Suplemen Ibu Hamil Yang Semulajadi, Selamat dan Berkesan




Disaat 2 line muncul di alat uji kehamilan itulah saat yang paling mengujakan. 
Ada yang menangis, ada yang menjerit dan ada juga yang terkedu kerana terkejut.

Apapun reaksi yang ditunjukkan disaat mengetahui ada insan lain sedang membesar didalam rahim kita, kesihatan menjadi keutamaan. Segalanya perlu dipantau dan diambil kira tidak boleh sebarangan makan mengikut halwa tekak. Ada yang sudah mencari suplemen ibu hamil yang berkaitan, ada yang mengeluh kerana perlu meninggalkan makanan segera yang menjadi kegemaran dan bagi tidak gemar sayur mula terbayangkan sayuran hijau yang perlu dimakan. Pada mulanya pasti sukar kerana ia sudah menjadi habit tetapi habit adalah sesuatu yang boleh diubah. Fikirkan tentang anak yang sedang dikandung, dia bergantung pada kita untuk mendapat nutrien yang sempurna bagi pembesarannya. Lagipun Allah berikan kita anak kerana Allah yakin kita mampu menjaganya, setakat mengubah cara makan pasti boleh dilakukan demi anak yang dinantikan.

Jangan risau kerana ada banyak cara untuk kita pastikan anak dalam kandungan kita membesar dengan sihat. Salah satu caranya adalah dengan mengambil suplemen ibu hamil bagi membekal nutrien perlu (mineral dan vitamin) pada bayi dan ibu. Ibu juga perlukan nutrien kerana bayi akan mengambil nutrien perlu daripada ibu, jika ibu kurang nutrien kesihatan ibu pula yang terjejas. Oleh kerana itu suplemen ibu hamil membantu ibu memastikan kesihatan ibu dan anak sentiasa terjaga. Suplemen ibu hamil banyak dipasaran sekarang tetapi dinasihatkan carilah yang berasaskan semulajadi kerana ia lebih selamat buat ibu dan anak. Persekitaran kita sekarang sudah tidak seperti dahulu yang bebas pencemaran dan toksin, zaman sekarang toksin dan pencermaran dimana-mana sahaja. Ianya sudah cukup merbahaya untuk individu biasa apatah lagi ibu mengandung.

Semasa mengandung, si ibu perlu makan lebih sedikit tetapi tidak seperi makan untuk dua orang. Itu hanya mitos sahaja, secara amnya si ibu perlukan hanya tambahan 200 kalori untuk tiga bulan terakhir. Secara specifiknya Semasa trimester pertama tiada extra kalori yang diperlukan, semasa trimester kedua sebanyak 360 tambahan kalori diperlukan setiap hari dan semasa trimester akhir sebanyak 470 kalori tambahan diperlukan setiap hari. Trimester pertama kebiasaannya tidak memerlukan kalori tambahan tetapi dinasihatkan supaya jaga pemakanan kerana pada waktu ini si ibu akan kerap muntah dan loya kemudian hilang selera makan, jadi kebarangkalin kekurangan nutrien didalam badan adalah amat tinggi. Pada trimester pertama perkembangan bayi adalah amat pesat dan si ibu perlu menghadapi banyak perubahan hormon dan perubahan fisiologi, disebabkan itu pada trimester ini si ibu selalu letih, kurang selera makan. mood swing, heart burn, sukar tidur dan lain-lain lagi.

Semasa saya hamil anak pertama saya tidak ambil suplemen ibu hamil kerana tidak rasa ianya perlu tetapi bak kata orang pengalaman mendewasakan oleh itu semasa mengandung kali kedua perkara pertama yang saya cari adalah suplemen ibu hamil. Saya memilih untuk ambil suplemen ibu hamil yang berasaskan semulajadi dan selamat kerana itu saya memilih Shaklee. Boleh dikatakan anak kedua adalah baby Shaklee kerana daripada didalam perut saya sudah ambil Shaklee sehinggalah menyusukan. Shaklee ada set untuk ibu hamil yang lengkap segala nutrien yang ibu hamil perlukan jadi saya tidak berapa risau tentang nutrien yang bakal anak saya dapat. Nutrien daripada makanan sebenar juga perlu tidak lah saya maksudkan ambil suplemen ibu hamil tidak perlu makan makanan sebenar, Semasa trimester pertama selera makan akan kurang dan kadang kala makan apa pun akan muntah semula jadi cukup atau tidak nutrien itu yang merisaukan saya. Jika ambil suplemen ibu hamil kurang la sedikit kerisauan itu.

Set ibu hamil Shaklee ada Ostematrix, Omega Guard, Vitamin C, Vita-Lea, B Complex dan juga ESP. Alhamdulillah sepanjang ambil set ini semasa mengandung kali kedua kesihatan saya memang berada pada paras yang baik sehingga saya rasakan lebih sihat daripada tidak mengandung berbeza sangat semasa mengandung kali pertama. Semasa mengandung kali pertama saya sering demam boleh dikatakan setiap bulan tetapi semasa kali kedua demam sangat sangat jarang. Lagipun Shaklee memang syarikat yang menitik beratkan bahan-bahan yang digunakan didalam suplemen mereka berasaskan semulajadi dan tahap kawalan kualiti mereka amatlah ketat. Jadi saya tidak risau tentang keberkesanan dan keselamatan suplemen yang saya ambil sesuai dengan moto mereka Always works, Always Safe and Always Green.


Ostematrix - membekalkan kalsium kepada ibu kerana semasa mengandung pengambilan kalsium disarankan adalah 1000mg sehari untuk menyokong perkembangan tulang, gigi, saraf, jantung dan otot bayi. Kekejangan yang berlaku semasa mengandung adalah disebabkan kurang kalsium kerana itu akan sampai satu masa doktor akan menyarankan supaya ambil kalsium. 

Omega Guard - membekalkan Omega-3 yang mengandungi DHA untuk perkembangan otak bayi dan penglihatan bayi. 

Vitamin C -  menguatkan sistem imun badan si ibu, membantu tumbesaran bayi dan menguatkan tulang dan gigi.

B Complex - membekalkan asid folik untuk mengelakkan kecacatan saraf tunjang dan fungsi otak. B Complex juga membantu si ibu didalam mengawal emosi dan stress.

Vita-Lea - merupakan multivitamin dan ia membekalkan nutrien perlu (mineral dan vitamin) yang badan kita perlukan. Jadi jika si ibu tidak ada selera makan dan tidak boleh makan kerana muntah, sekurang-kurang Vita-Lea dapat membekalkan nutrien pada badan ibu bagi mengelakkan ibu jatuh sakit.

ESP - membekalkan protein dan merupakan sumber protein yang baik kerana ia mengandungi 9 asid amino perlu yang badan kita perlukan penting untuk pembentukan sel dan tisu bagi perkembangan bayi dan juga ia membekalkan tenaga bagi si ibu.

Boleh baca sini untuk Pemakanan Bagi Ibu Hamil
Jika loya dan muntah terlalu kerap berlaku disarankan supaya ibu buat pemeriksaan doktor kerana takut akan memudaratkan kesihatan ibu. Ada pelbagai tips boleh didapati untuk atasi masalah loya atau morning sickness ni antara semasa bangun dari tidur makan biskut lemak dan kerap makan (snek) sepanjang hari. Snek ni bukan cikedis yer tetapi snek yang sihat macam buah, kekacang atau biskut supaya ibu sentiasa bertenaga walaupun tidak lalu makan full meal, yang penting perut mesti berisi.

Tips-tips lain boleh baca sini : 13 Tips atasi loya dan mual ketika hamil

Untuk bacaan lanjut lagi tentang kehamilan boleh klik pada kategori Perihal Kehamilan disebelah kanan. Andai kata ada soalan yang ingin ditanya boleh PM, Whatsapp ataupun Email pada saya dan insya allah saya akan bantu sedaya mampu terutama pada ibu-ibu muda, saya pernah berada disituasi anda dan saya akan cuba bantu. Sokongan adalah penting bagi ibu mengandung, ibu-ibu please reach out your hand if you please you need help and support, jangan tanggung sendirian.



4 comments.. read them below or add one

atiehilmi.com atiehilmi.com 01 Februari, 2017
cayalah.. boleh jadikan panduan nanti nanti.. hee~ saya bookmark ya.. mana la tau boleh rujuk.. tak payah nak pening kepala lagik..
Suliana Yusof Suliana Yusof 01 Februari, 2017
Wow!! Antara suplemen yang pernah saya amalkan dari sebelum pregnant anak kedua sampai la sekarang. Banyak membantu tau. Anak pun comei.. heheheh
eanaaziz1234 eanaaziz1234 02 Februari, 2017
pregnant lepas ni boleh amalkan tips-tips kat atas..terima kasih 😇😇
Unknown Unknown 02 Februari, 2017
VitaLea dan Vitamin C adalah suplemen asas yang wajib buat saya :)