Bestnye Dapat Kembar !!!



Tengok gambar scan kembar ni teringat my own experince. Terkejut, tergezut, nak pengsan, nak gelak semua ada masa tahu ada 2 janin Allah amanah kan tuk jaga. Semua orang akan tanya, dalam keluarga ada kembar ker? Takder, yang kami tahu takde kembar dari kedua belah keluarga. Jawapan standard yang kami husband & wife akan bagi.

Mengandung kembar sebenarnya agak menakutkan kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Kalau mengandung singleton pun macam-macam risiko bayangkan ada lebih dari satu.Masa mula-mula tahu mengandung kembar ofkos google segala benda yang berkaitan daripada cara kembar terjadi, risiko dan cara menjaga kandungan. I almost make myself sick because overwhelm of infomation. Untuk mengelakkan rasa takut menghantui kena lah fokus pada benda lain.
Perkara yang paling takut semasa mengandungkan kembar adalah sesuatu terjadi pada salah seorang. Setiap hari kena check pergerakkan tetapi selalu konfius siapa yang dah bergerak cukup mana yang belum. Kena fokus untuk kenal pasti. Setiap kali pergi check up berdebar-debar mengharapkan perkembangan dorang sihat dan seperti yang sepatutnya dan keduanya sama besar. Risau kalau sorang under weight sorang lagi terlebih. Semasa usia kandungan 20 minggu kalau tak silap ada appointment details scan, berdebar masa doktor buat scan. Masa buat appointment tanya apa tujuan scan ni, doktor kata untuk check kalau ada abnormality, aduh degup jantung laju macam nak pecah.

Alhamdulillah masa details scan semuanya ok dan dapat tengok gelagat cheeky si kembar dalam perut. Main tendang-tendang ngan sorok-sorok pulak. 
Makan lebih, jaga makan, makan yang berkhasiat bebelan orang sekeliling, agak preasure bila tekak tak lalu nak makan dan bila makan akan keluar balik. Tetapi tetap bertabah untuk anak-anak dalam perut, ikut dan ingat nasihat Ummi bila rasa boleh makan tu makan lebih skit supaya kalau tetiba tekak tak lalu nak makan badan tak lembik. Kenal pasti waktu yang berselera nak makan dan waktu yang tak lalu nak makan. Selalu berselera masa waktu pagi jadi breakfast like a king is a must, tengahari selalunya selera makan mula hilang apabila menganjak petang ke maghrib memang tekak langsung tak lalu hendak makan. Orang kena morning sickness pagi, ni morning sickness waktu malam.
Selepas waktu tak lalu makan berlalu, lebih kurang semasa kandungan umur 4 bulan kut masa tu barulah boleh makan waktu malam. Masa ni berat badan mula naik dengan jayanya risau jugak terlebih tetapi nurse tak bising, ok la tu.
Ambil supplemen untuk pastikan cukup nutrien, supaya anak-anak sihat biarlah penat telan ubat asalkan korang sihat. Memang segenggam supplemen setiap hari telan. Disebabkan tengahari selalunya selera makan kurang memang akan sentiasa beli buah potong. Doa toksah cakap sentiasa dibibir, dihati sepanjang masa. 

Menunggu saat kelahiran dengan penuh debar, takut, risau, gembira bercampur baur sampai satu tahap dah tak tahu nak rasa apa. Orang cakap seronok la dapat kembar, senyum jer yang mampu tapi dalam hati risau namun tetap bersyukur sebab Allah pilih tuk jadi pelindung kembar ni. 
Impian hati hendak bersalin normal tetapi tidak kesampaian jadi kita redha. Doktor tak bagi sebab ada previous scar (masa 1st pregnancy bersalin by c-sec jugak) jadi doktor tak nak ambil risiko. Memang ada niat hendak cari doktor yang kata boleh bersalin normal walaupun ada previous scar tetapi fikir tak nak susahkan en.suami. Tak nak runsingkan dia lagi, sebab banyak benda yang kami perlu fikir sebelum menyambut kedatangan kembar ni. 
Waktu tarikh untuk bersalin secara operation telah ditetapkan, persiapan mula dibuat supaya nanti tiada yang kurang atau terlepas pandang. Pergi office semua orang tanya bila hendak bersalin, semua tanya kemabr dah berapa kilo sekarang ada jugak yang kata perut tak besar macam kembar pun. Haih penat gak melayan orang sekeliling kadang-kadang. 
Benda yang paling merisaukan adalah selepas kelahiran kembar. Boleh ke nak handle? Mampu ke nak jaga dorang? Macam mana nak besarkan dorang? 
Masa berpantang dengan kembar, almost fell into baby blues or postpartum depression yang agak heavy. Ada mengalami baby blues tapi masih dalam keadaan terkawal, dulu preassured sebab orang kata anak tak cukup susu kali ni alhamdulillah masalah tu tak timbul tapi benda lain pulak. Memang agak tertekan masa tu. Apabila orang cakap " bestnya dapat kembar..." rasa macam nak tutup jer mulut tu. Tetapi senyum jer kemudian ingatkan diri sendiri "sila bersyukur Allah bagi anugerah yang orang lain sibuk nak. Allah bagi sebab tahu kau boleh handle. Jangan jadi orang yang tak bersyukur." 
Sekarang dah 4 tahun sudah kembar, alhamdulillah sihat walafiat. Cabaran membesar dan mendidik mereka pula supaya jadi hamba Allah paling taat dan hebat. Cabaran untuk pastikan mereka membesar menjadi seorang khalifah yang baik dan menjadi pelindung kepada kaum wanita. 
"Ya Allah, berikan kami kekuatan dan ketenangan didalam mendidik anak-anak kami. Jadikanlah kami ibu bapa yang terbaik buat mereka yang dapat mendidik mereka kearah menjadi hambaMu yang taat dan terbaik. Berikan lah kami kesabaran dan lembutkan hati anak-anak kami untuk memahami apa yang kami cuba ajarkan kepada mereka. Aamiin. "
***************************************************************
Dr page Dr.Hamid Arshat 
BOLIHKAH RANCANG DAPAT ANAK KEMBAR?
SERONOK DAPAT ANAK KEMBAR
Tahniah kpd Puteri yg sedang hamil kembar 10 minggu. Kelihatan kembar ini jenis dichorionic/ dizygotic atau non identical. Ertinya ia berasal dari dua telor/ovum yg telah disenyawakan olih benih suami secara berasingan.
Jenis kembar ini lebih selamat kerana masing2 janin punya uri sendiri.
Kembar identical atau mono zygotic berasal dari satu telor dan selepas bercantum dgn benih lelaki , embryo yg dihasilkan pecah dua. Kembar ini berkongsi uri dan lebih berisiko gugur, satu janin mati dan lain2 masalah.
1. Pada keseluruhan peluang hamil kembar secara spontan ialah antara 1 hingga 4 %.
Orang afrika punya kadar kembar tertinggi 4 %
Orang putih amerika dan eropah kadarnya 3 %.
Orang asia termasuk orang malaysia terendah 1 - 2 % sahaja.

2. Dalam keluarga ada kembar khusus dari keluarga ibu, peluang hamil kembar menungkat 4 kali ganda.

3. Mereka yg telah melahirkan 4 anak atau lebih, peluang melahirkan kembar lebih tinggi. Begitu juga mereka yang hamil pada umor 40 tahun keatas.

4. Mereka yg tahap kesihatan terbaik dan makan yg berzat serta berkhasiat. Mengamalkan makan supplement vitamins dan folic asid lebih berpeluang hamil kembar.
5. Ada yang mengatakan mereka yang sering minum susu dan makan produk tenusu lebih berpeluang hamil kembar. Munkin 'insulin like growth factor' (IGF) yg dikeluarkan olih hati lembu jadi penyebab hamil kembar.

6. Orang2 asli africa yg makanan mereka terdiri keladi dan ubi didapati punya peluang melahirkan kembar 4 kali ganda dari orang lain.

7. Hormon subur sama ada pil atau suntikan meningkatkan peluang melahirkan kembar.
Wanita yg makan pil subur clomid punya peluang hamil kembar antara 5 - 10 %.
Manakala mereka yg disuntik hormon gonadotrophin punya peluang kembar dalam linkungan 30%. Malangnya kadang2 berlaku kembar 4 atau lebih dan punya risiko gugur tinggi.

8. Mereka yg menjalani rawatan suntik benih suami (IUI) dan mereka yg menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) juga berpeluang lebih untuk hamil kembar.


0 comment... add one now