Kanser Rahim Atau Uterine Cancer Mudah Dikesan?





Rahim...Uterus...Womb

Anggota wanita kurniaan Allah yang mempunyai tugas paling mulia.
Walaupun begitu ia tidak terlepas daripada serangan kanser dan penyakit lain. Betapa bahayanya kanser kerana ia mampu menyerang setiap organ dan sel dalam tubuh badan kita. Uterus ataupun rahim adalah tempat dimana fetus/bayi membesar sebelum dilahirkan kedunia. Uterus wanita berbentuk buah pear terbalik, lapisan dalam rahim dinamakan endometrium dan lapisan luar adalah otot (myometrium). Kenapa perlu tahu? Kerana kanser rahim ada 3 jenis iaitu selaput dinding rahim dinamakan kanser endometrium, kanser yang berasal daripada otot dinding rahim iaitu liomiosarkoma (Leiomyosarcoma) dan kanser yang berasal daripada kedua-dua komponen selaput dan dinding rahim dinamakan karsinosarkoma. Kita sebagai orang wanita kena tahu serba sedikit mengenai penyakit yang berkaitan supaya kita bersedia untuk sebarang kemungkinan. Kalau kita sendiri tidak alert dengan perubahan dalam badan kita bagaimana untuk dapatkan rawatan awal. Jadi mula hari ini kita tanamkan azam untuk lebih alert, ok?

Kanser rahim ada 3 jenis mengikut MAKNA (Majlis Kanser Nasional) dan ianya mudah dikesan seawal tahap pertama kerana ada sesetengah kanser sukar dikesan sehingga satu tahap barulah boleh dikanser dan selalunya sudah merebak. Wanita diMalaysia boleh mengidap kanser rahim seawal umur 26 tahun (mak ai muda belia boleh dapat kanser, bahaya ni) namun jika dikesan awal peluang untuk pulih sepenuhnya adalah cerah dan kemungkinan risiko rahim dibuang adalah tipis. Oleh sebab itu para wanita sila lebih alert dengan keadaan diri korang.

Kanser yang kita tahu adalah terbentuk daripada sel yang abnormal. Sel abnormal ini akan berkumpul menjadi tumor, tumor terbahagi kepada 2 iaitu benign atau malignant. Benign kebiasaannya tidak merbahaya kerana ia tidak merebak ke organ yang lain tetapi boleh menjadi merbahaya jika ia menganggu organ lain untuk berfungsi sebagai contoh tumor otak. Tumor otak kebiasaannya membengkak dan membesar dan menekan bahagian otak yang berhampiran menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Malignant ia akan merebak pada organ yang lain dan proses ini metastasis.

Bacaan lanjut tentang kanser : Kanser musuh dalam selimut

Tanda-tanda Kanser Rahim:


1. Pendarahan yang abnormal.
Antara tanda-tanda kanser rahim yang paling biasa adalah pendarahan yang abnormal kerana itu kanser rahim ini mudah dikesan jika tuan badan pergi jumpa doktor dan buat pemeriksaan kalau duduk rumah jer dan tanggung sakit sendirian memang sampai sudah la tidak tahu sakit apa. Jika berlaku pendarahan abnormal melainkan haid sila jumpa doktor untuk pemeriksaan. Dalam islam sendiri pun ada ajar jika haid melebihi 15 hari sudah dianggap darah sakit bukan lagi darah haid dan boleh menunaikan solat, oleh itu jika masih berlaku pendarahan selepas 15 hari sila jumpa doktor yer wahai rakan-rakan. Bagi mereka yang sedang mengalami menopause ataupun sudah menopaus pendarahan selalu disalah ertikan sebagai haid. Jika berlaku pendarahan semasa dan selepas menopaus sila jangan ambil mudah.

2. Keluar cecair yang luar biasa
Orang perempuan biasa dan tahu pasal keputihan kan dan kita anggap benda itu perkara biasa tetapi ia akan jadi luar biasa jika keputihan itu semakin banyak, berbau, pekat dan mengandungi darah. Kemungkinan ada jangkitan bakteria atau fungus pada vagina atau rahim, jika jangkitan bakteria atau fungus ia boleh dirawat. Ia juga mungkin tanda awal kanser rahim sebab itu walaupun kita rasa ia adalah normal dan boleh diubati, sila lah jumpa doktor jika ia berlarutan jangan dibiarkan. Kanser rahim boleh dikesan awal jadi sayangi diri korang.

3. Sakit ketika melakukan hubungan sexual.
Para isteri, sakit semasa bersama ada banyak faktor penyebab antaranya kurang pelincir (untuk ini sila buat foreplay), tetapi jika sakit tanpa sebab itu agak merisaukan. Ia mungkin tanda awal kanser rahim dan sila buat pemeriksaan doktor.

4. Sakit atau tidak selesa ketika membuang air kecil

Rasa tidak selesa, rasa sakit atau rasa pedih semasa membuang air kecil kemungkinan adalah jangkitan air kencing (UTI) ataupun mungkin sakit kelamin (STD) tetapi jangan dilupakan mungkin juga tanda awal kanser rahim.

5. Sakit pada bahagian pelvik
Sakit pinggang ataupun bahagian pelvik semasa haid itu biasa berlaku tetapi ia juga mungkin tanda awal kanser. Kesakitan yang datang tidak ikut waktu dan secara tiba-tiba boleh menjadi tanda awal.
Pendek kata, tanda-tanda awal ini nampak macam kebiasaan yang kita lalui tetapi ia mungkin jadi luarbiasa, apabila perkara biasa jadi luarbiasa sila buat pemeriksaan doktor yer rakan-rakan. Cepat dapat detect lagi cepat rawatan boleh dibuat. Doktor akan menjalankan pemeriksaan dan ujian atau procedur untuk mengesan kanser antaranya Pap Test, Ultrasound, CT-Scan, MRI dan biopsi.

1. Pemeriksaan Pelvik
Doktor akan periksa uterus, vagina, ovari dan rektum dan selalunya akan buat Pap Test sekali untuk mencari jika ada sesuatu yang luarbiasa.

2. Transvaginal Ultrasound
Doktor akan memasukkan alat kedalam vagina untuk mendapatkan imej rahim jika lapisan dalam rahim (endometrium) nampak tebal, doktor akan minta untuk buat biopsi.

3. Computed Tomography (CT atau CAT) scan.
Gambar 3 dimensi organ dalaman akan diambil untuk memeriksa keadaan tumor, kedudukan dan kebesaran tumor. Selalunya sebelum prosedur ini pesakit akan diberikan cecair khas melalui vena ataupun secara minum supaya semasa scan berlaku gambar yang diambil adalah jelas.

4. Manetic Resonacne Imaging (MRI)
Menggunakan magnetic fileds untuk menghasilkan imej macam CT Scan dan pesakit juga akan diberikan cecair khas supaya gambar nampak lebih jelas. MRI biasanya dijalankan jika rawatan terapi akan diberikan.

5. Endometrium Biopsy

Biopsi adalah procedur mengeluarkan sedikit tisu daripada organ tertentu kemudian ujian dijalankan keatas tisu tersebut didalam makmal. Doktor akan memasukkan satu tiub kecil kedalam rahim dan menyedut keluar tisu melaluinya. Pesakit akan mengalami kekejangan dan juga pendarahan pada vagina tetapi ia akan hilang dan boleh dikurangkan menggunakan ubat tidak berasaskan steriod yang doktor berikan. Biopsi selalunya memberikan keputusan yang tepat sama ada kanser rahim ataupun tidak.

Selepas pemeriksaan dan keputusan sudah diberi, jika confirm menghidap kanser rahim plan rawatan kanser akan dibuat oleh doktor dengan persetujuan pesakit. Plan rawatan kanser selalunya bukan setakat seorang doktor sahaja akan melibatkan ramai orang antaranya doktor pakar sakit puan, pakar nutrisi, pakar psikologi, jururawat dan mungkin beberapa lagi mengikut keperluan. Pesakit kanser memerlukan sokongan daripada keluarga dan orang sekeliling kerana kanser memang menyebabkan pesakit lemah semangat dan selalunya hilang motivasi. Walaupun ramai yang terlibat apabila rawatan sudah dipersetujui tetapi keluarga adalah tongak utama.

Jenis-jenis Kanser Rahim adalah pembedahan, radioterapi, kimoterapi dan terapi hormon. Pendekatan lebih kurang sama seperti rawatan kanser payudara cuma perinciannya lain.

Baca sini untuk Fahami Rawatan Kanser Payudara

1. Pembedahan terbahagi kepada 3 iaitu hysterectomy, lymph node dissection dan sentinel lymph node biopsy.

Simple Hysterectomy adalah pembedahan dimana rahim dan serviks akan dikeluarkan.
Radical Hysterectomy melibatkan rahim, serviks, bahagian atas vagina dan tisu yang berhampiran.
Bagi mereka yang sudah menopaus, pakar bedah akan mengeluarkan ovari dan tiub fillopio sekali.

Pembedahan ini dilakukan melalui 2 cara iaitu pembedahan terbuka ataupun laparoskopi dimana beberapa belahan kecil akan dibuat untuk robotic arms dimasukkan kedalam.

2. Lymph note dissection adalah pembedahan yang dilalukan semasa hysterectomy dimana lymph nodes berhampiran tumor akan dikeluarkan dan diperiksa sama ada cancer sudah merebak jauh.

3. Sentinel Lymph node biopsy adalah procedur yang doktor lakukan untuk memeriksa sama ada kanser sumah merebak ke lymph node. Para doktor mendapati procedur ini boleh digunakan pada kanser payudara dan kanser yang lain.

4. Radioterapi, pesakit akan dirawat dengan sinaran radiasi melalui mesin yang diletakkan pada pesakit dan selalunya radioterapi ini ada jadual dan berapa kali ia dilakukan. Radioterapi ini dilakukan selepas pembedahan untuk membunuh sel-sel kanser yang tidak dapat dibuang semasa pembedahan

5. Kimoterapi, pesakit akan diberikan ubat untuk menghentikan sel kanser daripada terus merebak dan bertambah. Ubat akan dimasukkan melalui IV dan pesakit harus tunggu sehingga ubat tersebut habis.

6. Terapi hormon adalah pesakit akan diberikan pill hormon progesteron yang tinggi. Ubat hormon lain yang digunakan adalah anastrozole (Arimidex), letrozole (Femara) dam exemestane (Aromasin). Ubat-ubat ini adalah untuk menghentikan pengeluaran hormon estrogen dan rawatan ini dilakukan apabila pesakit tidak sesuai dibedah dan radioterapi.

Setiap rawatan ini mempunyai kesan sampingan masing-masing seperti keletihan, rambut gugur, emosi terganggu, hilang selera makan, insomia dan beberapa jenis kesan sampingan lagi. Ini ada cadangan rawatan untuk korang lihat.

Peringkat 1 :

1. Pembedahan sahaja
2. Pembedahan dengan radioterapi ataupun kimoterapi
3. Terapi hormon dengan menggunakan ubat jenis progesterone. Ia akan diberikan secara oral ataupun menggunakan alat khas.
4. Pembedahan, radioterapi dan kimoterapi.

Peringkat 2:

1. Pembedahan bersama dengan radioterapi atau kimoterapi.
2. Pembedahan, radioterapi dan kimoterapi.

Peringkat 3:

1. Pembedahan bersama dengan radioterapi atau kimoterapi.
2. Pembedahan, radioterapi dan kimoterapi.

Peringkat 4:

1. Pembedahan
2. Radioterapi
3. Terapi hormon
4. Kimoterapi

Sepanjang menjalani rawatan adalah penting untuk kekalkan sikap positif walaupun agak sukar. Melihat oran tersayang struggle melawan kanser, berubah daripada seorang yang sangat suka senyum kepada orang yang sentiasa marah. Hanya Tuhan sahaja yang tahu, sedih apabila ingat balik waktu hitam tu. Jadi bagi mereka yang ada ahli keluarga yang sakit kanser ataupun diri sendiri sedang sakit kanser dapatkan sokongan mereka yang terdekat kerana bersikap positif membantu penyembuhan.

Sumber Rujukan : 
3. Uterine Cancer




























0 comment... add one now