Kenal dan Ketahui Bahayanya Penyakit Parkinson





Pernah dengar penyakit Parkinson tak? Tahu tak apa sakit Parkinson tu?

Pernah tengok atok kita or nenek kita jalan bergoyang-goyang, tangan gegar-gegar sampaikan hendak minum air pun susah. Itulah penyakit Parkinson. Parkinson's Disease dengan Alzheimer lain tau jangan keliru lak. Persamaan 2 penyakit ini adalah tiada penawar lagi, doktor hanya merawat simptomnya sahaja supaya kualiti hidup pesakit lebih baik.

Penyakit Parkinson ni adalah penyakit saraf otak bahasa gempaknya neurodegenerative brain disorder dan ia berlaku secara perlahan-lahan sepanjang hidup orang yang mengidapnya. Otak akan semakin kurang menghasilkan neurotransmitter bernama dopamine, semakin lama semakin sedikit dan akhirnya berhenti dihasilkan. Kekurang dopamine ini yang menyebabkan mereka yang mengidap Parkinson hilang keupayaan kawalan keatas emosi, pergerakan dan badan mereka. Kesiankan, semoga kita dah keturunan kita dijauhkan daripada penyakit Parkinson ini. Penyakit ini tidak merbahaya tetapi simptom-simptom sakit Parkison ini dan kompilasi sakit ini yang boleh membawa maut.

Selalunya neuron (sel otak) didalam akan menghasilkan dopamine yang berada di kawasan otak yang dipanggil substantia nigra. Dopamine berfungsi sebagai penghantar mesej antara substantia nigra dengan bahagian otak yang lain untuk tujuan kawalan badan. Badan kita dapat bergerak dengan lancar adalah kerana dopamine kerana itu apabila Apabila 60% ke 80% sel otak yang menghasilkan dopamine rosak atau musnah menyebabkan dopamine masih berkurangan seseorang tu akan mengalami simptoms Parkison yang berkaitan motor. Proses kemerosotan sel-sel otak dipanggil neurodegeneration.



Braak's hypotheses (teori semasa sekarang) tanda awal Parkinson boleh dijumpai  pada sistem saraf ensentrik,sumsum belakang dan olfactory bulb (tak tahu nak translate hehe) yang mengawal deria bau. Fuh mencabar nak tukar bahasa kepada yang lebih mudah korang nak faham. Mengikut teori ni, sakit Parkinson ini hanya berlaku di kawasan substantia nigra dan korteks dan teori ini dibuktikan dengan kemunculan bukti simptoms non-motor seperti hilang deria bau, hyposmia, gangguan tidur dan sembelit boleh dikatakan tanda-tanda awal penyakit Parkinson selama beberapa tahun. Macam yang kita tahu penyakit ini kan makan masa untuk menjadi lebih serius, oleh itu para penyelidik lebih fokus untuk mengesan simptom non-motor ini supaya penyakit Parkinson ini boleh dikesan dengan lebih awal dan mereka masih mencari jalan untuk menghentikan perkembangannya. Kita doakan mereka berjaya yer, supaya satu hari nanti kita ada penawar untuk penyakit Parkinson.

Penyakit Parkinson ini dibahagi kepada 5 peringkat. 

Peringkat Pertama :
Mereka yang ada mengalami simptom yang tidak menggangu kehidupan harian mereka. Simptom seperti gegar hanya akan berlaku pada satu bahagian badan sahaja tetapi ahli keluarga dan kawan-kawan akan mula perasan perubahan pada cara berjalan, postur badan dan eksperi muka.

Peringkat Kedua :
Ketika ini simptom semakin teruk. Badan bergegar, badan sush hendak bongkok mula berlaku pada kedua belah badan. Kesukaran semasa berjalan dan postur badan yang tidak elok semakin ketara. Pada peringkat ini mereka yang ada penyakit Parkinson masih mampu hidup sendiri tetapi sukar untuk melakukan makan, mandi, masak dan aktiviti harian lain.

Peringkat Ketiga:
Peringkat ini dikira sebagai peringkat pertengahan dan pada ketika ini hilang kesimbangan badan, pergerakan semakin perlahan semakin ketara. Pesakit akan kerap jatuh dan walaupun mereka masih boleh berdikari tetapi aktiviti harian semakin payah dan sukar terutama makan, mandi dan pakai baju.

Peringkat Keempat :
Ketika ini simptom penyakit Parkinson semakin parah dan pengerakan pesakit semakin terbatas, mereka masih mampu untuk bangun sendiri tetapi untuk berjalan dan bergerak mereka memerlukan bantuan orang ataupun walker. Peringkat ini sudah tidak selamat untuk pesakit Parkinson untuk tinggal sendirian.

Peringkat Kelima:
Peringkat terakhir, ketika ini pesakit tidak lagi mampu bergerak sendiri kerana kaki mereka sukar dibengkokkan dan mereka sama ada memerlukan walker ataupun hanya baring dikatil. Bantuan orang diperlukan sepenuhnya dan kadang kala pesakit mungkin mengalami delusi ataupun halusinasi. 

Walaupun perhatian diberikan pada kelima-lima peringkat motor symptoms namun komuniti Parkinson merasakan mereka perlu juga mengambil perhatian pada non-motor sysmptoms. Macam Braak's hypotheses yang mengatakan non-motor symptoms sebenarnya muncul lebih awal untuk penyakit Parkinson. Jika mereka mampu mengesan mungkin ada sinar baru untuk pesakit Parkinson.



Rawatan untuk penyakit Parkinson tidak specific kerana masih belum ada rawatan yang khusus oleh itu doktor hanya merawat simptom yang pesakit Parkinson alami melalui ubat-ubatan dan juga pembedahan. 




Antara ubatan yang doktor berikan:

1. Carbidopa-levodopa.
Levodopa adalah kimia semulajadi yang boleh ditukar menjadi dopamine oleh otak kita, ia merupakan ubat yang paling efektif untuk pesakit Parkinson. Tetapi untuk mengelakkan penukaran pra-matang diluar kawasan otak Carbidopa digabungkan bersama Levodopa. Ia juga mengurangan dan mengelakkan kesan sampingan seperti mual.

2. Carbidopa-levodopa infusion.
Pada tahun 2015, U.S. Food and Drug telah meluluskan ubat bernama Duopa yang berasaskan cardidopa dan levodopa. Bagaimana cara ia diambil adalah melalui feeding tiub, masuk terus ke usus kecil dan ubat ini didalam bentuk gel.

3. Dopamine agonists.
Berbeza dengan levodopa, dopamine agonists tidak ditukarkan menjadi dopamine tetapi meniru kesan dopamine pada otak. Ia tidak lah seefektik levodopa tetapi kesannya lama dan boleh diguna bersama-sama levodopa untuk mengatasi kekurangan levodopa.

Setiap ubat yang diberikan oleh doktor ada kesan sampingannya tetapi bagi merawat simptom-simptom Parkinson itu antara pilihan terbaik. Ada banyak lagi ubatan yang boleh doktor berikan pada pesakit Parkinson dan boleh baca disini :




Pembedahan juga antara rawatan yang boleh dilakukan. 

Deep brain stimulation (DBS)
Siapa pernah tengok korean drama Doctors atau nama lain Doctor Crush, dalam tu ada scene doktor-doktor tu buat procedur DBS. Procedur ni dibuat semasa pesakit sedar, dan mereka akan letakkan elektrod pada bahagian otak yang telah dikenalpasti dan aliran eletrik akan disalurkan kemudian mereka akan perhatikan kesannya. Pembedahan ini agak berisiko tetapi dalam drama nampak sangat cool.

Itu serba sedikit mengenai ubat dan pembedahan yang boleh dilakukan untuk merawat penyakit Parkinson, ai terangkan secara ringkas jer kerana ai bukan doktor nanti takut salah infomation namun ai letak link website yang boleh dipercayai untuk rujukan.


Sumber rujukan : Mayo Clinic

Penyakit Parkinson ada banyak simptom dan simptom itu membawa kepada banyak masalah lain. Antaranya :

1. Kesukaran berfikiran - Masalah ini muncul pada peringkat akhir ataupun ketika penyakit Parkinson sudah semakin parah dan kebiasaannya keadaan ini ubat tidak memberi kesan.

2. Depresi dan perubahan emosi - Mereka yang ada penyakit Parkinson boleh mengalami masalah depresi tetapi masalah ini boleh diatasi dengan rawatan. 

3. Kesukaran menelan - Disebabkan badan sudah mula hilang kawalan dan pengerakan semakin perlahan, menelan makanan mungkin agak sukar dan air liur akan berkumpul dan menyebabkan air liur melelah (drooling).

4. Masalah dengan tidur - Masalah tidur ini memang selalu dialami oleh pesakit Parkinson termasuk bangun tengah malam dengan kerap, bangun terlalu dan tertidur disiang akhir. Selalunya boleh diatasi dengan ubat.

5. Masalah pundi kencing - Penyakit Parkinson boleh menyebabkan masalah pundi kencing termasuk sukar mengawal kencing ataupun sukar untuk kencing. 

6. Sembelit - Kebanyakkan pesakit Parkinson akan mengalami masalah sembelit kerana pengerakan saluran penghadaman yang perlahan.

7. Tekanan darah yang berubah-ubah - Merasa pening jika berdiri tertiba disebabkan tekanan darah yang rendah.

8. Masalah deria bau - Mengenal pasti bau akan menjadi satu masalah kerana pesakit Parkinson tidak boleh membezakan bau.

9. Keletihan - Ini salah satu kesan yang masih tidak dapat dikenalpasti puncanya kerana kebanyakkan pesakit Parkinson akan mengalami keletihan.



10. Kesakitan - Pesakit Parkinson selalunya mengalami rasa sakit dibahagian tertentu badan ataupun seluruh badan.

11. Hilang upaya seks - Sesetengah pesakit Parkinson menyedari kemahuan mereka untuk seks semakin berkurangan.

Walaupun penyakit ini masih belum ada penawarnya, kita tetap perlu lakukan langkah pencegahan daripada sekarang sementara badan masih sihat lagi. Shaklee ada beberapa produk yang bagus untuk kesihatan badan dan otak kita.

Vivix - Kaya dengan poliphenol dan mempunyai resveratrol yang tinggi. Vivix juga menjaga telomeres kita supaya lebih sihat, apabila telomeres sihat automatik DNA kita juga akan terpelihara.

Omega Guard - Mengandungi rangkaian penuh 7 spektrum Omega-3, kaya dengan DHA dan ARA yang kita sedia maklum bagus untuk otak.

B Complex  - Membantu memelihara kesihatan fungsi saraf, b complex shaklee lengkap dengan kesemua 8 vitamin B (B1, B2, B3,B5, B6, B12, Asid Folic and Biotin).

Vita-Lea - Multivitamin yang membantu badan kita mendapat nutrien perlu (vitamin dan mineral) yang badan kita perlukan seharian.

Usaha untuk sihat itu perlu supaya satu hari nanti kita tidak akan menyesal kerana tidak melakukan pencegahan awal. Supaya nanti kita tak cakap "menyesalnya dulu tak......".

Jom kita berusaha jaga kesihatan dari sekarang lagipun penyakit sekarang tidak mengenal usia, sesiapa pun terdedah pada sakit. 

Semoga kita terpelihara daripada penyakit kronik lagi membahayakan,aamiin.





0 comment... add one now