Cukup tak keperluan vitamin harian korang?


Tahu tak rakyat Malaysia bazirkan 3 juta tan makanan setiap hari. Walaupun macam tu masih ada  yang tidak mendapat nutrien yang seharusnya. Badan kita memerlukan nutrien tersebut untuk lebih sihat tetapi badan kita tidak boleh menghasilkannya oleh itu nutrien asas tersebut. Ada 6 nutrien perlu yang badan kita perlukan iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamins, minerals dan air. 

Bagaimanakah cara untuk kita dapatkan nutrien ini?
Melalui pemakanan dan suplemen.

Mengapa walaupun kita makan sayur, buah dan dagin tetapi masih tidak dapat nutrien yang secukupnya?
Ini banyak faktor antaranya tanah kita kekurangan nutrien kerana hasil tuaian semakin cepat jika dulu padi dituai setahun sekali sekarang sudah 2 atau 3 kali setahun. Tanah tidak sempat untuk kembalikan mineral. Sayur dan buah pula ada pesticide belum lagi isu GMO, genetik buah dan sayuran diubah supaya lebih tahan penyakit dan cepat membesar tetapi kita tidak tahu kesan sampingannya pada tubuh badan kita. Udara tercemar, air juga tercemar jadi pemakanan seimbang dan suplemen adalah perlu untuk memastikan nutrien perlu (vitamin dan mineral ) yang badan perlukan mencukupi.
Karbohidrat berfungsi sebagai sumber tenaga kita, jika dilihat makanan ruji setiap negara semestinya karbohidrat cuma sumbernya yang berbeza. Malaysia makanan rugi nasi, Amerika Syarikat makanan rugi roti, Italy makanan rugi pasta dan lain-lain lagi. Ini kerana karbohidrat bertukar menjadi gula ringkas yang badan kita mudah cerna dan menukarkannya menjadi tenaga. Karbohidrat terdiri daripada gabungan kanji, gula,selulosa dan glikogen. Ia bukan sahaja memberikan tenaga untuk aktiviti fizikal kita tetapi juga aktiviti fisiologi badan kita seperti proses pertumbuhan dan pembiakan. Membantu mengekalkan suhu badan juga. Jika kurang ambil karbohidrat badan akan jadi lemah, kurang tenaga dan menganggu proses pertumbuhan badan kerana itu jika berdiet tanpa karbohidrat dalam jangka masa yang lama badan kita akan lemah (ini jika diet yang dilakukan adalah tidak seimbang dan drastik). Banyak jenis diet untuk menurunkan berat badan sila ikut yang sesuai dan realistik kerana ada diet yang boleh membuatkan badan mengalami masalah lain.

Protein pula untuk proses pembaikpulih badan dan sel-sel dalam badan kita. Protein mempunyai asid amino yang diperlukan untuk membina sel-sel baru dan juga memulihkan sel badan yang telah rosak. Disamping itu protein juga membekalkan tenaga pada tubuh badan. Penghasilan enzim dan hormon juga bergantung pada protein dan tidak lupa jua otot dan tulang kita. Protein terdiri daripada unsur-unsur karbon, fosforus, hidrogen, sulfur, nitrogen dan oksigen. Jika anak-anak kita kekurangan protein, pertumbuhan akan terbantut jika orang dewasa proses pemulihan sel-sel akan lambat. Jika luka pun lambat sembuh. Pernah dengar penyakit kwashiokor? Itu adalah penyakit kekurangan protein yang menyebabkan protein membuncit, banyak berlaku di negara-negara miskin.

Lemak berfungsi sebagai sumber tenaga, untuk memastikan suhu badan terkawal dan pelarut vitamin A, D, E dan K. Terdiri daripada karbon, hidrogen dan oksigen. Lemak ini kalau dalam piramid makanan ia terletak dibahagian atas kerana kuantiti yang perlu diambil sedikit sahaja dan jika berlebihan boleh menyebabkan penyakit berkaitan dengan kardiovaskular. 
Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah sumber yang kaya dengan vitamin, vitamin penting untuk badan kita sebagaimana pentingnya karbohidrat dan protein. Setiap satu jenis vitamin ada fungsinya.
  • Fungsi Vitamin A adalah menjaga kesihatan mata, meningkatkan daya tahan tubuh, mencegah penyakit rabun senja dan xeroftalmia.  Xeroftalmia adalah kelainan mata akibat kekurangan vitamin A yang menyebabkan mata menjadi kering dan gagal menghasilkan air mata terutama pada kanak-kanak. 
  • Fungsi Vitamin B1 (tiamin) adalah meningkatkan nafsu makan dan mencegah penyakit beri-beri. Penyakit beri beri boleh menggangu sistem kardivaskulor dan juga sistem saraf, jika dirawat awal boleh diselamatkan tetapi jika lambat boleh membawa maut.
  • Fungsi Vitamin B2 iaitu untuk mencegah penyakit dermatitis dan keilosis (luka di sudut bibir). Dermatitis bermaksu menurut wikipedia adalah keradangan hebat yang menyebabkan pembentukan lepuh atau gelembung kecil (vesikel) pada kulit hingga akhirnya pecah dan mengeluarkan cecair. Keilosis adalah radang cetek pada sudut bibir yang ditandai dengan kulit yang mengelupas dan pecah-pecah.
  • Fungsi Vitamin B3 adalah untuk mencegah penyakit pelaggra. Pengertian Pelaggra yaitu suatu penyakit yang disebabkan oleh kekurangan niasin (vitamin B3) dalam makanannya dan sudah kronik.
  • Fungsi Vitamin B5 iaitu untuk mencegah insomnia dan meningkatkan nafsu makan. Insomnia adalah gangguan di mana orang tidak boleh mendapatkan cukup tidur atau sering disebut dengan penyakit sukar tidur.
  • Fungsi Vitamin C adalah untuk menjaga kesihatan gusi, mencegah ulser, mencegah penyakit skurvi dengan gejala gusi bengkak dan mudah berdarah. 
  • Fungsi Vitamin D adalah membentuk dan memelihara tulang, mencegah penyakit rakitis dan osteoporosis. 
  • Fungsi Vitamin E adalah untuk menyuburkan rambut, melicinkan kulit, dan sebagai pelindung sel-sel darah merah. 
  • Fungsi Vitamin K adalah membantu proses pembentukan / pembekuan darah. 
Mineral mudah didapati daripada sayur-sayuran, buah-buahan dan jua kekacang. 
  • Fungsi Kalsium adalah membentuk tulang dan gigi, mencegah osteoporosis (reput tulang). 
  • Fungsi Fosforus adalah membentuk tulang dan gigi, membantu pertumbuhan sel-sel dalam tubuh. 
  • Fungsi Iodin adalah mencegah penyakit beguk. 
  • Fungsi Zat Besi adalah membentuk sel darah merah, mencegah penyakit anemia (kurang darah). 
Benda yang paling banyak dalam badan kita adalah air. Pengambilan air yang cukup adalah sesuatu yang amat perlu kerana ia membantu/menjadi pelarut pada vitamin dan mineral, membantu mengawal suhu badan kita dan juga organ kita.


Berminat untuk beli Essential Set ini boleh klik pada gambar dibawah ini :
Oleh kerana itu, shaklee menekankan yang keperluan asas itu penting. Untuk menjaga kesihatan dan mencegah daripada penyakit Shaklee mensarankan kita mengambil set Essential (Vitalea, ESP,Sustained Release Vitamin C dan Omega Guard)

Vitalea merupakan sumber vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan. Ada 28 jenis vitamin dan mineral perlu ada pada Vita-Lea, ada testimoni yang menyatakan dia jarang sakit lagi seperti dahulu dan dia yakin dengan pilihannya.

ESP pula merupakan sumber protein yang terbaik kerana ESP adalah soy islolate protein bermakna ESP bukannya macam air soya dekat pasar malam. ESP adalah protein soya, macam minuman shake protein yang ada dipasaran begitu juga ESP.

Omega Guard bertindak sebagai sumber lemak dan sumber lemak baik. Omega Guard juga bertindak sebagai anti keradangan dan baik untuk mata.

Jika mahu sesuatu yang memang khas untuk mata boleh ambil Carotomax kerana retinol didalam Carotomax agak tinggi malahan carotomax ni pun merupakan salah satu anti oksidan yang membantu badan kita melawan radikal bebas.

Berminat untuk beli Essential Set+Carotomax ini boleh klik pada gambar dibawah ini :


Marilah bersama-sama kita mula menjaga kesihatan kita melalui menjaga pemakanan, bersenam dan mengambil suplemen.



0 comment... add one now