Al-Fatihah Untuk MH370






Perdana Menteri kita telah mengumumkan bahawa MH370 telah hilang di Lautan Hindi dan tiada yang terselamat. Pencarian selama 17 hari telah terjawab tetapi usaha mencari masih lagi diteruskan bagi mencari kotak hitam. Kejadian sebenar masih menjadi tanda tanya.

Marilah kita bersama sedekah surah Al-Fatihah kepada kaum muslimin dan muslimat yang terkorban dan semoga mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman,


Ya Allah Maha Pengasih
Kau kurniakanlah ketenangan dan kekuatan kepada ahli keluarga mangsa MH370
Supaya mereka redha dengan ketentuanMu ini
Lapangkanlah dada mereka
Hilangkanlah kesedihan mereka
Sesungguhnya engkau lebih Maha Mengetahui hikmah disebalik kejadian ini
Amin Ya Rabbal a'lamin

0 comment... add one now