Saranan Vitamin Untuk Ibu Mengandung Kekal Cergas.



Mengandung memang sangat mengujakan. Pada awal kehamilan loya.mual dan muntah adalah peneman setia. Saya awal kehamilan yang tak tahan tu, loya,mual,penat, muntah kemudian tidak lalu makan sebab hormon sedang menganas dengan jayanya. Ciptaan Allah sedang menempatkan diri dan membesar dengan jayanya dalam rahim kita kerana itulah awal kehamilan si ibu memang menghadapi pelbagai cabaran.



Ada ibu yang bernasib baik kerana tidak mengalami semua diatas, seronoknya hehehe. Tetapi kita tak tahu mungkin ada cabaran lain untuk beliau. Takpe itu rezeki dia. Bagi yang menghadapi masalah-masalah itu kena kuatkan semangat. Saya mengambil Set Mengandung Shaklee sepanjang mengandungkan kembar. Alhamdulillah, saya rasa dan banyak kali saya ulang yang saya tidak demam sepanjang mengandung kembar. Cuma pada awal kehamilan jer saya memang agak lembik sebab loya,mual,tak larat semuanya ganda dua. Bila mula masuk 2nd trimester saya masih belum pulih sepenuhnya daripada simptom-simptom awal mengandung.

Hampir memasuki bulan ke-5 baru semua simptom itu mula berkurangan. Phewww

Ok saya ceritakan vitamin bagi ibu hamil yang memang ada didalam Set Mengandung Shaklee dan kebaikan setiap vitamin. Vitamin-vitamin ini la yang membantu saya kekal cergas. Jangan dilupakan juga makan makanan berkhasiat mengikut piramid makanan dan minum air secukupnya.

Saranan saya bagi mereka yang menghadapi masalah semasa mengandung dan ingin mengambil vitamin tambahan sila berbincang dengan doktor anda. Jika anda tiada masalah kesihatan, insya allah vitamin bagi ibu hamil yang terdapat didalam Set Mengandung Shaklee ini boleh membantu.

Saranan Vitamin Bagi Ibu Mengandung

Vitalea

1. Membekalkan nutrien harian.
2. Meningkatkan kecerdasan mental dan ketahanan dari jangkitan.
3. Menolong fungsi normal penghadaman dan selera makan.
4. Menyokong sistem pembiakan.
5. Pertumbuhan dan penggantian sel.

B Complex


1. Menggalakkan kesihatan jantung, metabolisma tenaga dan replikasi DNA yang sihat.
2. Menukarkan makanan menjadi tenaga.
3. Mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan.
4. Meningkatkan fungsi otak.

Vita C Sustained Released

1. Anti oksidan semulajadi
2. Mengekalkan integriti sel.
3. Mengalakkan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah supaya sihat
4. Menolong mengurangkan simpton elergi.
5. Kulit lebih sihat dan cantik.
Ostematrix
1. Mengekalkan tekanan darah normal.
2. Menolong pengecutan otot dan saraf.
3. Mengurangkan simptom PMS seperti kembong, kejang, bengkak air, baran dan kemurungan.

Omega Guard


1. Mengalakkan perkembangan mental untuk dewasa dan kanak-kanak.
2. Mengurangkan paras kolestrol dan tekanan darah.
3. Mengurangkan risiko kanser payudara, prostat dan usus.
4. Mengurangkan radang sendi.

Vitamin di atas adalah vitamin yang terdapat didalam set mengandung Shaklee, saranan vitamin di bawah ini adalah tambahan dan boleh diambil jika mahu dan tidak mahu ambil pun tidak mengapa.


Meal Shake
Meal shake merupakan makanan segera yang berkhasiat rendah lemak dan rendah glycemic. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan. Ada sesetengah ibu hamil tidak boleh nak makan, loya-loya dan muntah pada awal kehamilan. Boleh la ambil meal shake semasa sarapan untuk membekalkan tenaga sepanjang hari.

Nutriferon


Pada pendapat saya tidak mengapa ambil nutriferon semasa mengandung kerana ia membantu meningkatkan imuniti. Jika selsema atau demam, cukup sekadar makan semasa perlu kerana didalam set mengandung sudah ada vitamin C yang diambil setiap hari. Vitamin C fungsinya untuk meningkatkan imuniti, tetapi semasa demam imuniti kita akan lemah dan nutriferon membantu menguatkan imuniti kita.

Performance Drink


Antara yang saya suka semasa mengandung twin dulu, kerana ia membantu saya hidrasi. Performance Drink adalah minuman isotonik dan ia membekalkan tenaga juga. Jadi kurang sedikit rasa penat. Pada awal kehamilan memang senang penat dan rasa nak tido jer sepanjang masa.



Peppermint-Ginger Plus

Ini sangat bagus bagi mereka yang loya semasa kehamilan. Ramuannya mengandungi bahan-bahan yang boleh menghilangkan loya, mual dan kembong perut.

Vitamin yang saya tidak berapa cadangkan, jika mahu ambil sila berbincang dengan doktor anda

Alfalfa - dikhuatiri trigger early labour dan keguguran.

Vitamin E - anti oksidan dan anti oksidan tidak digalakkan diambil oleh pregnant woman.

Vivix
- antioksidan juga dan yang kuat.

Herb-lax - takut cirit-birit pulak nanti, untuk ibu menyusu juga saya tidak sarankan takut anak tak tahan cirit-birit juga.


Semasa mengandung juga ada makanan yang perlu dielakkan supaya tidak memudaratkan kandungan anda:

.
.
.Saya mendoakan para ibu yang mengandung sekarang ini mendapat kesihatan yang baik, dipermudahkan sepanjang kehamilan,dipermudahkan semasa bersalin dan semoga melahirkan anak yang sihat dan comel. Amin

.

0 comment... add one now