Kuatkan Sistem Imun Badan Dalam Masa 3 Hari...





Hari ini kita cerita pasal Nutriferon pulak, Nutriferon ini produk Shaklee untuk meningkatkan imunisasi badan.

Apa pulak imunisasi badan ni?

Sistem pertahanan badan melawan penyakit, Allah telah kurniakan kita bala tentera bagi melawan penyakit iaitu sel darah putih. Bala tentera Allah ini membina tembok pertahanan badan bagi melawan segala virus dan bakteria yang datang menyerang.

Rasa faham dah kan apa tu sistem imun badan. Sekarang ni cerita pasal Nutriferon pulak. Dengan penyelidikan selama 40 tahun,beribu-ribu semakan sebatian dan sebanyak 200 herba oleh Dr. Yasuhiko Kojima berjaya menghasilkan NUTRIFERON. 4 ekstrak tumbuhan telah dipilih bagi menghasilkan produk ini iaitu biji labu, biji plantago asiatica, honeysuckle jepun dan bunga safflower. Penemuan dan rekaannya diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi. Kajian klinikal mendapati kombinasi unik ini berkesan pada pesakit Hepatits C kronik.

Kelebihan biji labu adalah merangsang pengeluaran interferon semulajadi didalam badan dan menentang radikal bebas serta faktor penyebab kanser. 

Kelebihan lain biji labu adalah :

1. Satu-satu biji benih (seed) yang alkali
2. Boleh mengurangkan paras LDL (kolesterol jahat)
3. 100 g biji labu bersamaan 30 g protein.
4. Memang digunakan secara tradisi untuk membunuh parasit.
5. Mengurangkan keradangan bagi sakit atritis.
6. Membantu menghalang batu karang
7. Bagus untuk menjaga kesihatan prostat
8. Membantu jika ada masalah tidak boleh tidur
9. Kaya dengan mineral
10. Tinggi dengan ZInc


Bahan kedua dalam Nutriferon adalah biji Plantago Asiatica. Dr. Yasuhiko Kojima menggunakan biji Plantagi Asiatica kerana ia mengandungi polisakarida yang mengaktifkan sel-sel imun. Namun ia mempunyai khasiay yang lain juga.

Kelebihan biji Plantago Asiatica antaranya :
1. Bersifat anti keradangan. Keradangan wujud dalam banyak bentuk antara kesakitan, bengkak ataupun kerengsaan.
2. Membantu untuk melegakan asma dengan menghalang saluran penafasan daripada menyempit.
3. Membantu melegakan kesakitan.
4. Bersifat antiseptik dan mampu menghalang perkembangan microorganisma.
5. Bagus untuk penghadaman.
6. Membantu didalam penyingkiran toksin daripada badan.
7. Membantu memulihkan batuk.

Itu antara kelebihan biji Plantago Asiatica, mari kita tengok kandungan yang ketiga Nutriferon iaitu Honeysuckle Jepun.

Kelebihan Honeysuckle Jepun antaranya :
1. Menentang pencerobohan virus dan kuman
2. Bersifat antibiotik
3. Membantu menurunkan suhu badan ketika demam.
4. Membantu melegakan keradangan
5. Dipercayai boleh mencegah kanser

Last but not least, kandungan terakhir ada bunga saff.

Kelebihan bunga saff adalah :
1. Menghasilkan dan memperkuatkan keupayaan makrofaj memusnahkan virus dan kuman.
2. Juga bersifat anti keradangan
3. Membantu badan menyimpan air dalam badan
4. Membantu metabolisme badan supaya didalam paras yang baik.
5. Bunga saff juga bersifat menenangkan.
6. Bunga saff juga merupakan antioksidan.

Pelbagai kelebihan herba-herba yang menjadi pilihan Dr. Yasuhiko Kojima ini kan setelah dikaji pula selama 40 tahun. Nutiriferon boleh meningkatkan imunisasi badan seawal 3 hari kerana itu ia sesuai dijadikan 1st Aid dirumah jikalau kita diserang deman atau selsema, begitu juga suami atau anak-anak. Sebelum melarat baik kita banteras dulu dengan cara kuatkan imun badan.


Kita dah lihat apa kandungan utama Nutriferon, sekarang mari kita lihat kelebihan dan siapa yang boleh ambil.




Apa Kebaikannya?


a) Mengukuhkan sistem imun didalam masa 3 hari
b) Mengaktifkan hemoglobin bagi melawan sel-sel tumor dan kanser
c) Melindungi dari Influenza
d) Meringankan stress dan kelesuan
e) Melambatkan penuaan
f) Sesuai bagi pesakit Hepatitis B & C bagi mengurangkan infeksi
g) Membantu wanita menghadapi menopaus
h) Mengurangkan simpton PMS

Untuk Siapa?


1. Nutriferon sesuai untuk 13 tahun keatas. Untuk kanak-kanak bawah 13 tahun masih boleh  mengambil nutriferon jika perlu tetapi dos perlu dikurangkan.
2. Untuk mereka yang mahu menjaga kesihatan dan menguatkan sistem imuniti badan.
3. Mereka yang selalu melancong ke luar negara
4. Mereka yang menjalani rawatan kimoterapi dan mahu mengurangkan simptomnya (Sila dapatkan nasihat doktor dahulu)
5. Wanita menopos
6. Wanita yang menghadapi masalah PMS
7. Mereka yang mengalami masalah resdung, asma dan kerap selsema.
8. Warga emas

Nutriferon boleh diambil oleh setiap golongan tak kira tua atau muda. Sekarang ni musim orang sakit jadi berjaga-jaga yer.


Beberapa testimoni Nutriferon :








0 comment... add one now