Sudah nama pun berniaga mestilah mahu untung, kalau rugi bukan berniaga namanya tapi sedang buat amal jariah. Setiap perniagaan yang kita buat pasti mahukan keuntungan dan itulah yang menjadi sumber rezeki kita tetapi yang menjadi hal adalah berapa banyak untung yang kita ambil. Tidak salah untuk mengambil untung tetapi haruslah berpada-pada ini pendapat sayalah, kalau tidak ambil untung pun macam merugikan diri sendirikan. Macam menganiaya diri sendiri la pulak kan, kalau ambil untung terlampau tinggi aniaya pelanggan la pula.
Sebagai contoh MLM, setiap MLM ada harga ahli dan juga harga pasaran. Macam Shaklee setiap produknya sudah ada untung runcit yang telah ditetapkan jadi ikut sahaja lah. Lagipun lebih mudah kita jual harga pasaran daripada harga yang kita wujudkan sendiri lebih memburukkan keadaan jika kita menjual pada harga ahli. Harga ahli khas untuk mereka yang sudah berdaftar menjadi ahli jika semua pun dapat harga ahli tiada la keistimewaan menjadi ahli. Kesan buruk daripada hal ini akan berlaku price war antara peniaga, memang persaingan didalam berniaga itu bagus tetapi jika begini caranya persaingan tidak sihat namanya.
Dengan menjual harga pasaran kita dapat dua keuntungan iaitu untung runcit dan juga bonus (ini jika memenuhi syarat). Ramai yang kejar bonus sehingga mengorbankan untung runcit, kan rugi namanya tu. Untuk dapat bonus perlu memenuhi syarat yang ditetapkan tetapi untung runcit kita dapat sebaik sahaja selesai urusan perniagaan. Mana lebih untung? tunggu sehingga penuhi syarat baru atau dapat untung straight away? Itu pun kalau dapat bonus, andai kata tidak cukup point untuk dapat bonus kan dah rugi. Penat berniaga tetapi tiada untung.Bagi saya adalah lebih baik jual harga pasaran kerana untung runcit itu hak kita dan setiap produk sudah ada margin keuntungan masing-masing. Sekarang ni sudah ada GST itu perlu diingat, GST membuatkan keuntungan runcit kurang sedikit berbanding dahulu.
Itu bagi mereka yang berniaga MLM bagi yang berniaga barangan lain, setaip kos yang dikeluarkan untuk menyediakan produk perlu diambil kira tetapi janganlah letak harga sampai melampau sangat kan. Contohnya jual tudung atau baju, kos beli kain kemudian kos hantar tailor untuk jahit lepas tu kos pengangkutan lagi semua perlu diambil kita semasa harga setiap tudung atau baju itu diletak. Mesti tetapkan berapa margin keuntungan yang kita mahukan, margin tersebut seeloknya tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi kena lihat harga pasaran juga. Ada juga peniaga yang suka merosakkan pasaran dengan menjual harga terlampau rendah sehinggakan menyusahkan peniaga lain.
Pastinya pelanggan akan ramai pergi pada yang jual harga murah tetapi ini akan membuatkan para pelanggan berfikir buruk tentang peniaga yang meletakkan harga yang lebih tinggi. Kadang kala pelik juga orang yang berniaga begini, apa untung yang mereka dapat? harga yang diletak terlalu rendah seumpama cukup untuk pulang modal ambil stok jer jadi dimana nikmat dia sebagai peniaga? barang habis dijual tetapi untung tidak seberapa berbanding usaha yang dibuat. Pelik tetapi benar kerana didalam dunia perniagaan pelbagai jenis manusia kita akan jumpa. Manusia yang terlalu tamak, ada yang terlalu bermurah hati, hasad dengki belum ambil kira lagi tetapi itulah manusia.

Jadi berniaga lah dengan berhemah, jangan sampai menyusahkan diri sendiri dan juga orang lain. Berniaga la dengan beretika bukan menggunakan cara kotor untuk cepat untung atau naik takut nanti tidak berkat untung yang dapat tu.
KING CASINO, 더킹카지노 LLC 제왕카지노 가입 GIVES A $100 더킹카지노 조작 FREE 메리트 카지노 BET to try. Visit us today and receive a $100 FREE BET! Sign up at our หาเงินออนไลน์ new site!