Ada satu blog yang terjumpa secara tak sengaja dekat Pinterest bulan lepas, blog mengenai parenting. Menarik kerana author tulis melalui pengalaman dia sendiri dan walaupun dia adalah seorang Therapist tetapi manusia tetap manusia tetap akan melakukan kesalahan cuma yang berbeza dia ada ilmu bagaimana hendak mengatasi masalah yang ada.
Banyak entries yang menarik kalau baca buatkan terdetik "aku pernah buat benda ni" "betulla macam yang aku rasa". Ayat yang digunakan simple dan mudah difahami, entry yang buat start follow blog dia tajuk "How To Stop Yelling At Your KIds" familiar enough with the situations. hahaha
Nie blog dia : Dirt and Boogers : Naturing Seasons of Motherhood
Yelah kita ni manusia ada perasaan letih, marah, geram bila tak capai expectation mula lah frust. Adalah a few tips and tricks yang boleh digunakan bila rasa nak jerit kat anak-anak. Apa yang paling penting sebenarnya kesabaran dan ketenangan mak tu sendiri, kesimpulan yang dapat daripada baca entries daripada blog ni then compare dengan situasi diri sendiri punca utama asyik nak jadi hijau je adalah LETIH & TAK GEMBIRA.
Kalau 2 benda ni bergabung memang hari yang ceria penuh warna warni pun akan jadi ribut taufan, sebab itulah penting untuk mak-mak yang duduk dirumah full time atau bekerja tetapi balik rumah busy pulak dengan hal rumah kena carik satu titik bertenang, kena selalu fikir tentang happy thoughts dan yang paling penting berdoa pada Allah minta ketenangan dan kesabaran daripadaNya.
Entry ini menarik perhatian saya kerana selalu kita akan rasa down bila kita tak berjaya kawal perasaan dan jerit juga dekat anak-anak kan, lepas tu kita akan rasa kita adalah parents yang tak cukup bagus.
This entry motivated me, letting me think that it is ok and i am doing fine but let do it better next time.
5 Myths About Yelling At Kids
Quotes from the entry :Kita bukan ibu bapa yang teruk kerana jerit-jerit pada anak (consider apa yg dijeritkan itu adalah benda yang betul) kerana kita ada expectation dan bila expectation tidak dipenuhi kita frust. Ini menjadi kita antara parents yang ambil berat pasal anak-anak. Kita hendak dorang ni membesar dengan baik dan berjaya. Kalau kita tak ada expectations jadi kita tak marah sebab tak der benda yang hendak dimarahkan. Anak-anak bebas buat apa sahaja, freedom to the max. Ini yang saya kata kita jerit dekat anak atas sebab yang betul kalau jerit sebab yang bukan-bukan tu fikir sendiri la.
" Don’t believe these myths about yelling.
You ARE a good parent.
You are NOT permanently damaging your children.
You are NOT the only one who yells.
You CAN stop yelling.
But you might yell again, and that’s okay. "
Memang ada artikel dan selalu kita baca kesan kalau kita jerit-jerit dekat anak, kesan keatas emosi dan mental mereka kemudian membawa kepada masalah sikap. Jadi dengan sedaya upaya la kita tak jerit bila terjerit tu rasa bersalah yang amat sangat. Apabila terjadi kita slip daripada mode operandi tak nak jerit kena la counter back action, pujuk balik anak tu, bawak slow talk or peluk dia. Bukan kita jer yang jerit dekat anak, ramai lagi parents yang macam tu sebab kita ni manusia kadang kala terbabas daripada landasan cuma yang penting kita tahu bagaimana nak berada atas landasan semula.
Kalau dah terbabas tu kena cepat-cepat sedar diri dan bertenang. Kita boleh jadi parents yang tidak menjerit pada anak-anak cuma kita kena berusaha dengan lebih gigih dan komited. Kalau dah terbabas sekali pastu terus putus asa susah la, hal berkaitan psikologi ni kena komited dan konsisten baru nampak kesan. Kekuatan minda dan jiwa tu kena kuat sebab kita sendiri yang kena kawal tindakan kita. Jadi tidak salah untuk menjerit marahkan anak tetapi kena berpada dan jangan keterlaluan.
Perasaan bersalah itu jadikan motivasi untuk menjadi lebih baik. Besarkan anak bukan sesuatu yang senang jadi kena komited dimasa yang sama kita sebagai ibu bapa juga kena pandai jaga hati sendiri supaya tidak stress out. Ilmu parenting ni luas dan tidak pernah putus jadi jangan lupa untuk teruskan mencari cara yang sesuai dengan kita sebab tidak semua cara yang kita jumpa dan cuba praktikkan sesuai dengan kita dan anak-anak kita. Banyak kena try and error kemudian banyak-banyak berdoa pada Allah mohon hidayah dan pertunjuk macam mana untuk mendidik anak dengan lebih baik dan minta dijadikan parents yang terbaik untuk anak kita.
Dalam Islam sendiri banyak amalan macam hendak mendidik anak-anak jadi cuba kita praktikkan dalam kehidupan kita. Memang la penat tetapi untuk masa depan anak kita kan. Takkan hendak biarkan anak kita jadi orang yang tidak beradab, biar kurang bijak jangan kurang ajar.
Jadi terlalu tekan diri sendiri bila kita terjerit pada anak walaupun sudah berjanji takkan buat begitu. Kita cuba lagi sampai berjaya dan kena enjoy during the process. Mari kita cuba yang terbaik yer jom submit doa "
" Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, jadikan lah kami ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak kami. Kurniakan lah kami kesabaran dan ketenangan jiwa didalam mendidik anak-anak kami dan kurniakan lah kami kelapangan hati didalam mengharungi ujian semasa membesarkan dan mendidik anak-anak kami. Jadikanlah anak-anak kami berjaya dunia akhirat dan hidup berlandasan syariatMu dan sunnah Rasulullah. Aamiin "
Rasulullah pun ada mengajar kita bagaimana untuk mendidik anak-anak mengikut umur mereka. Cara mendidik perlulah seiring dengan umur mereka kerana tahap akal dan pemahaman mereka sentiasa berkembang daripada bayi sehingga la dewasa. Sunnah rasulullah kalau diikut mendapat pahala malahan Rasulullah adalah sumber rujukan utama kita setelah Kitab Allah kan jadi apa salahnya kita ikut apa yang telah Rasulullah ajarkan. Kita cuba suai pakaikan mengikut keadaan kita masa kini, banyak tips dan kaedah parenting sekarang ini kita perlu pilih dan suai pakaikan mengikut keadaan anak dan diri kita sendiri.
Walaupun ada pelbagai kaedah ada masanya ianya tidak sesuai dengan anak kita, disitu lah kita sebagai ibu bapa perlu mainkan peranan dan gunakan akal yang Allah kurniakan untuk mencari jalan yang terbaik. Kadang kala kita kalah dengan emosi kita sendiri kerana bukan senang untuk mendidik anak, pelbagai faktor mainkan peranan. Sebagai contoh anak-anak saya sendiri, mereka memang lasak dan memang selalu buatkan saya naik angin tetapi itulah anak kan salah satu dugaan Allah walau macam mana pun kena hadapinya juga. Saya sering rasa yang saya ibu yang gagal kerana mereka tidak menurut kata, disini yang saya katakan kita sebagai parent sering kalah dengan emosi kita sendiri. Kita rasa kita loser tetapi bagi orang lain anak-anak kita ok jer. Ada banyak tips dan cara parenting yang boleh kita ikut yer jangan risau. Antara tips yang saya pernah shared dulu, saya share sekali lagi.
Tips dibawah saya dapat daripada FB Page Prof.Dr.Rozieta Shaary, saya copy dan paste disini supaya lebih ramai yang dapat manfaatnya.
ANAK SUKA MERAJUK DAN MEMBALING BARANG BILA KEHENDAKNYA TIDAK DIIKUT
Pertama ibu bapa janganlah takut anak itu merajuk. Merajuk ini adalah cara anak berlawan kuasa dengan anda. Kalau anda tidak bijak dan anda hanya menggunakan senjata marah, maka anda senang kalah.
Selalunya anak yang suka merajuk ni dia ni sensitif. Dari kecil umur tak sampai setahun kita boleh tahu akan karekternya itu. Semasa dia kecil lagi, bila dia merajuk, anda perlu bisikkan kepadanya untuk usahlah merajuk. Kalau tak dapat benda tak perlu merajuk.
Kalau dia tunjuk perangai, jawab dengan tenang dan biarkan dia ekspres dirinya. Jika dia baling barang, biarkan dulu. Tapi biar barang yang bahaya tiada di situ. Bila sudah dia dah lebih tenang sikit, ambik dan peluk dan beritahu dia, kenapa anda tak boleh beri barang itu. Cara ini untuk anak di bawah 1.5 tahun.
Bila dia dah 1.5 tahun, anak sudah mula mengamuk atau tantrum. Tantrum ini lebih kerana ledakan emosi yang tidak dikendalikan dengan elok. Contoh kekecewaan, kesedihan, penat, tidak cukup tidur, tidak faham kenapa dimarah, tenaga tengking yang diterima, TIDAK CUKUP BERMAIN AKTIF TERUTAMA DI LUAR RUMAH, tidak boleh melakukan banyak perkara kerana dilarang atau kerana badannya belum cukup besar. dan banyak lagi.
Bila ledakan emosi ini berlaku, anak akan mengamuk dan seolah-olah monster akan keluar dari diri anak itu. Anda perlu tahu, anak itu sendiri takut bila ini berlaku. Oleh itu, apa yang anda boleh buat ialah menenangkannya. Buat seperti gambar yang Ibu sertakan ini. Walaupun dia meronta dan memukul anda, peluklah dan bacakan ayat dan bersuara dengan berbisik ke telinganya. Katakanlah perkara yang positif dan bacakan doa. Lepas dia sudah tenang, basuhkan mukanya dengan air yang telah dibaca doa mengikut kaedah agama masing-masing. Mandikan puan lagi elok dan beri dia tidur kerana semasa dia 'bergelut' dengan monster dia itu, dia amat letih.
Bila anak sudah 5 tahun dan masih suka merajuk dan mengamuk, memukul orang, menyakitkan orang, ini petanda semasa anak itu mengamuk semasa dia kecil, emosi amuk itu tidak dikendalikan dengan baik. Ibu bapa hanya menggunakan kaedah marah dan tengking untuk senyapkan anak. Pada masa itu anak memang senyap, tapi emosi itu tidak dilepaskan dengan baik. Oleh itu anda akan mendapati anak ini mengamuk dengan lebih kuat dan mula ada ciri-ciri degil dan mungkin mengeluarkan kata-kata yang tidak baik.
Ini petanda hati anak ini sudah banyak terluka dan dia sudah banyak merasakan tidak dikasihi. Jika ini berlaku, anda perlu mengatur langkah membetulkan pesepsinya.
Di sini anda perlu bijak dan mengawal marah namun anda perlu tegas dan perlu mendisplinkan anak itu. Kerana anak ini sudah terluka disebabkan banyak kekecewaan terutamanya di dalam perhubungan diantara dia dan anda atau pasangan anda, perkara itu perlu dibetulkan. Pada usia ini, anak itu mungkin akan mengatakan rasa hatinya, bahawa dia tidak dikasihi.
Jika ini berlaku, tarik nafas dan duduk di sebelah anak itu dan tenangkan hatinya dan cari punca yang menyebabkan dia merasakan dia tidak lagi dikasihi. Kadang-kadang puncanya mungkin semudah anda sudah tidak memandikannya dan menyuruh dia mandi sendiri. Terutama sekarang sudah ada adik baru. Ini kita namakan salah faham. Maka selesaikanlah salah faham ini.
Walaupun bila anak merajuk dan mengamuk kita perlu membetulkan anak dengan kelembutan, adakalanya semasa ini, kerana jeritannya begitu kuat dan membaling barang tidak mengikut kira, maka jika perlu anda boleh meninggikan suara untuk mendapatkan perhatiannya, siapa yang memimpin di sini.
Namun, bila meninggikan suara, lihat mata anak itu dengan kelembutan kasih-sayang.Dalam hati anda boleh berkata kepada hati, 'aku meninggikan suara kepada anakku ini kerana aku sayang kepadanya dan aku perlu mengawal keadaan ini dan memimpinnya dengan baik Aku sayang anak ku ini'.
Mengapa anda mahu mengatakan di dalam hati demikian? Kerana ini membentuk niat dan ini membantu anda memastikan bahawa bila suara kuat itu keluar, ianya keluar dengan tenaga kasih-sayang yang menerjah masuk ke hati anak yang terluka itu dan menjadikan hati itu menerima tenaga kasih-sayang itu. Inilah diantara cara kita mengawal keadaan dengan tegas dan penuh kasih-sayang. Kata kunci ialah pandang dengan kasih sayang. Anda perlu 'take control' dengan 'tough love'.
Jika anak itu ditengking dan dimarah atau bila dia merajuk diturutkan semua kehendaknya. Pada usia ini, anak itu sudah tahu dia mempunyai kuasa ke atas ibu bapanya dan ibu bapa boleh diatur-atur olehnya. Ini sangat merbahaya kerana anak itu boleh menjadi seperti 'Anakku Sazali'.
Mengapa ini boleh berlaku, kerana bila anak meminta sesuatu, semua permintaannya dipenuhi walaupun ada yang tidak baik untuknya dan anda telah mengatakan tidak boleh, namun sebab hendak anak berhenti membaling barang, anda ambil jalan singkat, ikutkan saja kehendak anak itu.
Kata kunci di sini, BERTINDAK SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN dan bukan seorang yang mudah dimanipulasikan.
Anak 7-10 tahun
Di sini ada satu faktor baru dimasuk kira. Anak pada usia 7 tahun mula memasuki alam persekolahan. Yang membawa makna, tekanan dari luar mula dirasai oleh anak.
Ada anak yang tertekan dengan dunia persekolahan kerana perubahan yang besar dalam hidupnya. Walaupun anak itu telah pergi tadika, sekolah dan tadika tidak sama.
Anak ini mungkin akan merajuk dan mengamuk lebih lagi. kebanyakannya kerana keletihan dan yang juga sama berat pada anak itu, cuba menyesuaikan diri. -trying to fit in. Ini sebenarnya berat untuk seorang anak yang personalitinya tidak suka ramai orang.
Oleh itu, seeloknya anda telah menyediakannya. Namun, walaupun sudah disediakan, mungkin akan ada juga percikan itu. Oleh itu jika terjadi episod merajuk dan mengamuk, anda perlu menggunakan kaedah merapati anak itu supaya anak itu berasa selamat dengan anda.
Sebenarnya, bila anda memberi ruang anak itu untuk menyatakan ketidakpuasan hatinya, dan anda mendengar dengan baik, anda sebenarnya sedang membina jambatan emas dari hatinya ke hati anda. Ini adalah persiapan untuk zaman remaja anak itu. Jambatan emas ini menjadi yang menghubungkan dia dan anda dengan baik seperti kawan baik. Ini sangat penting pada zaman remaja anak itu.
Pada usia ini, penerangan yang jelas mengenai boundaries atau had laku perlu sangat diberi. Serta disiplin yang baik perlu dipraktikkan kepada anak itu. Jangan semua rajuknya diikutkan dan amuknya dibiar. Ada masa kita biarkan dia ekspres dirinya. Namun, banyak masa, kita perlu step in dan kawal amukannya itu. Anak perlu tahu dia boleh berharap dengan anda ibu bapanya membetulkan keadaan.
Kita mesti sedar, anak pada usia di bawah 7 tahun malah 10 tahun pun, tidak tahu dengan sepenuhnya apa yang baik dan apa yang buruk. Apatah lagi jika mereka tidak diajar bertanggung-jawab terhadap diri, (ownership), mereka akan meminta perkara-perkara yang merbahayakan diri mereka. Contohnya, hendak membeli game perang dan keganasan. Menangis meronta-ronta hendakkan game itu. Sudahlah mahal, yang bermaksud ibu bapa perlu mengeluarkan duit lebih, ditambah pula bila bermain game tersebut dan menjadi asyik, otak anak akan nyahsensitif kepada keganasan. Mereka melihat keganasan, mereka tidak berasa apa-apa. Malah, mereka pula menjadi ganas.
Ingat, pada usia mana pun anak itu, tidak semua rajuknya perlu dipujuk dan diikutkan. Namun, itu bukan bermaksud anda perlu marah dan tengking. Anda hanya perlu TEGAS dan jangan berganjak dengan apa yang telah diputuskan kecuali jika berubahnya keadaan. Ini pun janganlah menjadikan ianya tabiat. Kalau anda selalu mengubah TIDAK dan YA anda. Ketidaktegasan anda boleh dirasai oleh anak dan boleh dimanipulasikan olehnya.
Kata kunci di sini, YOU ARE THEIR ROCK. Anda dinding tegap untuk anak boleh bersandar. ANDA MEMIMPIN DENGAN KETEGASAN DAN KASIH-SAYANG.
Kadang kala tips untuk anak merajuk ataupun anak nakal tetapi bila kita belek isinya, kebanyakkannya lebih kurang sama jadi kita perlu sesuaikan mengikut keadaan. Tetapi kita perlu ada dan mengetahui ilmu parenting sebab memang banyak membantu kita memahami anak-anak kita. Cuma kita lah yang kena banyak bersabar dan tidak mengikut perasaan sangat. Nak didik anak bukan senang lagi-lagi kita hendakkan mereka membesar menjadi anak yang soleh dan menjadi aset kita setelah kita tiada didunia ini. Mereka adalah legasi kita. Sama-sama lah kita berusaha yer sebab saya memang sangat banyak perlu belajar lagi, tersangat la banyak yang penting jangan berputus asa. Lagi satu kena la buat bila dah tahu tips ni, saya pun selalu lupa bila dah marah semua tips hilang. Kena ingat dan buat, doakan saya berjaya yer dan saya doakan setiap ibu bapa yang baca entri ini juga mendidik anak-anak menjadi orang yang hebat dan anak yang soleh.