E-Book Percuma : Menjaya Penyusuan Ibu Tips and Tricks



Alhamdulillah saya dapat menyiapkan satu e-book percuma untuk para ibu-ibu yang telah memilih untuk memberi susu ibu kepada anak mereka.

SYABAS SAYA UCAPKAN!

E-book ini menceritakan tentang ilmu penyusuan yang perlu difahami oleh ibu-ibu kerana tanpa ilmu susah untuk kita mencapai matlamat kita. Matlamat kita disini adalah untuk menyusukan anak-anak kita sehingga 2 tahun seperti yang disarankan oleh Allah di dalam Al-Quran.



Kenapa kita disaranan memberi susu ibu kepada anak kita? Banyak faedah kesihatan si anak bakal dapat apabila diberi susu ibu tetapi si ibu juga ada manfaatnya. 

Antara nya :

1. Mengurangkan risiko Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS)
2. Meningkatkan tahap kepintaran dan kecerdikan.
3. Mengurangkan risiko mendapat penyakit leukimia. jangkitan telinga. kesejukan, flu dan ekzema.
4. Mengurangkan penyakit kulit dan gusi.
5. Mengurangkan risiko obesiti pada usia kanak-kanak dan dewasa.
6. Melancarkan sistem penghadaman.
7. Mengelakkan masalah kuning pada bayi (jaundice).
8. Mengurangkan risiko kecacatan.
9. Mengurangakn masalah pembinaan psikologi bayi.
10. Mengurangkan risiko di usia tua anda mendapat kanser payudara pra-menopaus, kanser ovari dan retak tulang dari osteoporosis.

(sumber : wikipedia, baby center)

Itu baru 10 kebaikkan, sedangkan banyak lagi manfaat yang kita bakal dapat. Didalam e-book ini saya berkongsi pengalaman menyusukan anak-anak saya dan cabaran yang dilalui, kaedah penyimpanan dan persediaan EBM, tips bagaimana meningkatkan produksi susu dan macam-macam lagi.



Saya kongsikan bersama ilmu penyusuan yang saya ada dengan anda semua. Sharing is caring.

Bersama-sama lah kita menyokong penyusuan susu ibu.

Jika Berminat dengan E-book ini sila tinggalkan email address anda di

ayu.zalie@gmail.com








0 comment... add one now