Produk Shaklee Bantu Wanita Yang Mahu Hamil?




Anak...Siapa yang tidak mahu anak.. Anak itu penyeri hidup.. Penyambung Zuriat... Penolong Kita Di Alam Barzakh

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya


Namun takdir itu Allah lebih tahu, ada orang mudah hamil ada orang susah hamil tetapi apa yng penting kita harus berusaha. Allah tidak suka hambanya tidak berusaha.

Siapa yang tidak kenal Dr. Hamid Arshat, Doktor Pakar Puan yang terkenal. Beliau ada berikan beberapa tips untuk tingkatkan kesuburan.

Tips meningkatkan Kesuburan dari Dr. Hamid Arshat :

1. Doa dengan bersungguh-sungguh.

2. Berusaha untuk menurunkan berat badan.

3. Bersenam selama 30 minit setiap hari.

4. Ambil multivitamin, Vitamin E, Vitamin C dan asid folik.

5. Setiap rawatan memerlukan tempog 3 hingga 6 bulan untuk berkesan.


Pelbagai tips lain boleh didapati di internet, saya cuba uraikan dan consolidate for you. Antaranya :

1. Berdoa

Mengapa berdoa itu penting? Kerana pada Yang Esa lah kita memohon segalanya dan hanya Dia sahaja yang boleh menunaikan segala hajat kita. Mahukan anak sila berdoa bersungguh-sungguh, yakin dan redha. Allah merancang sesuatu untuk kita.

2. Sila jaga berat badan anda dan pasangan anda.

Berat badan berlebihan boleh menyebabkan hormon terganggu dan hormon lain terhasil yang akan menganggu ovulasi. Jadi sila jaga berat badan anda.

3. Ambil makanan berkhasiat.

Bagaimana mahu subur jika badan tidak sihat atau tidak cukup nutrisi? Fikirkannya. Ambil makanan yang berkhasiat mengikut piramid makananan. Kekurangan nutien berkait rapat dengan masalah ketidaksuburan.

4. Berhenti Merokok.

Tidak perlulah saya uraikan lebih lanjut kerana semua pasti tahu betapa bahayanya merokok ini. Pelbagai masalah akan timbul.

5. Kenali pusingan haid anda.

Waktu subur dan kitaran haid perlu tahu dengan teliti. Catitkan setiap bulan bila Cik P datang menjengah. Catitan ini akan membantu anda mengira waktu subur.

6. Bersenam dan amalan gaya hidup sihat.

Macam yang Dr. Hamid cadangkan bersenam 30 minit setiap hari. Ini bertujuan untuk menyihatkan tubuh kita, organ dalaman dapat berfungsi dengan lebih baik dan dapat menyingkirkan toksin.

7. Jangan Stress.

Stress atau tekanan memang banyak impaknya dalam hidup kita. Seperti merokok, stress boleh menjadi punca kepada pelbagai penyakit. Bila kita stress hormon dalam badan akan terganggu dan akan menganggu proses ovulasi.

8. Jangan ambil alkohol.

Untuk Muslim alkohol adalah HARAM. Bagi yang non muslim ada kajian mengatakan alkohol boleh mengurangkan peluang untuk hamil. Lagipun alkohol kan tidak elok untuk tubuh badan kita. Ingat point no.6, bersenam dan amalkan gaya hidup sihat. Alkohol boleh merosakkan hati.

9. Kerapkan hubungan intim.

Mengadakan hubungan intim setiap minggu boleh meningkatkan hormon estrogen, malahan ia juga merupakan satu senaman. Bonus kan!

10. Jaga kesihatan vagina.

Banyak cecair pencuci wanita di pasaran sekarang tetapi saya lebih suka basuh guna air sahaja tetapi jangan berlebihan kerana ia akan membuang bakteria baik yang menlindungi vagina.

11. Ambil vitamin tambahan.

Ada macam-macam makanan tambahan dipasaran khas untuk membantu wanita untuk hamil. Tetapi saya nak cerita produk Shaklee.


Produk Yang Disyorkan Bagi Suami Isteri

Isteri
-ESP
-Vitalea
-B com
-Vitamin C
-Alfalfa (hanya option terutama yg sakit bila bersama)
-GLA Complex (jika period tak regular)


Suami
-ESP
-Vitalea
-B com
-Vitamin C
-Vitamin E
-Zinc


Vitamin Asas


(1)Vita-Lea (Multivitamin)


Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik. Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu. Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh. Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.


(2)Vitamin C


Vitamin C penting untuk keseimbangan paras hormon yang penting semasa fasa luteal. Ia membantu mencegah kecacatan pada ovum wanita. Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh. Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.


(3)B-Complex
B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik. B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga. Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg. Vitamin B amat bangus untuk saraf dan mengawal stress.


Vitamin Kesuburan


(4)Vitamin E dengan Selenium


Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Selenium membantu mencegah kerosakan kromosom, meningkatkan bilangan sperma dan melindungi kita daripada radidal bebas.


(5)Zink

Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid).


(6)Alfalfa

Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).


7) ESP


Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon yang berfungsi sama dengan fungsi hormon wanita. Ia juga melindungi dan menjaga rahim dan ovary serta kitaran haid dan prostat.Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dalam darah disamping mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.Genistein yang terkandung dalam kacang soya telah dibuktikan mempunyai keupayaan bagi mencegah pertumbuhan dan menghalang sel kanser dari merebak. Ia berfungsi dengan memusnahkan radikal-radikal bebas dalam sel-sel tubuh kita sebelum radikal bebas sempat bermutasi daripada DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. 



8) GLA Complex


GLA Complex boleh membantu bagi mereka yang mempunyai masalah haid yang tidak teratur. Apabila haid sudah teratur mudah untuk merancang kehamilan. GLA membantu dengan cara membentuk persekitaran rahim yang sihat dan optimum bagi persenyawaan dan menolong wanita didalam menghasilkan lendir serviks yang berkualiti bagi kesuburan dan membolehkan sperma bertahan sehingga 5 hari di dalam rahim. GLA Complex mengandungi Omega-6 yang amat diperlukan oleh sistem reproduksi dan ovari.


9) CoQ Health

Koenzim Coq10 merupakan sumber tenaga kepada sel-sel. Bagi wanita, penghasilan telur dan ovulasi memerlukan banyak tenaga. Tenaga ini dibekalkan oleh coq10 malahan membantu meningkatkan kuantiti dan kualiti telur. Bagi lelaki pula CoQ Health mampu meningkatkan kualiti sperma kerana kandungan vitamin E dan zinc didalamnya.











0 comment... add one now