Kehebatan Air Zam-Zam


Air Zam-Zam adalah air yang suci bagi umat Islam kerana sejarah penemuannya, kehebatannya dan kesuciannya. Kehebatan air zam-zam tidak dapat disangkal lagi malahan ada ilmuwan barat yang mengkaji air zam-zam bagi memastikan dakwaan itu benar. Saya cuba terangkan apa yang saya faham mengenai air zam-zam ini semoga ilmu yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat pada pembaca.

Sejarah air zam-zam ini kita tahu adalah daripada hentakan tapak kaki Jibrail ketika Nabi Ismail dan ibunya Siti Hajar ditinggalkan di padang pasir atas arahan Allah kepada Nabi Ibrahim. Puncanya adalah daripada rasa cemburu Siti Sarah terhadap Siti Hajar. Namun Allah tidak kejam, Allah mempunyai perancangan yang hebat apabila mengarahkan Nabi Ibrahim berbuat demikian.


Disebutkan oleh Imam al Bukhari dalam Shahih-nya, dari hadits Ibnu ‘Abbas. Suatu saat, ketika berada di Mekkah, Nabi Ibrahim menempatkan istrinya Hajar dan anaknya Ismail di sekitar Ka`bah, di suatu pohon besar yang berada di atas sumur Zam-Zam. Waktu itu, tidak ada seorangpun di Mekkah, melainkan mereka bertiga. Setelah Nabi Ibrahim Alaihissalam meletakkan bekas berisi kurma dan air, baginda mula berlalu pergi. Namun Hajar mengikutinya seraya mengatakan,”Wahai Ibrahim, kemanakah engkau akan pergi dengan meninggalkan kami sendiri di tempat yang tiada manusia lain, atau yang lainnya?”
Pertanyaan itu ia ulang beberapa kali, tetapi Nabi Ibrahim tidak memandang kepadanya. Sampai akhirnya Hajar berseru kepadanya,”Apakah Allah yang menyuruhmu melakukan hal ini?”
“Ya,” jawab Nabi Ibrahim.
“Kalau begitu, Allah tidak akan menyengsarakan kami,” seru Hajar. Kemudian kembalilah Hajar ke tempatnya, dan Nabi Ibrahim terus melanjutkan perjalanannya.
Sesampainya di Tsaniyah -jalan yang berbukit, arah jalan ke Kada`. Nabi Ibrahim menghadap ke arah Baitullah, lalu mengangkat kedua tangannya seraya berdoa : “Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati. Ya Tuhan kami, (yang demikian itu) agar mereka mendirikan shalat. Maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka, dan beri rizkilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur” [Ibrahim/14 : 37]
Ibunda Ismail menyusukan anaknya dan meminum dari bekas air tersebut. Hingga akhirnya air itupun habis, dan anaknya kehausan. Dia melihat anaknya dengan penuh cemas, kerana asyik menangis. Dia pun pergi untuk mencari sumber air, kerana tidak sanggup melihat anaknya kehausan.
Pergilah dia menuju bukit terdekat, iaitu bukit Shafa, dan berdiri di atasnya. Pandangannya diarahkan ke lembah di sekelilingnya, barangkali ada orang disana. Akan tetapi, ternyata tidak ada.
Dia pun turun melewati lembah sampai ke bukit Marwa. Berdiri di atasnya dan memandang barangkali ada manusia di sana? Tetapi, ternyata tidak juga. Dia lakukan demikian itu hingga tujuh kali.
Ketika berada di atas bukit Marwa, dia mendengar ada suara, dia berkata kepada dirinya sendiri, “Diam!” Setelah diperhatikannya ternyata memang benar dia mendengar suara, kemudian dia pun berkata, “Aku telah mendengar, apakah di sana ada pertolongan?”
Tiba-tiba dia melihat Malaikat Jibril, yang mengais tanah dengan kakinya (atau dengan sayapnya, sebagaimana disebutkan dalam riwayat yang lain), kemudian memukulkan kakinya di atasnya. Maka keluarlah darinya pancaran air.
Hajar pun bergegas mengambil dan menampungnya. Diceduknya air itu dengan tangannya dan memasukkannya ke dalam tempat air. Setelah diceduk, air tersebut semakin memancut. Dia pun minum air tersebut dan juga memberikan kepada puteranya, Ismail. Lalu Malaikat Jibril berkata kepadanya, “Jangan takut terlantar. Sesungguhnya, di sinilah Baitullah yang akan dibangun oleh anak ini (Ismail) bersama ayahnya. Dan sesungguhnya, Allah tidak akan menelantarkan hambanya.”
Beberapa waktu kemudian, datanglah orang-orang dari kabilah Jurhum turun di lembah Makkah. Mereka turun karena melihat burung -burung yang berputar-putar. Mereka berkata,”Burung ini berputar-putar di sekitar air. Kami yakin di lembah ini ada air,” lalu mereka mengirim utusan, dan ternyata benar mereka mendapatkan air. Utusan itupun kembali dan memberitahukan kepada orang-orang yang mengutusnya tentang adanya air. Merekapun kemudian mendatanginya, dan meminta izin dari Ummu Ismail, bahwa mereka akan mampir ke sana. Ummu Ismailpun mempersilahkan dengan syarat, bahwa mereka tidak berhak memiliki (sumber) air tersebut, dan kabilah Jurhum inipun setuju.
Indah kan kejadian air zam-zam. Malahan molekul air zam-zam juga sangat indah.


Air sebagaimana yang kita tahu adalah perakam yang semulajadi, molekul air berubah mengikut apa yang diperdengarkan ketika itu. Malahan Dr Masaru Emoto dari Jepun telah membuat ujikaji terhadap molekul air yang berubah-ubah. Seperti gambar dibawah molekul air menjadi indah dan cantik apabila perkataan yang baik atau ayat al-quran dibacakan padanya. OLeh itu tidak heran lah molekul aor zam-zam sangat indah, kejadiannya yang memang suci dan telaganya yang terletak di Mekah yang sentiasa diselubungi bacaan ayatul suci Al-Quran.


















Air zam-zam adalah air mineral beralkali terbaik di bumi ini. Kajian di makmal Rawatan Air di Arab Saudi mendapati bakteria tidak dapat hidup didalam air zam-zam dan tidak perlu diklorinkan. Kajian di makmal Amerika Syarikat pula dapat mengenal pasti 30 elemen didalam air zam-zam yang dapat mencergaskan neutron.Air zam-zam dapat mengenyangkan seiring dengan sabda Rasulullan SAW
Air zam-zam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika kamu minum dengan maksud sembuh daripada penyakit, maka Allah menyembuhkannya. Jika kamu minum dengan maksud supaya berasa kenyang, maka Allah akan mengenyangkan kamu. Sekiranya kamu meminumnya supaya hilang rasa haus kamu maka Allah akan menghilangkan dahagamu, Air ini adalah tekanan tumit Jibrail daripada Allah untuk Ismail.
(Riwayat Daruqutni,Ahmad,Ibnu Majah daripada Ibnu Abbas)

Minum air zam-zam dengan adab:
Untuk mendapatkan keberkatan, minumlah air ini dengan adab.
1. Minum dengan menghadap kiblat.
2. Baca basmallah.
3. Minum dengan 3 kali nafas dan 3 kali teguk (iaitu minum dengan berhenti sebanyak 3 kali)
4. Minum hingga kenyang.
5. Ucap Alhamdulillah.

Bagi mereka yang berada di Masjidil Haram, ditambah adab berikut:
6. Setiap kali menarik nafas untuk minum pandanglah Kaabah.
7. Disunatkan masuk ke tempat perigi zam-zam dan melihatnya. Gunakan timba untuk minum dan membasahkan kepala, muka dan dada.
8.Ketika minum banyakkan berdoa benda untuk kebaikkan di dunia dan di akhirat.

Kehebatan air zam-zam didapat disangkal lagi begitu juga kehebatan Allah, Subhanallah.




0 comment... add one now