Jerawat..Jeragat..Sama atau tidak? Ataupun dua benda berbeza?
Tapi yang pasti kedua-dua musuh ketat wanita..betul tak?
Betul!!!!!
Jerawat Biasa yang terdiri daripada whiteheads dan blackheads, kedua jenis jerawat ini belum dijangkiti bakteria dan berlaku kerana liang rongga tersumbat dengan sebum dan kulit mati.
Jerawat Serius juga ada 2 jenis iaitu nodul dan sista, nodul ada satu benjolan besar pada kulit dan sakit apabila dipicit. Bagi mereka yang suka picit jerawat sila tinggalkan habit itu kerana ia boleh buatakan muka korang rosak dan berparut. Jenis sista terjadi apabila nodul yang timbul rapat-rapat sehingga membentuk satu sista yang besar. Dilarang sama sekali dipicit kerana ia akan meninggalkan parut.
Jerawat Kronik ataupun acne rosacea sebenarnya bukanlah jerawat kerana ia tidak punyai blackhead, hanya benjolan besar yang bernanah. Rawatannya tidak sama dengan rawatan jerawat.
Pyodermafaciale folliculitis juga selalu dikatakan sejenis jerawat tetapi sama macam rosacea tadi ia bukan sejenis jerawat. Rawatannya juga berbeza daripada jerawat untuk jerawat.
Jerawat boleh dirawat melalui dua cara iaitu secara luaran dan secara dalaman, doktor akan melihat rawatan mana yang sesuai. Mengikut Dr. Hassenah, disiplin diri dan komitmen adalah penting semasa didalam fasa rawatan.
Lebih lanjut tentang rawatan jerawat baca sini Dr. Hassenah: Kaedah rawatan jerawat
Jeragat terbentuk daripada pigmentasi yang berlaku pada kulit. Pigmen melanin akan dihasilkan oleh sel yang bernama melocytes. Selalunya jeragat ni ada dibahagian bawah mata, hidung serta dahi dan ada juga disekeliling muka. Sebab-sebab terjadinya jeragat ini adalah terdedah kepada cahaya matahari terik tanpa memakai krim yang mengandungi SPF, menggunakan kosmetik yang tidak sesuai dengan jenis kulit, ada mengambil pil hormon seperti pil perancang dan keturunan.
Rawatan jeragat ada 4 jenis iaitu pengelupasan kimia, laser, Mikrodermabrasion dan HV Iontophoresis dan krim serta sunblock.
Boleh baca mengenai rawatan jeragat ini di sini Dr. Hassenah : Masalah jeragat dan Rawatannya
Selain daripada rawatan moden, ada juga beberapa petua untuk menghilangkan jeragat dan jerawat.
1. Menggunakan baking soda
Ambil satu sudu teh baking soda campur sedikit air supaya menjadi pes pekat kemudian oleskan pada muka. Setelah itu tinggalkan untuk beberapa minit sebelum dibilas. Boleh dilakukan sebanyak 2 atau 3 kali seminggu sehigga dapat keputusan yang memuaskan hati tetapi jika ada kulit sensitif jangan cuba kaedah ini takut memudaratkan.
2. Oatmeal
Betindak sebagai agen pengelupasan dan menyerap minyak yang berlebihan. Caranya, ambil 2 sudu yogurt, satu sudu madu, satu sudu lemon dan 4 sudu oatmeal. Sapu dimuka dan dibiarkan selama 20 minit kemudian bilas. Sebelum nak bilas tu gosok la sedikit pada muka supaya kulit mati tu tanggal (macam pakai scrub). Andai kata masa nak campur madu dengan lemon, oatmeal tu campur air sahaja pun boleh. Ulangi 1 atau 2 kali seminggu dan konsisiten.
3. Serbuk Kayu Manis
Kayu manis juga boleh membantu menghilangkan jeragat, caranya 1 sudu besar serbuk kayu manis dan 3 sudu besar madu. Gaul rata kemudian sapukan pada kawasan yang ada jeragat, biarkan selama 15 ke 20 minit sebelum dibilas dengan air suam. Madu membantu melembapkan kulit manakala kayu manis membantu kulit baru dihasilkan. Amalkan dan jadikan sebagai rutin sehinga dapat keputusan yang diingini.
4. Alovera
Untuk kulit luka, melecur, sunburn kita selalu guna alovera kan sebab ia sejuk dan cepatkan kulit baru tumbuh, untuk hilangkan jeragat pun boleh dengan cara letakkan gel asli alovera pada jeragat. Caranya, basuh muka dulu dahulu kemudian belah alovera dan ambil gelnya yang bewarna jernih tu sapukan pada muka.
5. Betik
Siapa sangka betik boleh hilangkan jeragat, hancurkan betik yang telah dibuang kulit (agak-agak la berapa banyak yang hendak guna) kemudian campur dengan serbuk kopi. Gaul rata kemudian sapu pada kawasan jeragat hendak sapu seluruh muka pun boleh tiada masalah. Biarkan sampai kering baru bilas.Kalau rajin amalkan jeragat akan hilang dan kulit akan lembap kerana betik berfungsi melembapkan kulit juga.
6. Ais Batu
Ini antara home remedy yang paling mujarab untuk jerawat, ambil ketul ais kemudian letak pada jerawat yang sedang membengkak dan merah sehingga rasa kebas. Bila tempat kebas tadi sudah mula rasa panas letak semula ketul ais. Jika jerawat tersebut rasa sakit letak ketul ais boleh menyejukkan dan mengurangkan rasa sakit.
7. Timun
Siapa sangka timun boleh hilangkan jerawat, selalunya kita hiris timun letak dekat muka untuk efek sejuk tetapi untuk jerawat juga boleh sebab timun kaya dengan vitamin C dan antioksidan. Hiris timun dan letak pada kawasan yang ada jerawat dan biarkan sehingga kering kemudian bilas. Amalkan sehingga jerawat kecut dan hilang.
8. Ubat gigi
Ini antara penyelamat semasa sekolah asrama dulu kalau naik jerawat. Ambil sedikit ubat gigi letak pada jerawat untuk bagi cepat kejut tetapi berhati-hati ada orang mukanya sensitif. Ubat gigi boleh wujudkan rasa burning pada kulit.
9. Betik
Kalau tadi betik untuk hilangkan jeragat sekarang ni untuk hilangkan jerawat pula. Hancurkan betik (agak-agak berapa banyak yang hendak digunakan) boleh campur madu atau lemon ataupun tidak mahu pun boleh. Sapukan pada muka dan biarkan kering kemudian bilas.
10. Avocado
Petua yang ini mahal sedikit kerana guna avocado, hancurkan isi avocado dengan madu kemudiankan sapukan pada muka. Biarkan masker avocado itu mengering ataupun biarkan selama 15/20 minit baru bilas dengan air suam.
Petua,petua juga supplemen pun kena juga untuk mempercepatkan proses menghilangkan jeragat dan jerawat. Antara supplemen yang dicadangkan adalah :
Vivix
- Mengandungi resveratrol yang tinggi dan berfungsi sebagai anti oksidan yang bagus. Memperbaiki sel daripada dalam dan mempercepatkan pertumbuhan kulit serta membuatkan kulit lebih sihat.
GLA Complex
- Mengandungi kandungan GLA Complex yang diambil daripada bunga borage dan membantu mengawal hormon bagi mengatasi masalah jerawat dan memudarkan jeragat.
Vitamin C
- Mempercepatkan penghasilan kolagen, memudarkan kesan jerawat dan jeragat dan bertindak sebagai antioksidan yang bagus.
Berminat untuk mencuba?