Kanser Musuh Dalam Selimut.


Kanser penyakit yang semakin lama semakin kerap kita dengar. Jika dulu sangat susah nak dengar penyakit kanser ni, antara penyakit yang digeruni dan ditakuti. Kimoterapi, radioterapi dulu hanya sering kita dengar didalam drama-drama atau novel-novel. Tetapi sekarang semakin kerap didengar semakin ramai yang menghadapinya. Kegerunan mendengar perkataan kanser itu sendiri semakin lama semakin hilang dek biasanya dengar walaupun penyakit itu sangatlah bahaya dan masih belum berjumpa penawarnya.

Mengapa penyakit ini makin menular pada hari ini? Walaupun pelbagai kajian telah dibuat kenapa masih belum berjumpa dengan penawarnya. Kanser ini merupakan pembunuh senyap, tanpa amaran dia datang menyerang dan kesan serangannya amatlah menakutkan. Seorang yang sihat walafiat tiba-tiba jatuh sakit, sakit yang pada mulanya ingatkan sakit yang biasa sahaja tetapi makin lama tidak sembuh-sembuh. Apabila pemeriksaan lanjut yang lebih teliti dijalankan barulah berjumpa punca mengapa sakit yang dihadapi tidak mahu sembuh. Ianya KANSER dan sudah sampai ke peringkat yang sukar diubati. Hancur luluh kan hati.

Mari kita cuba fahami KANSER ni, semua info didalam entri ini saya ambil daripada buku Family Health Modern Diseases By Dr. Bruce Miller. Dalam buku ni Dr. Bruce Miller menekan tentang PENCEGAHAN bagi mengelakkan penyakit-penyakit kronik. Kanser juga pada pendapat beliau boleh dicegah jika betul caranya, sekurangnya kita mengurangkan peratus kanser itu menyerang.

Sel kanser ini berlainan dengan sel normal. Macam yang kita belajar dalam kelas sains dekat sekolah dulu sel akan membahagi untuk berkembang kan, sel kanser ini pun sama jugak tetapi mereka membahagikan diri mereka dengan sangat cepat untuk menghasilkan lebih banyak sel-sel abnormal. Kemudian sel-sel abnormal ini akan memusnah dan merosakkan sel-sel yang normal. Bahaya kan.



Dr. Bruce Miller ada terangkan bagaimana kanser ini bermula dengan gunakan teori "two hits". 2 fasa kerosakkan pada sel perlu berlaku sebelum sel tersebut menjadi sel kanser. Namun jika semasa fasa tersebut sistem imun kita bertindak dengan bagus kemungkinan besar kita akan selamat. Ok, teori Two Hits ini ada 2 pelakon utama iaitu Initiator dan Promoter. Dalam sel kita ada nukleas yang bertindak sebagai pusat pengumpulan data dan data ini kita panggil DNA. JIka berlaku kerosakan semasa pembahagian sel ini dan merosak data, ia boleh membentuk sel yang mempunyai data yang rosak. Sel yang rosak inilah kemungkinan menjadi sel kanser.

Initiator = selalunya radikal bebas yang terhasil daripada radiasi, merokok dan bahan kimia yang lain.

Radikal bebas ini adalah sel yang tidak cukup pasangan ionnya dan bertindak merosakkan sel yang lain. Ibarat budak jahat la radikal bebas.



Teori Two Hits :

1. Initiator bertindak merosakkan data didalam sel.

2. Semasa fasa ini sel kanser masih belum terbentuk tetapi sel yang mempunyai data yang rosak sudah ada.

3. Kemudian datang pulak Promoter untuk menambah kerosakkan pada data yang dah rosak tadi.

4. Semasa fasa ini kemungkinan besar sel kanser akan terbentuk.

Promoter ni Dr.Bruce tak cerita lak apa puncanya. Hehehe.

Sepanjang kita hidup ni mungkin dah banyak kali sel kanser terbentuk tak pun sel dengan data yang rosak terbentuk tetapi sistem pertahanan badan kita bertindak untuk hapuskan sel-sel tersebut sebab itulah kita kena jaga sistem pertahanan kita. Kita sadokan tentera imun badan yang Allah bagi ni supaya bukan sahaja dapat melawan penyakit dari luar tetapi daripada dalam. Musuh dalam selimut macam Kanser ni lagi bahaya tau.

Kanser memang kadang kala susah nak detect tetapi para bijak pandai ada buat kesimpulan 7 tanda-tanda amaran awal untuk penyakit kanser :

1. Sakit yang tidak sembuh-sembuh. Kalau korang sakit tapi lama sangat tak ok jugak walaupun dah makan ubat silalah jumpa doktor balik.

2. Berlaku pendarahan atau discharge yang tak normal.

3. Ada tahi lalat atau ketuat yang lain macam. Contohnya tahi lalat tu membesar ker, ketuat tu lain macam jer sakitnya ker.

4. Aktiviti atau rutin tandas korang ada kelainan, macam ada rasa sakit ker ada darah ker. Sebarang yang lain daripada biasa lah.

5. Batuk atau sakit tekak yang berlarutan.

6. Ada rasa lump atau benjolan pada payudara ataupun bahagian lain.

7. Masalah kehadaman yang berlarutan atau kesukaran menelan makanan.

Nampak macam biasa je kan, kebanyakkan penyakit pun ada tanda amaran yang sama tetapi tak salah untuk lebih berhati-hati kan. Kalau berlaku jumpa doktor korang balik bincang elok-elok minta dia buat pemeriksaan lebih lanjut dan teliti.

Menurut Dr.Bruce Miller ada 210 jenis penyakit yang dianggap sebagai kanser kemudian dibahagikan kepada 3 jenis :

1. Carcinomas
~ Berkaitan dengan sebahagian besar badan kita antaranya kulit, usus, payu dara, hati dan salur penafasan. Ini antara kanser yang biasa wujud dalam kehidupan kita.

2. Sarcomas
~ Kanser jenis ini selalunya berkaitan dengan otot atau saraf.

3. Leukemias
~ Berkaitan dengan sel darah.

Banyakkan 210 jenis penyakit yang semuanya adalah kanser. Jadi kena lebih alert dan jaga kesihatan.

Antara faktor penyebab berkaitan kanser yang kebanyakkan orang hadapi :

1. Merokok (tak kira la apa pun rokok, rokok daun, curut etc).
2. Kunyah tembakau kalau orang dulu-dulu panggil songel.
3. Diet yang tinggi lemak.
4. Berat badan berlebihan.
5. Diet yang rendah fiber.
6. Alkohol yang berlebihan.
7. Kekurangan nutrien (kurang sesetengah vitamin atau mineral).
8. Terdedah pada persekitaran atau bekerja dalam bidang yang mengandungi bahan penyebab kanser (air, udara dan makanan.).
9. Terlalu terdedah pada matahari.
10. Terlalu banyak terdedah pada radiasi.
11. Sejarah keluarga.
12. Kulit yang sangat cerah (kanser kulit).
13. Umur lebih 50.
14. Terlampau banyak stress.

Kalau kita lihat senarai tu kan, perasan tak kebanyakkan benda yang didalam kawalan kita. Jadi maknanya kalau kita mampu mengawal faktor ini dan mengubah diet serta gaya hidup kita, kemungkinan mendapat kanser dapat dikurangkan.

The American Institute of Cancer Research ada laporkan :

" A growing body of scientific evidence clearly shows that most cancers can be prevented not through medical breakthrough but simply the way we live."
Contohnya merokok, kita dah tahu ia menyebabkan kanser paru-paru jadi kita stop ataupun jangan hisap langsung, Itu dah mengurangkan peratus kita kena kanser paru-paru kan daripada terus hisap rokok yang menjanjikan peratusan lebih tinggi. Betul tak?

Sebab itulah ada pepatah Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat, it apply to all diseases.


Ok, stop sampai sini dulu nanti kita sambung dalam entri lain. Banyak lagi nak cerita pasal kanser ni, diet dan gaya hidup yang membantu mencegah kanser, vitamin yang boleh membantu mengawal sel-sel radikal bebas, vitamin untuk menguatkan sistem imun kita.
Nanti kita sambung yer, sudah Subuh mahu berjumpa Ilahi dulu yer.
See you next time. Ini ada beberapa video tentang kanser. Boleh tengok tuk tambah kefahaman.





2 comments.. read them below or add one

atiehilmi.com atiehilmi.com 10 Disember, 2016
penyakit makin bijak, sampai manusia pun kalah.. em.. risau dengan lifestyle orang sekarang - termasuk saya..
Ayu Zalie Ayu Zalie 10 Disember, 2016
even antibiotik pun sudah ada bakteria yang imun, inikan pula penyakit kronik. Kita kena jadi lebih bijak