Sayur Vs Vitamin? Mana lagi sedap...

Asal makan sayur jer sihat, asal sihat jer makan sayur
Dulu boleh la cakap gitu, nak sihat makan sayur.
Skang ni pun sama gak cakap nak sihat makan sayurvtapi kena tengok sayur tu macam mana.
Sebab apa cakap macam tu? Sayur dah tak selamat dimakan ker?

Dulu sayur mana ada racun serangga, skang ni sayur bukan setakat racun serangga siap ada yg GMO lagi.
Ko rasa mana lebih elok dulu or skang.
Nutrisi tanah lum kira lagi sebab nak penuhi demand makanan yang tinggi proses tumbesaran dipercepatkan.
Production sayur memang akan tip top sbb memenuhi demand tapi akhirnya akan bagi kesan pada badan.
So nak tak nak kena la buat mcm2 sebelum makan sayur tu.
Basuh dengan segala benda yang boleh hilangkan racun, for shaklee lovers of coz la pakai Basic H (ai takmo dengar korang punya issue about using Basic H to wash veggies, kita bincang dekat post lain).
Tapi nasib baik la sekarang ni ada petani modern yang tanam sayur secara organik, jadi tiada bahan kimia dan racun serangga. Jadi sayur tu at least selamat drpd racun namun tang harga la pulak, a bit pricey tapi kadang-kadang tak sedar pun beza harga tu sebab barang basah lain pun sama mahal. Berlubang jugak poket dibuatnya. Haih kos sara hidup makin tinggi.

Jadi bagi yang mampu silalah 'organik'kan barang-barang dapur anda, mana yang biasa2 jer kita cuba 'organik'kan mana yang boleh.

Satu lagi soalan cepu mas yang selalu ditanya, ambil supplemen tak yah makan sayur ker?
Soalan ni boleh jadi makna yang berbeza kalau ditanya oleh 2 org yang punyai niat yang berbeza.

1. Niatnya untuk bertanya sebab nak tahu or curious.

Jawapannya : Masih perlu makan sayur, masih perlu makan real food walaupun makan supplemen. Sapa yang ajar kata makan supplemen tak yah makan real food? sesat sungguh. Kena faham fungsi supplemen iaitu untuk membantu badan kita dapat nutrien yang cukup dan lengkap untuk fungsi badan seharian bukan untuk ganti fungsi real food dalam hidup kita. Bagi orang yang sibuk, tiada masa untuk masak sendiri sampaikan masa tuk tido pun tak ada. Option makanan ada lah take out food kadang2 fast food mana yang sempat. Badan tak dapat nutrien yang sepatutnya dengan kehidupan yang sibuk macam tu korang rasa berapa lama badan tu dapat bertahan. Jadi supplemen adalah bantuan untuk badan dapatkan nutrien untuk pastikan kesihatan sentiasa terjaga. Nasihat untuk mereka yg sibuk cenggini, beli take out food yang berkhasiat. Sekarang ni berlambak makanan sihat yang dijual siap ada delivery lagi jadi takde alasan sebab sibuk kena makan fast food jer. Kalu makan dekat luar pun pilih la makanan yang seimbang, sayangi badan anda. Semua bijak pandai kan so tak perlu ajar benda ni.

2. Niat nak condem sebab tak percayakan supplemen.

Orang yang ada niat macam ni, sila ambil sayur dan buah-buahan organik yang segar supaya khasiat yang korang dapat tu mencukupi. Proses untuk membawa masuk sayur-sayuran dan buah-buahan daripada ladang ke tempat menjual pun dah mengurangkan nutrisi kerana mestilah pembekal ada letak sumthing tuk pastikan buah dan sayur segar. Tu belum kira racun serangga lagi tu, pastu yang GMO lagi tu. Bila dah beli proses nak masak pulak, nutrisi dalam sayur cukup senang hilang bila kena haba. Kalau masak tu sampai sayur layu bebebo, khasiat apa jer yang tinggal, serat? VItamin mcm mana? Tak tahu berapa percent yang tinggal.

Kitorang tak pernah cakap, kalau dah makan supplemen takyah makan real food dah. Kalau ada yang cakp macam tu ngan korang meh sini bagitau, aku sekolahkan dia skit. 
Baca sini molek ya, Allah ciptakan pelbagai tumbuhan dan haiwan didalam dunia ni untuk menjadi makanan kita disamping fungsi yang lain. Itu adalah antara nikmat yang Allah bagi kepada kita untuk menikmati hidup sementara ni. Ilmu dan ilham yang Allah bagi pada orang bijak pandai untuk cipta supplemen juga adalah nikmat sebab Allah hendak manusia berkembang dan bertamaduan serta mampu menyelesaikan masalah yang wujud dengan akal yang diberi.

Kalau ada yang kata makan supplemen tak yah makan real food lagi, meh nak tanya lepas makan supplemen tu kenyang ker? puas tak? ada rasa nikmat hidup tak? tak terliur ker tengok nasi lemak, asam pedas, steak, sambal daun kayu, ulam-ulaman etc.

Mana yang tak nak makan supplemen pulak. Real food yang ambil setiap hari tu selamat tak? cukup nutrien tak? anak-anak makan sayur ngan buah tak? tumbesaran anak-anak ok tak? 
Jangan terlalu taksub sesuatu sampai keluarkan dakyah yang bukan2. Mesti ada yang ingat ai hardcore Shaklee, I am Shaklee Lover tapi still makan real food (giler lepaskan peluang makan nasi lemak or steak sementara Allah masih bagi nikmat makan ni), still makan madu, still makan habatus sauda, still guna virgin olive oil, still makan chia seed chia chia chia.

Cuma i lebih percaya Shaklee drpd brand lain tu jer, tapi tak bermakna i tolak brand lain.
Ada faham?




1 comment... add one now

atiehilmi.com atiehilmi.com 21 Disember, 2016
saya makan sayur dalam masa yang sama tetap ambil vitamin untuk lengkapkan nutrisi harian.. hee~ kadang main makan jek tak tau la cukup ke tak jumlah sayur yang saya makan tu..