Cuma kebelakangan ini makin ramai orang yang kena kanser agak merisaukan juga keadaan ni, kalau dulu jarang-jarang didengar tetapi sekarang kerap pula didengar. Antara kanser yang mengerunkan kaum wanita adalah kanser payudara dan juga kanser serviks. Payudara kan antara mahkota wanita jika ia terpaksa dibuang kerana kanser pasti besar impaknya pada tuan punya badan. Disebabkan sakit ini agak besar peratusannya di Malaysia banyak syarikat-syarikat insurans sudah mula buat polisi yang berkaitan dengan penyakit wanita (pandai kan). Jika dulu beberapa tahun dahulu masa ai nak beli insurans, awal-awal sudah diberitahu yang polisi yang saya mahu ambil tidak cover penyakit wanita dan bersalin. Tetapi sekarang sudah banyak polisi yang diwujudkan khas untuk cover sakit puan ini.
Kanser bermula dengan radikal bebas, sel kanser ini berlainan dengan sel normal. Macam yang kita belajar dalam kelas sains dekat sekolah dulu sel akan membahagi untuk berkembang kan, sel kanser ini pun sama jugak tetapi mereka membahagikan diri mereka dengan sangat cepat untuk menghasilkan lebih banyak sel-sel abnormal. Kemudian sel-sel abnormal ini akan memusnah dan merosakkan sel-sel yang normal. Sepanjang kita hidup ni mungkin dah banyak kali sel kanser terbentuk, tak pun sel dengan data yang rosak terbentuk tetapi sistem pertahanan badan kita bertindak untuk hapuskan sel-sel tersebut sebab itulah kita kena jaga sistem pertahanan kita.
Baca lebih lanjut tentang kanser : Kanser Musuh Dalam Selimut
Menurut Dr.Zubaidi kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar menjadi sel yang merbahaya dan mudah merebak (ini mesti kerja radikal bebas ni? radikal bebas kan jahat) Selalunya kanser ini bermula dengan kalenjar susu ataupun saluran kalenjar susu namun begitu semua sel dalam payudara boleh bertukar menjadi sel kanser. Kanser payudara ada 4 peringkat dan rawatan akan ditentukan mengikut kesesuain dan peringkat kanser tersebut. Oleh itu kaum wanita kena peka dengan perubahan yang berlaku pada payudara mereka dengan melakukan pemeriksaaan sendiri dirumah. Jika perasan ada ketulan atau ada rasa sakit yang macam lain daripada biasa silalah pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Andai kata ditakdirkan seorang wanita itu menghidap kanser payudara, ada beberapa rawatan akan dicadangkan oleh doktor. Tetapi apa yang paling penting untuk wanita itu adalah bersikap positif, terima keadaan yang dia sedang sakit dan juga kuatkan semangat kerana psikologi banyak memainkan peranan bagi pesakit kanser.

Rawatan-rawatan yang disediakan untuk merawat sakit kanser adalah 2 jenis iaitu pembedahan dan terapi. Pembedahan pula ada 3 jenis iaitu Wide Local Excision (Breast Conserving Surgery Procedure), Mastektomi dan Pembedahan Nodus Limfa di Bahagian Bawah Lengan (Axillary lymph nodes dissection). Manakala terapi pula ada ada 3 jenis iaitu kemoterapi, radioterapi dan terapi hormon.
Okay, ai terang secara ringkas rawatan-rawatan ini yer :
1. Wide Local Excision (Breast Conserving Surgery Procedure) - pembedahan ini akan buang sebanyak mungkin tisu kanser dan tisu yang terlibat sekitar payudara dengan kata lain pembedahan ini akan cuba menyelamatkan payudara sebanyak mungkin tanpa membuangnya. Kebiasaannya selepas pembedahan, kemoterapi akan dijalankan untuk mematikan sel-sel kanser yang tinggal namun ada beberapa keadaan pembedahan ini tidak sesuai dibuat salah satunya jika benjolan kanser itu terlalu besar dan ia terletak jauh kedalam payudara.
2. Masektomi - kesemua tisu payudara akan dibuang bersama-sama sel yang berkaitan. Masektomi akan dilakukan berdasarkan beberapa keadaan salah satunya adalah kanser sudah merebak ataupun kanser berada pada lebih daripada satu bahagian payudara. Doktor akan berbincang dengan pesakit tentang penstrukturan semula payudara kerana faham sendirilah kehilangan payudara memberi kesan yang agak mendalam pada wanita.
3. Pembedahan Nodus Limfa di Bahagian Bawah Lengan (Axillary lymph nodes dissection) - pembedahan nodus limfa di bahagian bawah lengan biasanya membuang nodus di peringkat I dan II. Untuk wanita yang mengalami kanser payudara invasif, prosedur ini disertai mastektomi atau breast conserving surgery. Ia mungkin dilakukan serentak, atau selepas lumpektomi (melalui hirisan yang berasingan).
Untuk rawatan terapi pula :
1. Kemoterapi - ubat akan dimasukkan kedalam salur darah, ubat ini untuk membunuh sel kanser. Cecair akan dimasukkan dengan cara drip (macam kita masuk air kalau masuk wad tu). Kesan kemoterapi yang selalunya memberi kesan psikologi yang kuat pesakit kerana rambut akan gugur, badan jadi lemah, loya dan muntah-muntah. Disinilah sokongan keluarga amat diperlukan dan pesakit itu sendiri kena kuat.
2. Radioterapi - rawatan mengunakan radiasi untuk menghapuskan sel-sel kanser yang tidak dapat dikeluarkan semasa pembedahan. Selalunya rawatan ini dibuat selepas pembedahan dan ianya rawatan setempat.
3. Terapi hormon - terapi hormon sering digunakan untuk merawat wanita yang kansernya sensitif terhadap hormon estrogen dan progestron. Seperti kemoterapi, terapi jenis ini boleh digunakan untuk mengurangkan kemungkinan kanser anda berulang. Jika kanser sudah merebak, terapi hormon mungkin boleh mengecutkan atau mengawalnya.
Itulah secara ringkasnya rawatan sakit kanser payudara yang ada di negara kita. Bagus untuk kita ambil tahu hal-hal sebegini untuk diri kita dan juga untuk orang sekeliling kita.
Untuk baca lebih lanjut boleh klik : Rawatan-rawatan kanser payudara