CoQ Heart Membantu Menjaga Jantung Anda







Sakit Jantung ngerikan dengar tetapi penyakit inilah yang menjadi pembunuh utama di Malaysia. Penyakit kardiovaskular merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia dan dua setengah kali ganda lebih tinggi daripada kanser menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kebangsaan Jantung Malaysia. 

Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan, penyakit jantung penyebab kematian nombor satu di Malaysia yang merangkumi 16.5 peratus kematian di hospital sepanjang 2008. Malah, anggaran penyakit jantung koronari di negara ini adalah 40,000 kes baru setiap tahun bagi 28 juta penduduk dan kematian akibat penyakit ini dikatakan 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kanser dalam kalangan wanita. 








































Punca
* Usia - Risiko tinggi selepas menopaus
* Kolesterol berlebihan
* Tekanan darah tinggi
* Merokok
* Gaya hidup di bawah tekanan tinggi
* Lemak berlebihan. Ukuran lilit pinggang melebihi 80 sentimeter meningkatkan risiko sakit jantung
* Kurang bersenam
* Kencing manis atau diabetes
* Sejarah keluarga

Tanda serangan
* Sakit dada
* Sesak nafas
* Pening kepala
* Jantung berdebar

Faktor
1) Asap rokok

* Mempercepatkan pembekuan darah
* Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah
* Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung
* Tekanan
* Degup jantung dan tekanan darah akan meningkat jika seseorang itu mengalami tekanan perasaan

2) Kandungan lemak tinggi
* Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak termasuk mentega, minyak sapi dan daging

3) Kurang bersenam
* Senaman penting untuk menguatkan jantung. Ia juga mampu memperbaiki pengaliran darah ke jantung

4) Darah Tinggi
* Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah. Jantung ‘terpaksa’ mengepam lebih kuat untuk menyalurkan darah melalui saluran yang sempit. Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar peluang diserang sakit jantung

5) Kencing manis
* Pesakit kencing manis lebih tinggi peluang untuk mendapat serangan jantung


Faktor lain yang meningkatkan kemungkinan menghadapi penyakit jantung koronari
* Keturunan menghidap penyakit jantung
* Berusia 35 tahun ke atas dan berat badan berlebihan
* Merokok
* Gagal kawal tekanan darah
* Hidap penyakit kencing manis
* Tekanan
* Kurang bersenam


Koenzim CoQ10 dikatakan membantu kegagalan jantung, serta kanser, distrofi otot, dan penyakit periodontal. Ia juga dikatakan untuk meningkatkan tenaga dan pemulihan kelajuan dari senaman. Koenzim Q10 (CoQ10) adalah bahan yang serupa dengan vitamin. Ia terdapat dalam setiap sel badan. CoQ10 telah digunakan untuk merawat banyak perkara, dari penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi untuk kencing manis, kanser payudara dan penyakit gusi. Koenzim CoQ10 juga dikatakan boleh membantu dengan kekurangan imun, meningkatkan kesuburan, merawat Alzheimer dan Parkinson, mengurangkan nada dalam telinga, melambatkan proses penuaan dan memperbaiki kulit.

Pada akhir tahun 2013 Shaklee mengeluarkan produk baru yang mengandung koenzim CoQ10 iaitu CoQ Health Plus. CoQ Health Shaklee mengandungi CoQ10 iaitu bahan yang didapati secara semulajadi dalam tubuh bagi membantu menukarkan makanan kepada tenaga. CoQ10 terdapat pada hampir setiap sel dalam badan. CoQ10 juga bertindak sebagai antioksidan yang kuat bagi melawan radikal bebas iaitu partikel yang merosakkan sel dalam tubuh yang mengakibatkan kerosakan membran sel , mengganggu DNA dan juga menyebabkan sel mati. Saintis percaya radikal bebas menyumbang kepada proses penuaan dan beberapa masalah kesihatan. Ini termasuk penyakit jantung dan kanser. Antioksidan seperti CoQ10 ini bukan sahaka meneutralkan radikal bebas, malah boleh mengurangkan seterusnya membantu mencegah sesetengah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas ini.
 
Tetapi koenzim ini berkurang mengikut umur. Semakin meningkat umur semakin berkurangan koenzim ini. Oleh itu kita perlu mengambilnya secara oral bagi menjaga jantung kita supaya sakit jantung tidak menyerang tanpa disedari. Walaupun banyak faktor sakit jantung boleh menyerang tetapi kita harus berusaha mencegahnya.




Salah satu testimoni pengguna CoQ Heart

FAQ Mengenai CoQHeart








































sumber :  
Artikel Sakit Jantung Pembunuh Utama 
Artikel Amaran:Apakah Serangan Jantung - Dr. Beni Rusani 
Artikel Coq10 Benefits 




 

0 comment... add one now