Happy New Year To All Shaklee Distributor!



Selamat Tahun Baru!!!

Dah kenapa bulan 3 ucap selamat tahun baru?
Untuk Shaklee Distributor kami baru hendak masuk tahun baru, bulan April setiap tahun start cycle baru jadi bulan Mac ni adalah bulan terakhir untuk cyle 2016/2017. Jadi kena set azam baru, impian baru, plan baru, VB baru dan sikap baru (ni khas tuk si pemalas macam ai). Berazam untuk jadi lebih rajin lagi cycle ni.

Yeah Chaiyok! Gambate kudaisai! Berusaha wahai Nur Ayu.
Sepanjang cycle lepas apa yang telah dicapai oleh seorang SID bernama Nur Ayu.
Ermmm ermmm ermmmm ermmm hahaha panjang sgt ermm nya tu maknanya takder pencapaian yang significant sangat tetapi i know i already achieved somethings.
One thing that i always adored is ukhwah. Sepanjang tahun lepas, dapat ramai kawan baru, kenal macam-macam perangai orang, tahu pelbagai teknik bisnes, kenal erti cabaran, kenal erti persaingan dan dapat banyak ilmu baru. Lagi-lagi sejak join #tsunamishaklee, daripada group #pts4kebabom sampailah masuk group #sahabatgua18. List contacts dalam phone book bertambah panjang, kalau dulu hanya ada nama adik beradik Rich Family sekarang ada ramai lagi nama kenalan Shaklee.
Daripada join hanya satu group whatsapp bawah mommy Lydzar Rusman sekarang ada macam-macam group whatsapp. Macam-macam ilmu dapat daripada group-group tu, pelajaran yang paling bermakna adalah pelajaran tentang kehidupan, perangai manusia, hati manusia dan gelagat manusia. Walaupun hanya pernah jumpa segelintir secara berdepan yang lain hanya di ruang media sosial tetapi uhkwah itu rapat.
Dapat join kelas yang sekian lama teringin, satu pencapaian yang amat membanggakan akan terus berusaha untuk join kelas-kelas yang tersedia. Jika dulu perkataan COD amat dielakkan bagaikan perkataan puaka setiap kali ada prospek yang bertanya tetapi sekarang perkataan itu sudah hilang gerunnya, "nak COD? boleh ajer asalkan betul caranya".
Langit tidak selalunya cerah tetapi ketika awan hujan sedang berarak datang pasti ada yang sudah bersedia dengan payung, thank you Siti Rabiah Adnan dan mommy Lydzar Rusman.
Banyak lagi katak yang perlu ditelan, banyak lagi tembok yang perlu dipecahkan. Semoga akan terus kekal bersemangat dan yang paling penting istiqomah. Impian dari dulu hendak lihat blogku muncul di 1st rank google masih belum tercapai, masih jauh lagi dan masih banyak lagi usaha perlu dibuat. Diharapkan cycle yang baru ni, bawak Ong.
Ok la panjang bebeno bebelnya, tu la dia perempuan kalau dapat bebel memang tak hingat dunia.
Wish me luck for this new cycle, so i can achieve my dreams.
Semoga dipermudahkan segala urusanku..aamiin


0 comment... add one now