Hari Terakhir 2016....Aku Menulis

.. 31.12.2016 ..
Hari terakhir tahun 2016
Sekejab jer masa berlalu, pejam celik pejam celik dah hujung tahun. Azam tahun baru haritu masing-masing dah dapat capai belum? Serius aku cakap tahun ni aku tak buat apa-apa azam, tapi tahun 2017 aku sudah ada list apa yang perlu aku cakap.

Antaranya nak perbaiki amal ibadat aku. Hidup ini sekejeb jer yang abadi syurga, tapi nak dapat syurga ingat dengan goyang kaki boleh dapat ker. Allah sayang kita tapi Allah takder lah bagi diskaun macam tu sangat goyang kaki tak beribadat terus masuk syurga, paling tidak mesti ada sesuatu yang orang tu buat melayakkan dia dapat syurga. Baiki ibadat wajin, tambah ibadat sunat dan istiqomah dalam beribadat. Insya allah boleh sebab itu adalah wajib.

Kedua, azam aku hendak jadi cantik dan sexy hahaha macam dalam cerita korea Oh My Venus apabila kita sihat dan cergas automatik kita akan jadi cantik dan sexy. Banyak sangat tengok cerita korea kau ni? Konfem ada yang cakap gitu, betul la tu. Sekarang aku tengah demam korea daripada drama, movie sampailah ke game show cuma tang group idol dorang aku tak leh masuk. Semua benda aku nampak korea nak holiday dekat korea, nak makan makanan korea, nak belajar bahasa korea nasib baik dah kahwin kalau tak aku nak bakal imam aku macam mamat korea. Tapi bukan sebarang mamat adalah mamat yang jadi referencenya hahahaha sengal tul aku ni.

Macam mana nak jadi cantik dan sexy, jaga pemakanan, turunkan berat badan sampai BMI ataupun berat yang aku rasa wajar setara dengan tinggi dah la aku ni katik jadi mana boleh bam bam nanti jadi macam pokok xmas. Exercise kena mula balik sebab stamina rasanya dah makin out. Kalau dulu boleh selamba bawak barang balik rumah tingkat 4 takder lif, sekarang ni cepat mengah baru sampai tingkat 2 dah tercungap-cungap. Cannot be like this. Usia bertambah jadi kena makin jaga kesihatan. 

Ketiga, azam aku nak jadi Ibu yang terbaik buat anak-anak aku. Kena belajar tentang parenting lebih banyak lagi. Anak-anak semuanya lelaki jadi ibu kena fikir jalan didikan yang terbaik supaya mereka membesar dengan baik dan seimbang EQ dan IQ. Membesar menjadi khalifah yang baik dan bagus, hidup berlandaskan agama.

Keempat, azam aku untuk jadi Isteri Terbaik untuk suamiku. Bukan kata sekarang tak baik just mahu jadi lebih bagus. Perkahwinan bila kebanyakkan benda dah rasa macam rutin, seri rumahtangga tu hilang dan hambar. Jadi aku mahu seri pengantin balik hahahaha masa semua benda sangat excited dan seronok. 

Kelima. azam untuk jadi Better Me. Kawalan emosi yang lebih baik, hati lebih kental dan tabah, suara hati yang lebih membina hahaha. Lebih memahami kekuatan dan kelemahan diri sendiri, part ni malas nak cerita panjang-panjang sebab panjang ceritanya.

Keenam, azam untuk jadi anak yang lebih baik pada Abah. Hanya tinggal abah untuk aku dan adik beradik yang lain, kena jaga abah baik-bak. Aku akan cuba lebih kerap balik kampung, lebih kerap telefon abah bertanya khabar dan boleh supply Vivix pada abah setiap bulan. 

Cukup la tu, banyak lagi tapi biasa la rahsia hahaha. 
Jadi Selamat Menyambut Tahun Baru. Hadapi tahun baru dengan lebih semangat dan gemilang.
Kalau takder apa azam pun berusaha la untuk jadi lebih baik daripada tahun sebelumnya. Okay!




Hari Terakhir 2016....Aku Menulis

0 comment... add one now