang meranjatkan dan membuktikan bahawa Shaklee berkesan dan memberikan kesan yang baik pada mereka yang mengambilnya.
Jika ada yang hendak tahu lebih lanjut boleh ker : Landmark Study
Journal ada disana juga.
Banyak suplemen yang mereka kaji bukan satu dua jer.
Bacaan lanjut : Shaklee's Landmark Study