Mengandung adalah sesuatu yang mengujakan, betapa istimewanya wanita apabila dicipta oleh Allah dengan keupayaan mengandung dan melahirkan manusia ke dunia. Apabila usia kandungan menghampiri waktunya si ibu mula redah dan segala emosi mula bercampur-baur lebih-lebih lagi mengandung anak pertama. Pengalaman saya semasa menunggu waktu kelahiran anak pertama sangat teruja,takut,seram,gembira semuanya ada. Mengira hati toksah cakap la, dari sehari ke sehari meenunggu tanda-tanda kelahiran. Proses kelahiran yang biasa kita dengar dan alami adalah secara normal atau pembedahan (caesaran), tetapi ada satu lagi kaedah yang mula mendapat tempat di hati ibu-ibu sekarang. Kaedah ini sudah popular di negara luar tetapi masih belum popular di negara kita iaitu kaedah bersalin di dalam air.
Pernah dengar? Pernah tetapi tidak tahu sangat. Tak pernah langsung.
Persoalan biasa yang di dengar untuk kaedah ini
" Selamat ker bersalin dalam air?"
"Baby tak lemas ke nanti?"
"Tak sakit ker?"
Kaedah ini selamat dan kaedah ini sudah dikaji sejak tahun 1960an lagi oleh seorang penyelidik dari Rusia, Igor Charkovsky. Pada
penghujung tahun tersebut, seorang pakar perbidanan dari Perancis,
Frederick Leboyer mencuba kaedah kelahiran dalam air untuk membiasakan
bayi yang sebelum ini berada dalam uri.Seorang
lagi pakar perbidanan Perancis, Michel Odent, menambahbaikkan lagi
kajian Leboyer dengan menggunakan kolam bersalin sebagai salah satu cara
mengurangkan rasa sakit bersalin. Odent juga mengkaji kebaikan bayi
yang dilahirkan dalam air dan pada penghujung tahun 1990, ribuan bakal
ibu telah memilih untuk bersalin di Pusat Bersalin Odent di Pithivier
dan sejak itu, kaedah bersalin di dalam air mula digemari.
Kaedah ini mengurangkan kesakitan bagi sang ibu dan mengurangkan kesan trauma pada bayi yang baru lahir kerana air suam mampu membuatkan ibu tenang ketika berendam didalamnya menanti saat kelahiran. Bayi yang baru lahir tidak terus bernafas jadi tidak mungkin bayi akan lemas. Bayi yang
dilahirkan tidak bernafas dengan udara selagi dia belum terdedah kepada
udara. Kronologinya adalah setelah bayi dilahirkan, attendan/ibu/suami
membersihkan muka dan badan bayi lalu diangkat keluar dari air,
seterusnya baru tali pusat dipotong. Justeru, tidak timbul persoalan
“bayi lemas di dalam air”.
Proses bersalin dibuat didalam kolam yang berisi air suam yang telah disteril dalam lingkungan suhu 34 - 36 celsius supaya hampir kepada suhu badan si ibu. Apabila bukaan sudah masuk 6-7 inci si ibu akan dimintak masuk kedalam kolam. Selalunya mereka yang memilih kaedah ini jarang meminta ubat tahan sakit. Hanya 5 percent sahaja yang meminta epidural, sedangkan dalam kelahiran biasa 66% ibu meminta diberi epidural. Sepanjang proses kelahiran akan diawasi oleh doktor dan jururawat terlatih. Kurangnya keperluan pada episiotomy. Teorinya, air memudahkan otot dan kulit untuk stretch dan ada yang mengatakan proses kelahiran didalam air lebih cepat daripada proses kelahiran biasa. Waallahualam.
Tetapi bersalin di dalam air memang banyak kelebihannya,
Bagi Ibu :
Mengurangi rasa sakit
Memberikan ketenangan dan lebih rileks
Lebih bebas bergerak
Mengurangkan kesan episiotomy kerana kurangnya kesan koyak.
Bayi juga mudah diambil kerana daya apungan di dalam air
Bagi Bayi :
Mengurangi risiko trauma dan cedera pada kepala bayi
Kulit bayi lebih bersih
Mengurangkan risiko bayi keracunan air ketuban
Berdasarkan kajian, posisi bersalin yang paling baik untuk si ibu ialah dengan bertinggung.
Dr.Halina Mohd Yunos isteri kepada angkawasan negara Sheikh Muszaphar memilih kaedah bersalin di dalam air bagi anak pertama mereka. Walaupun pelbagai kaedah bersalin yang ada didunia ini, kita berhak memilih cara mana yang mahu kita gunakan. Kaedah bersalin di dalam air masih belum dapat diterima sepenuhnya di Malaysia, masing-masing mempunyai pendapat sendiri. Saya sendiri mahukan kaedah bersalin normal tetapi takdir Allah itu lebih hebat. Saya tidak dapat bersalin normal, anak pertama dan anak kembar saya semuanya lahir melalui pembedahan dan doktor sudah beritahu jika saya mengandung sekali lagi pasti bersalin melalui pembedahan juga. Memang sedih, yelah siapa yang tidak mahu bersalin normal tetapi tak boleh nak buat macam mana. Daripada membahayakan nyawa anak. Apapun cara yang kita pilih perlu bincang dengan doktor dan suami supaya semasa hari kelahiran nanti tidak kelam kabut dan ada birth plan.
Hospital yang menawarkan kaedah bersalin dalam air:
1. Hospital Pantai Kuala Lumpur (HPKL)
Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Dr Choong Kuo Hsiang
2. Hospital Island di Pulau Pinang
Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada semua.