Dari FB Page Ibu Rose - Mesejnya Kasih
REZEKI YANG TAK NAMPAK
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera sayang semua,
Pagi ini mari kita memanjatkan syukur diatas segala rezeki yang nyata dan tidak nyata yang kita terima selama hari ini.
Rezeki yang nyata memang kita nampak. Namun rezeki yang tidak nyata memerlukan kita lebih peka dan bersyukur kepada sesuatu yang mungkin nampak remeh.
Contoh, anak-anak yang aktif, suka bermain dan bertanya, itu adalah rezeki yang tidak nampak. Kerana bila-bila masa sahaja itu boleh bertukar dan nauzubillah, kita akan azab jika ianya bertukar. Tidak dapat hendak dibayangkan jika anak yang aktif atau terlalu banyak akal itu jatuh sakit dan tidak bermaya untuk melakukan sesuatu, walaupun setapak berjalan.
Lagi satu rezeki yang tidak nampak adalah masalah yang kita hadapi setiap hari besar mahu pun kecil.
Tanpa masalah-masalah itu, kita tidak akan menjadi lebih baik dari semalam.
Contoh, jika anak-anak jatuh sakit dan kita tidak dapat tidur dan berehat langsung; tanpa kita sedar, kita diberi suatu kesabaran yang luar biasa dan kuasa yang sangat hebat sehinggakan, kita tetap boleh berfungsi dengan baik.
Malah, kita juga menjadi lebih rapat kepada Allah, kerana kepadaNya sahajalah tempat untuk kita menangis, meminta dan berdoa agar anak kita yang amat kita ksihi itu sihat kembali.
Fikir-fikirkanlah, dari mana datang segala kekuatan menyelesaikan masalah itu. Itu juga rezeki. Dan dariNyalah ia datang.
Jaga hati kita, jangan izinkan terbit dengki yang menjadi punca caci dan maki dan menghukum orang lain itu bertapak di hati itu. Bila hati kita bersih, kita nampak rezeki-rezeki Allah itu.
Bila hati kita nampak rezeki-rezeki itu semua, kita menjadi lebih berlapang dada mendidik anak-anak kita.
Cubalah buat perkara ini bagi yang belum biasa, nanti sayang akan merasakan kelainan yang sangat nikmat.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kita tak sedar tu kan? Kadang kala kita lupa yang rezeki datang dalam pelbagai bentuk bukan dalam bentuk kewangan semata-mata. Memang anak-anak zaman sekarang lasak dan aktif tak kira lelaki ataupun perempuan kerana saya pernah lihat gegurl yang sama lasaknya macam boboi kuasa 3 saya. Boleh tahan bebudak sekarang ni, kenapa dorang aktif semacam tak tahu nak cakap pemakanan mungkin? persekitaran? ntah la, yang pasti kita ibu bapa kena lah bersabar dengan perangai dorang. Zaman sekarang ni apabila bebudak melasak tetiba anak kita tak melasak macam dorang kita kenalah alert. Tak melasak sebab memang behave alhamdulillah tapi kalau senyap tak melasak sebab benda lain itu yang kita tak nak. Kalau melasak sangat pun kena juga perhati, melasak normal atau melasak tak normal.
Pening dah? hahaha melasak susah tak melasak susah, memangla sapa kata jadi mak ayah senang.Kalau nampak ada anak orang tengah mengamuk dekat shopping mall janganlah judge mak ayah dia tak tahu jaga anak. KIta tak tahu apa yang berlaku. Pernah kembar buat perangai dekat shopping mall, terpaksa la tebalkan muka biar dia melalak sebab kalau ikutkan kehendak dia lain kali dia tahu dah kalau buat perangai mesti dapat.
Dorang ni bijak tau memanipulasi mak ayah dorang.Pernah juga biarkan dorang melalak sampai ada orang lain tolong pujukkan, malu memang malu tapi terpaksa tegas kalau tidak habislah jadi senjata la airmata tu. Ada satu ayat ni (tak ingat baca dekat mana) memang pegang apabila dorang ni buat perangai " tantrum no fun when nobody watch " jadi kenalah biarkan dia mengamuk puas-puas dulu. Sekarang ni sebagai perisai tak nak bagi dorang mengamuk time berjalan bagi makan kenyang-kenyang, berjalan sebelum dorang penat main dekat rumah, cuba elak lalu tempat yang selalu jadi punca dorang mengamuk contohnya tempat permainan, sebelum berjalan dalam kereta minta dorang janji yang dorang akan behave dan yang paling penting mak ayah sebelum keluar doa dekat Allah supaya dikurniakan kesabaran dan tenangkan hati supaya outing hari tersebut menyeronokkan, minta pada Allah supaya anak-anak behave supaya dorang enjoy outing hari tu dan menjadi kenangan indah dorang.
Memang hari-hari kena doa mintak kesabaran dan ketenangan hati kalau tidak manjang jadi hijau jer baru betul mak ko hijau. Makan B Complex ngan Omega-3 pun kadang kala tak jalan hahaha itu kalau dah extreme sangat la tu. Biasalah ada masa-masa kalau datang angin keras kepala masing-masing, cakap apa pun tak jalan. Urut dada jer lah.
Ada banyak tips & tricks kalau kita rajin mencari dan belajar. Parenting ni never ending ilmu dia sebab anak-anak berbeza setiap zaman. Jangan jemu cari ilmu yer.
#cintaturbo22