Mimpi Itu Percuma Tetapi Kenalah Usaha



Dream Big..
Mimpi Tu Percuma...


Selalu dengar kan. Kenapa kita digalakkan bermimpi secara skala besar? 
Supaya usaha kita pun skala besar. Andai kata mimpinya skala besar tetapi usahanya skala kecil rasa-rasa leh tercapai ker mimpi tu? Payah kut, kalau dapat pun sama ada rezeki dari Allah ataupun your are so damn lucky hahaha.

Bermimpi tak susah, tutup mata bayangkan apa yang hendak dimiliki atau hendak dicapai. Buka mata, sematkan mimpi itu dalam ingatan kemudian mulalah rangka rancangan macam mana nak capai mimpi tu. Kalau rasa nak capai mimpi tu buatlah rancangan yang elok-elok kalau nak biarkan mimpi tinggal mimpi tak perlu buat apa-apa.

Salah satu cara mengapai mimpi yang saya belajar didalam Shaklee adalah Vision Board atau kami panggil VB. Letak la apa yang hendak dicapai dekat Vision Board tu. Nak kereta macam mana? Nak rumah macam mana? Nak akaun bank gumuk macam mana? Nak berjalan dekat mana? Nak bawa mak ayah pergi mana? Nak anak-anak sekolah dekat mana? Nak buat wedding dekat mana? Nak baju nikah macam mana? Nak baju sanding macam mana? Nak wedding band macam mana? Nak hubby/wife macam mana? ehhhh terlebih sudah..

Anything yang korang teringin dalam hidup ni. Tenung la setiap masa supaya menjadi pembakar semangat. Nak lagi bagus letak target dekat setiap impian tu, bila ada target kita akan berusaha keras tuk capainya kan. Disebabkan mimpi skala besar jadi usaha pun kena skala besar.

BIla dah buat usaha skala besar jangan lupa pulak doa kepada Yang Maha Esa kerana kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan. Andai kata impian tidak tercapai pada sekian-sekian waktu jangan putus asa, kalau nak layan rasa kecewa tu layan la kejab tapi jangan lama-lama sangat. Yelah kita ni manusia ada perasaan so bila kecewa tu ambil time off jab pastu dah la. Bangkit semula dengan semangat baru.

Tetapi jangan hanya bermimpi tanpa berusaha yer.



0 comment... add one now