Semalam semasa tengok news feed facebook, ternampak status seorang kawan mengeluh pasal orang-orang yang masih menganggap bersalin melalui pembedahan atau cesarean adalah orang yang tidak mahu merasa kesakitan bersalin. Wau agak meluap baca status tu, saya adalah antara mereka-mereka yang TERPAKSA melahirkan anak-anak melalui tingkap atau c-sec. Ingat kitorg mintak ke nak kena bedah, suka suki jer cakap macam tu. Kalau boleh nak bersalin normal tau, tapi buat rancangan Allah suruh bedah jugak nak buat macam mana.
Anak pertama emergency cesarean sebab 3 kali induce jalan masih tak buka, anak kedua kembar doktor tak bagi normal sebab ada prevoius scar c-sec takut implikasi semasa bersalin. Kalau anak 1st dulu normal insya allah doktor bagi bersalin normal untuk kembar. Ingat senang ke nak jaga luka cesarean ni, luka lagi besar dari bersalin normal dan senang dapat infection sebab ada yang kena jahit balik luka sebab infection menanah segala bagai,kes jahitan terbuka lagi. Tak boleh banyak bergerak, tak boleh angkat benda berat lebih dari baby, nak bersin atau batuk pun kena kontrol2 xleh lepas, tak kira sakit tempat bersalin lepas ubat bius hilang, kena banyak baring supaya luka senang kering. Itu yang luaran belum kira yang dalaman lagi, organ-organ bercantum sesama sendiri dalam proses penyembuhan.
Ha seronok kalu kena bedah. Sorry memang emo la bila orang pelekehkan kami yang bersalin secara cesarean ni. Macam saya ni kemungkinan besar xder peluang nak bersalin normal kerana selalunya selepas 2 kali c-sec next pregnancy doktor akan advice c-sec jugak dan mungkin kena ikat terus. Ha seronok beranak c-sec ni kan nak ramai pun xleh sebab nanti kena ikat. Bersalin normal anak akan diletak di atas dada selepas dilahirkan, kerana sejam pertama adalah penting untuk baby tetapi saya terlepas peluang itu sebab doktor nak jahit dengan segera dan agak payah nak letak baby atas dada saya masa tu. Sedih tau wuhuhuu
Sedih saya bila fikirkan masih ada orang yang berfikiran sempit macam ni. Kami terpaksa c-sec untuk menyelamatkan nyawa bukan suka-suka sebab xnak sakit. Kalau xnak sakit epidural ada la xyah nak bedah-bedah ni.
Ok la cukupla saya meroyan huhuhu... semoga mereka yang selama ni ada pemikiran yang bersalin c-sec ni bagi mereka yang xnak merasa sakit dapat menukar pemikiran mereka. Bagi mereka yang memahami kepayahan kami terima kasih banyak2 atas sokongan anda semua.