Haih minggu ni semua drama yang tengah follow bagi hati berkecamuk. Dari satu cerita ke satu cerita, dari berdebar-debar sampai drama air mata. Meh ai bagitau apa yang buat minggu ni hati berkecamuk, bg shirt review satu-satu cerita yang ai tengah follow.
1. Moon Lover Scarlet Heart : Ryeo
Wang Wook!!! Why Wang Wook Why...
My Prince Charming dah mula bertukar menjadi Dark Prince, My Dark Prince dah mula bertukar jadi Lovable Prince. Plot cerita semakin menarik as expected sebab dah eposide 12 kut, duk tunggu bila dorang nak berebut tahta ni. Hae Soo kena halau dari istana jadi tukang basuh baju istana, Wang Wook sikit pun tak tolong sebabkan adiknya Hyeon Hwa (sangat jahat tau perempuan ini). Adiknya berpakat dengan Maharani Song untuk meracun Putera Mahkota dan disebabkan hal itu Wang Wook terpaksa melepaskan Hae Soo. Huhuhu sedih pastu si Hae Soo duk la setia ngan Wang Wook. Wang So pula Maharaja Taejo hantar pergi tugasan tempat yang jauh. Setahun berlalu, Hae Soo masih jadi tukang cuci, Wang Wook masih melihat dari jauh takde langsung keberanian nak dapatkan Hae Soo atas alasan dia tak boleh mati kerana Hae Soo.
Pada mulanya adiknya Hyeon Hwa yang tamakkan kuasa sekarang dia pun dah sama atas alasan bila sudah berkuasa, dia boleh bersama Hae Soo tanpa ada sesiapa yang halang. Wang So balik daripada tugasan terus carik Hae Soo, tapi Hae Soo halau Wang So sebab tak nak Wang So terus berharap padanya. Dia masih sayangkan Wang Wook (aduhhh girl that guy tak pernah stand up for you still you nak kat dia) huh. Maharaja Taejo mangkat, bermula kisah rampasan kuasa antara putera-putera beliau. Hae Soo akhirnya berputus harapan dengan Wang Wook, Wang Wook semakin gilakan kuasa, Wang So semakin comel hahhaha. Cukup la tu, tunggu epiosde minggu depan.
2. Love In The Moonlight
Ra On tinggalkan Putera Mahkota kerana dia sudah tahu yang dirinya adalah anak pemberontak yang dicari-cari oleh semua orang. Sebelum Ra On tinggalkan istana, dia duk la sweet-sweet dengan Putera Mahkota. Alahai kesian tengok yang Putera Mahkota have no idea at all. Ra On cuba keluar istana semasa pengawal sedang sibuk mencari anak perempuan pemberontak, dia hampir ditahan tetapi dibantu oleh Master Yoon Sung. Pada malam sebelum nya Byung Yeon Pengawal Putera Mahkota telah meminta Master Yoon Sung untuk bawa Ra On keluar daripada istana sebelum terlambat kerana semua orang sudah mula mencari.
Ra On dapat keluar dan tinggal dengan ibunya. Pada hari pencarian berlaku, Putera Mahkota mendapat tahu bahawa nama anak perempuan pemberontak yang dicari adalah Hong Ra On. Aduh hancur luluh aku ini. Masing-masing saling merindu, Putera Mahkota sangat sedih kerana Ra On pergi begitu sahaja. Anak perempuan Menteri Jo offer diri untuk berkahwin dengan Putera Mahkota walaupun tidak mendapat kasih sayang Putera Mahkota. One side love tapi dia sanggup atas alasan untuk menolong Putera Mahkota mempertahankan tahtanya. Perkahwinan akan dijalankan, aduh la kesian Ra Ob dengan Putera Mahkota. Orang disekiling Putera Mahkota jahat-jahat belaka betul.
Kedua-dua kawan baik dah mula bergaduh sebabkan perempuan, alahai. Lee Hwa Sin cuba untuk tidak beritahu Pyo Na Ri yang dia sukakannya (ha padanla muka masa orang tu suka awak buat tak tahu lagi, sekarang ni angau). Go Jung Won berasa insecure bila tahu Hwa Sin juga sukakan Na Ri, dia tidak mahu bergaduh tetapi dia rasakan bagai ditikam dari belakang jadi dia sangat marah. Hwa Sin masih lagi sakit dan hanya Pyo Na Ri yang tahu. Pyo Na Ri sukakan Jung Won dah hanya kesiannkan Hwa Sin itu yang dia katakan tetapi selepas melihat bilik Hwa Sin penuh dengan lukisan Na Ri sedang baca berita dan ada tulisan " I love Pyo Na Ri". Adakah Pyo Na Ri akan berubah hati daripada Jung Won kepada Hwa Sin. Oh tidak!!! tak nak tak nak..apa salah nya bagi 2nd lead pula yang menang kannn.
Ini cerita baru lakonan Ji Chang Wook (ai suka dia seja dari Healer lagi) dan Im Yoona. Cerita action romantic dusyum dusyum. Ji Chang Wook punya action pergh macho duh hahaha. Tengok cerita ni berkecamuk jiwa sebab Ji Chang Wook sangat macho sampai terindu-rindu nak tengok cerita The K2. Im Yoona tak pernah tengok dia berlakon tapi not bad ada masa comel, ada masa innocent. Nak kena tunggu hari Jumaat baru ada citer ni.Waaaaa rindu nak tgk Ji Chang Wook dusyum dusyum. Nantilah ai buat entri pasal The K2 sahaja nanti, best tengok Ji Chang Wook dusyum dusyum orang.
5. On The Way To Airport
Ini cerita berat, kerana ia melibatkan kisah cinta orang yang sudah berkahwin (dengan kata lain adultery or curang) huh. Semuanya pelakon senior so lakonan dorang memang mantap tapi tu la jalan cerita cinta 3 segi orang dah berkahwin. Lum apa-apa lagi dah ada drama air mata huhuhu. Tak suka part kecurangan tu tetapi cerita ni menarik la (for me) untuk tengok sebab ada misteri pasal asal usul Annie. Kita tengok dulu macam mana, tapi cerita ini takder la follow rapat sangat. Jadi tidakla tertunggu-tunggu.
Haih semuanya bikin hati gundah gulana, banyak lagi cerita baru yang tak start tengok. Malas la bagi complete dulu pastu marathon terus. Ok la, azan subuh dah berkumandang mahu solat, bye terima kasih kerana membaca.