Pernah tak rasa macam nak ada magic like Sabrina The Teenage Witch, kenyit mata jer siap. Kalau ada magic macam tu best giler time malas nak masuk dapur. Ai suka masak, kalau dapat resepi baru memang mengedik nak try tetapi kadang kala datang gak malasnya tu.
Apabila kemalasan menyerang yang masuk dapur pun malas, masa tu mula lah fikir apa yang paling senang nak masak. Kali ini yang terlintas kat kepala daging black pepper tapi kita campak sekali segala sayur yang ada so tak yah masak sayur. I dish semua benda ada protein, vitamin dan serat. Kebetulan daging memang dah keluarkan tuk defrost so kita gunakan apa yang ada. Rancangan awal nak masak kari daging sekarang kita tukar jadi masak ikut suka hati.
Resepi Daging Black Pepper Suka Hati
500 gram daging (nak senang beli daging batang pinang sebab lembut jadi masa masak pun tak lama)
*1 biji bawang besar
*3 biji bawang kecik
*4 biji bawang putih (sorry saya memang suka bawang putih sebab khasiatnya, kalau nak kurangkan silakan)
*1/2 inci halia
Black pepper (yg ini kena ikut citarasa korang, mcm saya suka pedas memang letak lebih la)
2 sudu sos tiram
Kicap
Garam secukup rasa
Bahan yang bertanda * sila blender.
Sayur yang hendak dimasuk sekali (ikut citarasa korang) :
Lobak Merah
Bak Choy
Daun Bawang
Kucai
Cara Masak:
1. Tumis bahan blender tadi sampai naik bau.
2. Masukkan daging dan biarkan. Daging basuh dengan tepung yer untuk hilangkan bau hamis. Nanti air daging akan keluar biarkan jer, kalau guna daging selain batang pinang sila tambah air sedikit bila air daging dah mula keluar atas tujuan nak kasi daging empuk. Ada orang rebus dulu tapi saya tak buat macam tu sebab air daging itu akan jadikan kuah lagi sedap.
3. Daging sudah mula empuk, kuah pun sudah mula pekat masukkan sos tiram dan kicap.
4. Okay, masa ini boleh la masukkan sayur yang keras macam lobak merah.
5. Daging dah empuk, kuah dah pekat, letak garam secukup rasa kacau bagi rata kemudian masukkan sayur-sayuran yang lain.
6. Kacau rata tapi jangan lama sangat sebab sayur berdaun kalau layu sangat nanti hilang khasiat.
7. Sila rasa untuk pastikan kesedapan mengikut citarasa anda.
8. Tutup api dah siap leh makan.
Yeay dah siap masak, leh buat kerja lain. Selamat menjamu selera.