Musuh Kaum Lelaki, Kenali Dan Fahami Cara Merawat Kanser Prostat


Kanser , Cancer, Barah

Macam agak selalu kita dengar sekarang kan? Makin ramai orang kena kanser atau barah, kenapa yer? Pemakanan, persekitaran ataupun genetik. Macam susah hendak jawab sebab orang yang kita rasa paling sihat pun boleh kena kanser. Kanser ni pembunuh senyap kerana tidak semuanya dapat dikesan awal kebanyakkan sudah agak lewat ataupun sudah ditahap pertengahan. Kanser ini bermula apabila sel kanser bertambah banyak dan berkembang dengan pesatnya. Sel kanser membahagi dengan cepat berbanding sel normal yang sihat. Apabila sudah terlalu banyak dan imun badan kita tidak dapat menghapuskannya lagi, ia menjadi tidak terkawal.

Informasi tentang kanser, baca sini : Kanser Musuh Dalam Selimut

Kanser prostat bermula apabila sel pada kalenjar prostat membesar dengan tidak terkawal. Kalenjar prostat ni hanya ada pada lelaki jer tau (in case la ada yang bertanya). Saiz kalenjar prostat ini berubah ikut usia, untuk orang muda saiznya hanya sebesar kacang walnut dan saiznya lebih besar untuk lelaki berusia.

Ada beberapa jenis kanser prostat tetapi yang kebiasaannya adalah jenis adenocarcinomas iaitu kanser yang bermula pada sel kalenjar yang menghasilkan cecair yang ditambah pada air mani. Jenis-jenis kanser prostat yang lain adalah sarcomas, small cell carcinomas, neuroendocrine tumors dan transitional cell carcinomas namun jenis selain adenocarcinomas ini jarang berlaku.Jadi jika ada kemungkinan dapat kanser prostat selalunya jenis adenocarcinomas.

Selalunya kanser berkembang dan merebak dengan cepat tetapi kanser prostat ini ia berkembang dengan kadar yang perlahan, pelik sikit kanser ini. Sehinggakan ada yang meninggal dunia diatas sebab lain tetapi selepas autopsi doktor kesan ada kanser prostat. Jadi semasa dia hidup, si polan ni tak tahu pun dia ada kanser prostat tapi ini berlaku selalunya pada orang lelaki yang sudah berusia la.

Punca kanser prostat tidak dapat dikenalpasti dengan spesifik, macam kanser-kanser yang lain susah hendak tentukan apa punca utama kanser itu terjadi. Namun ada beberapa faktor yang mungkin menjadi punca kepada kanser prostat atau barah prostat ini.

1. Usia

Usia ini mungkin menjadi faktor utama kerana kanser ini jarang berlaku pada lelaki dibawah umur 45 tahun dan selalunya berlaku pada lelaki yang sudah berusia (50 tahun keatas)

2. Genetik

Kanser juga seperti kencing manis, sakit jantung iaitu penyakit keturunan. Jika ada didalam keluarga dan keturunan mempunyai kanser, kita perlu berhati-hati dan jaga kesihatan kerana juga mempunyai peratusan untuk dapat sakit yang sama. Seandainya ayah atau abang korang ada kanser prostat, risiko korang akan dapat penyakit yang sama adalah 2 kali ganda.

Ada kajian menunjukkan 2 gen yang rosak (BRCA 1 dan BRCA 2) yang merupakan faktor risiko pada kanser payudara dan kanser ovari mungkin juga merupakan penyebab pada kanser prostat juga. Ada satu kajian, saintis telah jumpa 7 lagi tempat pada genom manusia yang boleh dikaitkan dengan kanser prostat.


Antara gen rosak BRCA 1 dan BRCA 2, BRCA 2 adalah yang lebih merbahaya kerana jika seorang lelaki itu mewarisi genetik BRCA 2, dia perlu menjalani rawatan radioterapi dengan segera kerana kanser prostat yang bermula dengan gen BRCA 2 adalah agresif.

Baca sini tentang Penemuan 7 lagi faktor genetik penyebab kanser prostat.

Namun begitu tidak semua genetik penyebab kanser ini diwarisi melalui keturunan ada juga yang terbentuk melalui gaya hidup kita. Sel kanser jenis ini tidak akan diturunkan pada anak-anak berbeza dengan genetik yang diwarisi melalui keturunan.

3. Diet

Ada kajian menunjukkan kekurangan Vitamin D, kuat makan daging merah boleh meninggikan peluang seseorang lelaki itu mendapat kanser prostat. Jika mengamalkan gaya hidup sihat dengan diet yang kurang makan daging, makan sayur dan buah-buahan lebih banyak, selalu bersenam boleh mengurangkan risiko mendapat kanser prostat.

4. Obesiti

Sudah ada kajian yang mempunyai menunjukkan memang ada kaitan obesiti dengan kanser prostat. Orang yang mempunyai berat badan berlebihan mempunyai risiko yang tinggi mendapat kanser prostat.

5. Sexually Translitted Diseases (STDs)

Mereka yang mengidapi gonorrhea mempunyai risiko yang tinggi menghidapi kanser prostat.

6. Enzim PRSS3 dikaitkan dengan kanser prostat yang agresif.

Saintis daripada Mayo Clinic melaporkan enzim PRSS3 menyebabkan sel kanser prostat melakukan metastasis iaitu membuatkan sel kanser prostat itu merebak dengan agresif.

Senior researcher, Evette Radisky, Ph.D., said "This molecule is a protease, which means it digests other molecules. Our data suggests PRSS3 activity changes the environment around prostate cancer cells - perhaps by freeing them from surrounding tissue - to promote malignancy and invasiveness. I don't think PRSS3 is the only factor involved in driving aggressive prostate cancer, but it may be significant for a certain subset of this cancer - the ind that is potentially lethal."

Rawatan kanser prostat terbahagi kepada 2 iaitu peringkat awal kanser dan peringkat pertengahan kanser.

Untuk peringkat awal selalunya rawatan yang diberikan:

1. Watchful Waiting
Tiada rawatan dilakukan tetapi paras PSA (Prostate-Specific Antigen) didalam darah diperiksa secara berkala.

2. Radical Prostatectomy
Prostat dibuang secara pembedahan.

3. Brachytherapy
Benih radioaktif diimplan didalam prostat.

4. Conformal Radiotherapy
Sinaran radioterapi dibentukkan supaya menyerupai kawasan yang perlu dirawat bagi mengelakkan tisu yang sihat semasa radiasi.

5. Intensity Modulated Radiotherapy
Lebih advance daripada Conformal Radiotherapy kerana ia menggunakan pelbagai paras kekuatan untuk sinaran radiasi.

Pesakit boleh pilih hendak buat rawatan yang mana satu dengan perbincangan bersama doktor masing-masing.

Untuk peringkat pertengahan kanser ataupun kanser semakin agresif, rawatan jenis radiasi dan terapi hormon mungkin digunakan. Jika tidak boleh dielakkan pembedahan membuang prostat mungkin berlaku.

Bagaimana keputusan tentang rawatan yang sesuai dibuat?

1. Peringkat kanser yang dihadapi
2. Umur
3. Isu kesihatan yang lain jika ada yang serius.
4. Emosi pesakit itu sendiri tentang rawatan yang diperlukan.
5. Peratusan rawatan itu berjaya.
4. Kesan sampingan selepas rawatan.

Tanda-tanda kanser prostat.
Untuk kanser prostat tiada tanda-tanda awal tetapi selepas sel kanser menjangkiti kalenjar prostat, simptom-simptom ini kemungkinan akan muncul.

1. Kerap kencing diwaktu malam.
2. Sukar untuk mula atau berhenti buang air kecil.
3. Saluran air kencing menjadi lemah (jika batuk atau ketawa)
4. Aliran kencing terganggu
5. Sakit atau rasa pedih semasa buang air kecil atau ejakulasi.
6. Terdapat darah pada air kencing atau air mani.

Diatas bukanlah simptom kanser prostat tetapi ia berlaku kerana sel kanser sudah merebak pada prostat menyebabkan pembesaran ataupun infeksi pada pundi kencing.

Simptom kanser prostat adalah :
1. Hilang selera makan dan berat badan, keletihan, loya dan mual, muntah
2. Sakit pada pelvis, belakang badan, dada, peha dan tulang di kawasan berkaitan.
3. Bengkak pada kaki
4. Lemah atau lumpuh bahagian bawah badan (lower limbs) dan juga sering sembelit.

Diakhir entri ini akan ai letakkan link-link yang menjadi rujukan, boleh baca untuk info lebih lanjut. Ai bukan doktor jadi risau juga kalau penerangan lari daripada maksud sebenar, jadi ai terangkan secara general sahaja sekurang-kurangnya kita faham dan tahu mengenai kanser prostat dan cara merawat kanser prostat ini.

Sementara kita masih sihat walafiat ini kenalah jaga kesihatan dengan baik. Kanser kebanyakkannya penyakit keturunan, jadi kena lebih more alert tentang kesihatan bagi mereka yang berisiko. Jaga gaya hidup dan pemakana jika rasa ia belum mencukupi ambillah supplemen yang mempunyai khasiat didalam membantu mencegah kanser seperti suplemen shaklee Vivix, Vitamin E, Vitamin C, Vitamin A, Omega-3, Zink dan Vita-Lea. Suplemen ini kaya dengan anti oksidan dan anti keradangan.

Vivix - Kaya dengan anti oksidan yang berfungsi untuk melawan radikal bebas, radikal bebas ini antara punca sel sihat menjadi sel kanser. Kaya dengan resveratrol untuk mencegah kanser.

Vitamin E with selenium - bagus untuk penjagaan kesihatan organ pembiakan lelaki, membantu menghasilan air mani yang sihat dan merupakan anti oksidan yang bagus.

Vitamin C - merupakan anti oksidan yang bagus dan membantu menguatkan sistem imun badan bagi melawan penyakit dan radikal bebas.

Vitamin A - anti oksidan yang bagus, berfungsi untuk melawan radikal bebas dan bagus untuk kesihatan mata.

Omega Guard - mengandungi omega-3 yang terbaik dan tulen, merupakan agen anti keradangan yang bagus untuk membantu melegakan sakit akibat keradangan.

Zink - bagus untuk organ pembiakan lelaki dan membantu menjaga kesihatan organ pembiakan lelaki, menguatkan sistem imun badan.

Vita-Lea - membekalkan nutrien perlu (vitamin dan mineral) yang badan kita perlukan seharian dan membantu menjaga kesihatan badan.

Hendak sihat kena bermula daripada sekarang kerana sel didalam badan memerlukan sekurang-kurangnya 90 ke 120 hari untuk membentuk dan membaiki kerosakan yang berlaku. Jika kita konsisten dengan mengambil suplemen insya allah badan akan menghasilkan sel-sel yang sihat dan kuat daya tahan penyakit. Marilah kita jaga kesihatan bermula daripada sekarang.

Sumber rujukan :










0 comment... add one now