My 1st BF Journey....
Ayu ZalieNak dengar satu cerita tak? Kisah seorang ibu yang hampir putus asa untuk teruskan usaha fully BF baby dia.
Seorang insan kita gelar dia Lady Dee (pergh perasan macam Princess Diana ala pinjam nama je) yang sebelum berkahwin sangat la risau yang dia tak boleh mengandung atas sebab-sebab faktor kesihatan dan keluarga sampaikan sanggup jumpa doktor untuk tahu sama ada dia boleh mengandung atau tidak bila berkahwin. Doktor pun terkejut kenapa si dia ni jumpa dia atas sebab itu, last-last bukannya doktor buat pemeriksaan tapi bagi sesi kaunseling free dekat Lady Dee.
Katanya, awak masih muda tak perlu risau benda ni. Ini kerja Allah, kita just go with the flow lagi pun awak belum berkahwin macam mana awak tahu yang awak susah nak mengandung. Secara ni semuanya assumming awak sahaja. Lebih kurang la gitu. Pastu ada lah lagi kena kaunseling.
Dah kena kaunseling, akal menerima tapi hati tu tidak namun teruskan juga kehidupan sampailah jodohnya tiba. Selepas kahwin tekanan untuk dapat baby makin terasa, orang sekeliling asyik bertanya macam dah takde soalan lain. Memang Lady Dee sangat tertekan sebab belum setahun pun kahwin, paling sadis inai dekat jari belum pun hilang.
Lady Dee cuba ikhtiar dengan tanya en. google, baca blog, baca forum akhirnya ambil keputusan untuk cuba makan supplemen. Pergi farmasi tanya promoter apa yang sesuai, satu ayat yang promoter tu cakap sampai sekarang ingat dan gunakan bila orang tanya pasal set subur "nak senang conceive badan kita kena sihat dulu".
Mula ambil multivitamin dan asid folic, tak ingat jenama apa masa tu belum kenal Shaklee. Alhandulillah beberapa bulan kemudian Allah kata sudah sampai masa jadi berjaya conceive. Mulalah pengalaman mengandung sehingga bersalin. Banyak juga drama sepanjang waktu tu. Sekarang LAdy Dee dah jadi ibu.
Niat dihati nak fully BF walaupun sudah masuk ofis semula, lagipun tgk ramai kengkawan ofis yang pam EBM jadi nanti boleh tanya dorang. Semasa pantang sudah buat silap, tak simpan EBM. EBM habis training baby minum botol dan fikirkan nanti balik KL tak tahu EBM nak letak mana sebab peti ais bukan besar pun. Takper teruskan juga walaupun sudah mula rasa susahnya nanti.
Masuk ofis, pam EBM macam biasa tapi hasilnya tak banyak makin hari makin sikit. Ibu cuba positif kan diri, yakin diri tetapi makin stress bila baby refuse botol. Macam-macam jenis puting dan botol cuba tapi macam tu juga. Kalau dia hendak minum banyak la, kalau tidak setakat minum lepas haus. Stress sebab EBM takde, baby pula buat perangai minum susu main-main sayang EBM kena buang macam tu jer. Memang rasa nak give up dah.
Disebabkan susu merundum, kerja pula bertambah jadual pam dari 3 kali jadi 2 kali jer. Mula cari milkbooster sebab nak cuba jugak jaya kan projek fully BF. Macam-macam milkbooster jumpa daripada real food sampai la supplements tapi hati berkenan pada Shaklee. Zaman tu masih ada trial pack jadi cubalah beli satu trail pack set menyusu. Beli satu dengan harapan susu jadi banyak.
Alhamdulillah susu kembali macam sedia kala, tak meriah macam yang baca dalam testi tapi banyak daripada sedia ada. Frust juga sebab mengharapkan susu meriah macam dalam testi, baby makin besar tapi masih refuse botol macam-macam cara dah guna. Disebabkan dia refuse botol buatkan rasa usaha pam EBM dengan ambil supplement segala bagai macam sia-sia.
Pernah pam EBM sekali jer dlm sehari sebab rasa macam sia-sia, dah standby FM dekat pengasuh. Terjumpa blog BF, baca strugle mak-mak yang lain terasa diri ni bodoh sebab ada orang lagi susah tapi tak putus asa pun tetap bagi EBM pada anak. Bersemangat balik, pergi kelas BF kutip ilmu, beli buku, baca blog belajar pasal BF sampai faham.
Belajar buat power pump tuk stimulate balik production susu, kehulur kehilir bawak pam yang berat tu. Balik kampung ker pergi memana ker pam mesti bawak. Berjaga malam pam susu sebab waktu hormon susu aktif. Tak nak ambil kisah baby refuse botol or whatsoever yang penting pastikan production susu cantik. Ajak hubby pergi Shaklee beli vitamin yang dah habis and tambah vitamin yang lain sekali (waktu ni masih dibenarkan guna ID SID lain untuk pergi beli sendiri walaupun bukan ahli).
Anak refuse botol, ibu jadi kreafif. Buat puree masukkan EBM, buat bubur masa nak makan mintak pengasuh letak EBM. Macam-macam cara lagi nak bagi anak dapat khasiat susu ibu. Anak refuse botol tapi bila ibu balik memang melekap macam belangkas jadi ibu kena redha. Sebelum balik dari ofis kena pam dulu supaya susu banyak sebab anak kelaparan dekat rumah tu. Ibu tak leh balik lewat, takleh join mana-mana company event sebab anak. Takper ibu tak kisah sebab ibu dah janji akan bagi selama 2 tahun. Walaupun masa tu dah mula campur FM tapi sebabkan awak refuse botol, satu tin FM pun berbulan baru habis. Badan awak kecik jer takpe ibu redha sebab walaupun awak kecik tapi melasak subhanallah. Asalkan awak sihat.
Alhamdulilah impian tercapai walaupun tak sampai 2 tahun sharp tapi dapat jugak teruskan projek fully BF. Banyak yang ibu belajar semasa menyusukan 1st baby dan benda tu semua ibu ingat sebab nanti 2nd baby ibu tak nak jadi benda yang sama.
Antara kesilapan yang ibu buat, takde ilmu. Sekadar baca di google dan buku tapi tak bertanya dengan orang yang pakar ataupun orang yang berpengalaman. Tanggung sorang-sorang rasa sesal, stress sebab tak dapat kumpul EBM sampai susu merundum, kena carik support orang yang faham dan yang boleh bagi nasihat.
Dah tanam dalam diri 2nd baby will be fully BF no matter what no turning back. Ibu kena pastikan ibu ready untuk adik awak nanti.
Sekali Allah bagi rezeki kembar pula, aduhhh bermula la episode lain pula.
0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →