Tips Kesuburan Suami Isteri


Anak...

Anugerah Allah
Yang Amat Berharga 

Setiap pasangan berkahwin pasti mahukan anak, itu adalah kebiasaan kerana anak adalah penyambung keturunan dan warisan kita. Tetapi tidak semuanya bertuah untuk memiliki anugerah terindah dan ada juga yang memang dikurniaakan rezeki memiliki anak dengan mudah. Semuanya ketentuan Ilahi, ada hikmah disetiap dugaan, jalan dan nikmat yang Dia berikan.

Dahulu sebelum kahwin orang asyik tanya bila nak kahwin especially kalau pergi kenduri kahwin kawan-kawan dan awak jer yang masih bujang. Pergh stress baq hang lama-lama dah jadi lali, setiap kali orang tanya "bila nak kahwin?" senyum jer. Lepas tu ada pula yang cakap lepas ni merasa nasi minyak awak la pula yer, amin kan ajer. Mana tahu masin mulut dorang kan. Jodoh tetap tiba sebagaimana telah dicatatkan di Luh Mahfuz sejak kita dilahirkan. Kesabaran menanti tu yang Allah saje yang tahu.

Kemudian bila sudah kahwin, inai ada lagi saki baki kat kuku orang dah duk tanya "dah ada isi ker?". Stress lagi baq hang. Mula la buat research selalunya pasangan mula dapat anak selepas berapa lama berkahwin, research pasal kesuburan segala bagai. Kerisauan mula berputik, baru jer settle soalan " bila nak kahwin?" sekarang nak deal dengan soalan "bila nak dapat anak?". Ingat macam beli ikan kat pasar agaknya, soalan-soalan macam ni sebenarnya sangat la tidak sesuai digunakan untuk ice breaking. Banyak lagi la soalan yang boleh digunakan.



Semasa saya cuba untuk hamil dulu perkara pertama yang saya search adalah tips kesuburan, apa yang perlu dimakan?, suplemen apa yang membantu dan a few more 18sx punya perkara. Tanya rakan-rakan yang sudah berkahwin mereka kata ambil asid folic daripada sekarang untuk subur dan mudah mengandung. Tapi saya rasa asid folic sahaja macam tidak cukup, pergi farmasi tanya suplemen apa yang boleh membantu. Sale person nasihatkan ambil multivitamin supaya badan lebih sihat dan cergas kerana bila badan sihat lagi memudahkan untuk conceive. Kemudian dia nasihatkan lagi supaya jaga pemakanan, ambil makanan berkhasiat supaya badan sihat. Bottom line dia pastikan badan sihat kalau difikirkan balik betulla apa kata sale person tu sebabnya bila badan sihat organ pembiakan kita juga akan sihat, ovum dan sperma juga akan sihat, rahim juga akan sihat dan kuat jadi segala itu akan memudahkan kita untuk conceive.

Alhamdulillah beberapa bulan ambil asid folic, multivitamin dan jaga pemakanan kurangkan fast food dan gula disahkan mengandung buat kali pertama. Lama jugalah duduk dalam bilik air tenung result dekat pregnancy test tu sebab tak percaya. Sepanjang mencuba tu, saya ambil asid folic dan multivitamin manakala suami ambil multivitamin. 


Ini saya nak share Tips Kesuburan Suami Isteri dengan cara Shaklee. Macam yang cerita tadi kesihatan itu kunci utama untuk conceive oleh itu ada beberapa suplemen yang perlu diambil oleh pasangan suami isteri untuk memastikan kesihatan diparas yang bagus.

Bagi Suami Isteri disarankan ambil :
Vitamin Asas (Vita-Lea, Vitamin C, B Complex)

Isteri :

ESP, Vita-Lea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa (jika berasa sakit semasa bersama) dan GLA Complex (jika period tidak regular).

Suami :
ESP, Vita-Lea, B Complex. Vitamin C, Vitamin E dan Zinc.

Vitamin Asas 

(1)Vita-Lea (Multivitamin)

Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik. Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu. Vita-Lea juga mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi. Manakala Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak serta karbohidrat dalam tubuh dan Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah. Vita-Lea secara asasnya memberikan badan kita nutrien perlu (vitamin dan mineral) yang badan kita perlukan seharian.

(2)Vitamin C

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh. Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

(3)B-Complex

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik. B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga. Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural.Bagi wanita yang merancang kehamilan asid folic bertindak untuk memastikan ovum sihat dan subur. 

Vitamin Kesuburan
(4) ESP

Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon yang berfungsi sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dalam darah disamping mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.Genistein yang terkandung dalam kacang soya telah dibuktikan mempunyai keupayaan bagi mencegah pertumbuhan dan menghalang sel kanser darip merebak. Ia berfungsi dengan memusnahkan radikal-radikal bebas dalam sel-sel tubuh kita sebelum radikal bebas sempat bermutasi daripada DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga melindungi dan menjaga rahim dan ovary serta kitaran haid dan prostat. ESP membantu menguatkan rahim.

(5) Alfalfa

Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).

(6) GLA Complex

GLA Complex boleh membantu bagi mereka yang mempunyai masalah haid yang tidak teratur. Apabila haid sudah teratur mudah untuk merancang kehamilan. GLA membantu dengan cara membentuk persekitaran rahim yang sihat dan optimum bagi persenyawaan dan menolong wanita didalam menghasilkan lendir serviks yang berkusaliti bagi kesuburan. GLA Complex mengandungi Omega-6 yang amat diperlukan oleh sistem reproduksi dan ovari.

(7)Vitamin E 

Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita.

(8) Zink 

Digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink erperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid).

Ilmu juga diperlukan bukan sekadar makan supplemen sahaja. Pasangan perlu tahu bagaimana mengira tarikh subur dan waktu yang sesuai untuk bersama. 

Sistem kalendar
Menentukan masa subur dengan menggunakan sistem kalendar ada dua cara iaitu
Bagi yang kitaran haidnya teratur, masa subur berlangsung 14 +/- 1 hari haid berikutnya. Maksudya masa subur berlaku pada hari ke-13 sehingga hari ke-15 sebelum tarikh haid yang akan datang.

Bagi wanita yang kitaran haidnya tidak teratur maka penting untuk mencatat panjang kitaran haid sekurang-kurangnya selama enam kitaran. Jumlah hari pada kitaran terpanjang, hendaklah ditolak dengan 11 dan akan diperoleh hari subur terakhir dalam kitaran haid tersebut. Sedangkan dari jumlah hari pada kitaran terpendek ditolak 18, diperoleh hari subur pertama dalam kitaran haid tersebut.

Contohnya: Kitaran terpanjang = 31, sedangkan kitaran terpendek = 26, maka waktu subur dapat dihitung, 31 - 11 = 20, dan 26 -18 = 8, jadi masa subur berlangsung pada hari ke-8 sampai hari ke-20.

Rujukan : Majalah PAMA

Baca sini : Mengira Waktu Subur





Jangan berputus asa. Bagi yang Muslim, banyakkan amalan rohani. Buat solat hajat,tahjjud dan sentiasa berzikir.Kita merancang, Allah jua yang menentukan segala...tapi kita perlu berusaha kan. Jika ingin maklumat lanjut tentang kehamilan boleh klik pada kategori Perihal Kehamilan ada banyak entri yang berkaitan.



0 comment... add one now