Wang So Dipaksa Menjadi Gwangjong


Lama betul bertangguh entri ni sebab kan demam lepas sibuk dengan hal lain tapi kena tulis jugak sebelum episode baru Moon Lovers Scarlet Heart : Ryeo punya episode baru keluar. Wah episode yang lepas memang penuh dengan suspen dan sakit hati, episode 14 going to be  my favaourite for now hahaha sebelum ada episode lain yang lagi best. Episode tu la akhirnya Hae Soo mengaku yang dia juga cintakan Wang Soo dan itu bermakna dia sudah melupakan Wang Wook.
Sesi Memujuk la konon...hari jadi Hae Soo
Part Wang So pujuk Hae Soo alahai sangat la sweet, payah jugak orang yang tak reti nak bergaul ni depan orang yang dia sayang pun cakap main lepas jer kan Hae Soo dan merajuk padan la kena pujuk. Ala kalau tak pun memang nak kena jumpa pun mana boleh tak jumpa kan. Tapi Hae Soo dengan Wang So punya sweet lovey dovey dalam episode ni saja jer lah, lepas ni sibuk la berperang rampas tahta. Hampir-hampir jugak dorang ni tak jadi couple sebab Wang So kena kahwin kena puteri Wang Mo atas tujuan meredakan politik dalaman istana. Wang Wook sudah mula perlahan-lahan minta tahta dekat Wang Mo. Wang Mo mengambil keputusan mengahwinkan puterinya yang kecil lagi sebab sudah tahu yang Wang Wook mahukan tahta. 
Wang So Cuba Halang Puteri Di Hantar Untuk Perkahwinan Politik
Tetiba Raja lak meminang dia tuk Puteri hahaha
 Kesian juga dengan Wang Wook sebenarnya, sebab penat racun Wang Mo dalam diam tapi tak berjaya juga rampas tahta tapi orang lain juga yang dapat. Wang Yo kembali rampas tahta dan dia kembali pada waktu yang tepat semasa Wang Mo semakin parah sakitnya kerana diracun oleh Wang Wook secara diam-diam selama 2 tahun. Just nice la kata orang. Wang Yo ni pun ramai spy dalam istana jadi dia tahu bila masa yang tepat untuk buat rampasan kuasa. 
Raja Wang Mo semakin sakit, Wang Wook cuba pujuk Wang Mo turun tahta
Kerja dorang lak letak merkuri dalam air mandian Raja Wang Mo
Wang Wook telah menyuruh Wang Won memasukkan merkuri kedalam air mandian Raja Hyejong (Wang Mo). Wang Won menggunakan Chae Rong yang sudah mula bekerja di Damiwon untuk meletakkan mercuri tersebut. Ermm ni musykil sikit kenapa Chae Rong setuju buat kerja Wang Won sedangkan Hae Soo baik kut dengan dia, mungkin sebab Wang Won ugut dia. Lupa nak bagitau yang Hae Soo sekarang dah jadi Lady Court Hae ketua Damiwon. Mungkin Wang Mo yang lantik selepas dia jadi Raja Hyejong of Goryeo. Hanya Hae Soo dan Chae Rong yang menguruskan Raja di Damiwon. Hae Soo masih belum mengetahui yang Chae Rong yang letak mercuri kedalam air mandian Raja kalau lah Hae Soo tahu mungkin dia kecewa sangat-sangat.
Hae Soo baru tahu Wang So akan kahwin dengan Puteri
Hari Perkahwinana Wang So dan Puteri
Sedih la pakwe nak kahwin lain
 Wang Yo dapat rampas tahta kemudian menggunakan Hae Soo sebagai alat untuk mengawal Wang So memang melampau betul dia ni. Dia minta Wang So buat pilihan sama ada tunduk taat pada dia atau Hae Soo dibunuh atas tuduhan membunuh Raja Wang Mo dengan mercuri. Orang tu baru nak bercinta dah kena berperang hampeh betul Wang Yo ni. Jadi kerana cinta dan sayangkan Hae Soo, Wang So sanggup jadi orang suruhan Wang So. Hae Soo jadi serba salah kerana merasakan ini salah dia. Hae Soo diarahkan tidak keluar daripada Damiwon atau melarikan diri kerana tuduhan Hae Soo membunuh Raja Wang Mo akan disebarkan secara luas. Sudah memang sah-sah la tak leh lari mana kalau dah jadi wanted macam tu, kesian Hae Soo baru nak gembira. 
Wang Yo Mula Rampas Tahta, Wang Mo mati lemas
Lain pula cerita Wang Wook, dia makin tertekan sebab usaha dia rampas kuasa tanpa perang tak berjaya dan dia mahukan tahta sebab Hae Soo. Sekarang ni Hae Soo tak dapat tahta pun tak dapat, habuk pun tarak yang dapat sakit hati. Adik dia si Yeon Hwa tu sangatlah menyakitkan hati, dia la punca ni geram betul. Wang Wook jadi jahat sebab apa yang dia buat la, Wang Wook pula sebab nak jaga keluarga dengan tanggungjawab pun jadi pengecut. Sekarang elok la apa pun tak dapat.

Wan Yo bunuh keluarga Wang Eun atas alasan Eun cuma memberontak, alahai kesian la Si Eun tu. Dah la tahu main-main je kerja dia bukan reti nak berpolitik ni. Habis satu keluarga Wang Eun dibunuh si Wang Yo pastu boleh pulak suruh Wang So buru Eun dan isterinya. Wang So tak nak pada mulanya tapi Wang Yo ugut nak bunuh Ji Mong dengan Baek Ah, jahat betul la Wang Yo ni. Mak dia pun sama gak. Eun dan isterinya bersembunyi di Damiwon dan merancang untuk lari dengan bantuan Hae Soo dan Jung. Jung ni pun tolong sebab secara tak sengaja nampak isteri Eun dekat Damiwon terkantoi kalau tidak Hae Soo seorang jer yang tahu. Mereka cuba buka balik terowong yang dulu pernah Hae Soo gunakan untuk menyelinap ke Damiwon dan jadi tempat dia berdating ngan Wang Wook dulu kerana itu sahaja jalan keluar yang selamat untuk Eun dan isterinya.
Wan Yo buat come back, macho gak mamat jahat ni kan hahahaha
Tetapi malang betul hari yang mereka patut lari keluar dari Damiwon, si Yeon Hwa datang dan nampak la kesan jejak Eun dekat Damiwon. Cessssss. Yeon Hwa datang nak ugut si Hae Soo supaya tinggalkan Wang So sebab dia nak kahwin dengan Wang So jadi dia terselamat daripada kena kahwin atas sebab politik. Padan la muka dulu menyusahkan abang dia lepas tu tak nak pula berkorban kahwin dengan Wang Yo masa dia nak, sekarang ni ingat Wang Yo nak jilat balik memang tak la. Yeon Hwa yang beritahu Wang Yo tentang Eun di Damiwon dengan pertukaran supaya dia tidak dikahwinkan. Teruk sey budak perempuan ni, selfish to the max sangat-sangat. 
Sesi mengugut Hae Soo, macam la boleh. Hae Soo dari dulu kuat melawan Yeon Hwa
Tak dapat ugut Hae Soo, dia pergi jumpa Raja pulak. Minah ni la
Isk dia lak yg bgtau Wang So, saje nak bgi Hae Soo ngan Wang So gaduh
Hae Soo semakin takut dan risau bayangan yang Wang So membunuh Eun dan isterinya menjadi kenyataan. Hari yang mereka sepatutnya melarikan diri menjadi kelam kabut kerana ramai askar sudah menanti di luar terowong dan ramai lagi yang menyerbu masuk ke dalam Damiwon (thank to tips from Yeon Hwa, huh) Eun dan isterinya tak sempat melarikan diri. Haih, ini pun kesian juga ni baru la nak merasa hidup as husband and wife, si Eun tu la ego sangat. Dia dah mula suka dengan sayang isteri dia lama dah tapi duk buat perangai ek dia tu, baru nak mesra dah kena berpisah pula. 
Dah lama kahwin baru nak lovey dovey, slow la ko ni Eun
Last Nite Together Mabe...
Minggu depan punya episode mungkin masanya Wang So mengamuk dan mula memberontak sebab sudah tak tahan dipergunakan. Eun dibunuh tetapi tak tahu sapa yang bunuh sama ada semasa di Damiwon ataupun ditempat lain. Ada scena Wang So kena paksa pancung orang dan kemungkinan orang itu salah seorang yang dia sayang kerana dia sangat marah selepas tu. Takut juga orang tu adalah Baek Ah kerana Baek Ah bercinta dengan Woo He, Puteri Baekje. Woo He pernah cuba bunuh Raja Taeja tetapi Baek Ah halang, sekarang mereka bercinta. Woo He minta Raja Wang Yo benarkan rakyatnya bercucuk tanam di tanah Raja kerana rakyatnya sedang kelaparan dan berjanji akan taat setia. Tetapi Wang Yo tidak bagi kebenaran dan ada rancangan lain.
Couple ni tak lama tapi cam sweet jer

Bekas pembesar Baekja dan penyokong Wang Yo nampak Woo He dan Baek Ah bersama , takut juga itu dijadikan alasan supaya Baek Ah dibunuh sebab mak si Wang Yo ni kan suruh cepat-cepat selesaikan putera-putera yang lain supaya tak ada yang memberontak. Aduhhh jangan betul sangkaan ku ini. Memang bertambah tertekan la Wang So nanti, tu yang transform jadi Gwangjong yang kejam nanti tu kang.
Aku Nak Jadi Gwangjong Dah...SIAPPP KORANGGG....
Beberapa hari jer lagi nak tunggu apa yang berlaku. Haish berdebar-debar tul. Cerita Love In The Moonlight pun sedang klimaks sekarang bila kawan baik Putera Mahkota akhirnya tunjukkan yang dia sebenarnya pengintip. Itu pun satu lagi yang sakit jantung tengok dah la hari yang sama. Dekat Korea Scarlet Heart ni tak seglamer Love in The Moonlight tak tahu kenapa, malas nak siasat nanti lah. I banyak kerja lain la, yang i tahu dua-dua cerita ni best.
Satu Geng hahaha.sampai dalam FB pun kitorg duk borak pasal Scarlet Heart..nanti kalau korang rajin gi singgah blog dia lak...tu ada url add kat situ..
Thank you for reading, tunggu minggu depan yer Wang So jadi apa.

Nah video klip ni Fan yang buat utk OST baru cerita Scarlet Heart tapi sangat best and sweet...pandai dia buat..

1 comment... add one now