Balik Kampung Oh Oh Balik Kampung


Sebut kampung halaman rasa mesra, gembira, nostalgia datang membuatkan kita tersenyum sendiri. Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula kampung halaman. Tempat membesar dan tempat kita belajar mengenal dunia. Seronok kan mengenang zaman kanak-kanak dahulu.

Dulu semasa duduk diasrama, mengira hari bilakah outing yang boleh balik kampung, jika outing biasa kengkawan yang duduk dekat sudah tentu ambil kesempatan balik rumah walaupun sekejab, kemudian balik asrama dengan bekalan dari rumah. Kami yang duduk jauh ni tumpang pandang jer la kalau kawan tu baik hati dijamunya kami sekali.

Apabila duduk di uni juga begitu, jika ada masa pasti balik kampung dan yang paling mengembirakan jika tekak terasa ingin makan sesuatu sampai dirumah masakan tersebut sudah ada bagaikan tahu-tahu jer. Terasa amat gembira sangat-sangat dapat merasa air tangan ummi bila balik kampung dan abah ambil distesen bas setiap kali balik kampung. Sampai masa untuk pulang ke asrama, rasa macam tersagat-sagat hati. 

Penat belajar sampai waktu untuk bekerja dan mencari duit sendiri. Masalah graduan susah mencari kerja dari dahulu sampai sekarang masih sama, kebanyakkan pemohonan tidak berjaya kerana tiada pengalaman. Akhirnya kerana tidak mahu menyusahkan ummi abah dikampung sambil tanam anggur nekad untuk bekerja apa sahaja walaupun promoter. Terasa susah sangat cari duit ketika itu, kerja penat gaji kecil, makan pakai tercatu, duit sewa rumah lagi, nasib baik pergi kerja jalan kaki sahaja tetapi terasa ralat kerana tidak dapat beri ummi abah duit setiap bulan. Sampai satu masa terasa diri sudah tidak tahan dan mengadu pada ummi, kata-kata ummi yang tidak akan lupa " sudah tu, berhenti kerja balik kampung. Ummi Abah mampu jaga kau lagi ".

Sedihnya hati, nekad berhenti balik kampung. Namun rezeki tidak salah alamat kerana 2 bulan menganggur dapat tawaran kerja yang memuaskan hati. Bermulalah perjalanan dunia pekerjaan. Kerja penat tetapi dek sebab minat dan gembira, kepenatan tidak terasa. Paling mengembirakan kerana boleh beri duit pada ummi abah setiap bulan. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun hidup diteruskan seperti biasa. 

Ummi abah sudah bertambah umur, abah sudah pencen dah penyakit sudah mula bertanya khabar begitu juga ummi. Ummi dan abah mereka tidak takut untuk mencuba produk kesihatan tetapi anaknya yang risau jika mereka tersalah ambil produk kesihatan yang tidak selamat. Satu ketika abah serasi dengan produk kesihatan jenama M, bulan-bulan pasti masukkan duit untuk abah konsisten ambil. 

Tidak lama kemudian anaknya pula menjual produk kesihatan jenama S yang mempunyai Landmark Study dan juga ujian klinikal bagi produk-produknya. Malahan diperbuat daripada bahan semulajadi yang selamat daripada sebarang racun atau bahan merbahaya. Membantu si anak menempuhi dunia keibuan kerana sudah jatuh cinta pada produk tersebut si anak mahu berkongsi kebaikan dengan orang lain dengan cara berbisnes. Hajat si anak untuk memberi ummi abah ambil produk kesihatan itu dan berhenti ambil yang lain tetapi malangnya si anak ketika itu sudah berhenti kerja untuk menumpukan perhatian kepada keluarganya sendiri.

Namun itu tidak mematahkan semangat si anak, berusaha menyimpan duit untuk belikan ummi abah produk S. Ummi abah mula sukakan produk S kebetulan abah mengalami masalah prostat dan darah tinggi, abah terus ambil Omega Guard, Vitamin E dan Zinc manakala Ummi pula ambil Nutriferon. Ummi dan abah konsisten ambil produk S tetapi habit lama susah juga untuk diubah iaitu suka mencuba jika ada produk kesihatan yang dikatakan bagus. Cuma bezanya kali ini kadang kala dirujuk pada si anak dahulu sebelum mula mengambilnya. Kadang kala sahaja sebab takut makan bercampur dengan produk S ada kesan sampingan.



Setiap kali balik kampung, meja didapur pasti bersusun botol-botol Omega Guard, Vitamin E, Zinc, Nutriferon daripada Shaklee. Jika si anak balik bertambah lagi koleksi kerana bawa balik yang dia makan supaya tidak tetinggal ambil supplemen walaupun balik kampung. Kadang kala bertukar dengan kakak-kakak punya sebab mereka juga sudah mula menerima produk Shaklee. Si anak masih meneruskan perjuangan berkongsi kebaikan Shaklee dan mengharapkan impiannya memberi abah Vivix setiap bulan tanpa gagal berjaya. Impian masih lagi impian, sedang berusaha menjadikan impian menjadi kenyataan. Impian untuk ummi ambil Vivix tidak tercapai kerana Allah lebih menyayangi Ummi. Patah semangat dan mengalah cukuplah sekali selepas kehilangan ummi sekarang perlu mengorak langkah dengan yakin supaya impian Vivix abah berjaya. Selepas ini balik kampung, botol Vivix pula bersusun di dapur. Insya allah.




1 comment... add one now

atiehilmi.com atiehilmi.com 16 Disember, 2016
nak pegi mana2 tetap la hangkut seme vitamin yang ade dekat atas rak.. hee~ nih kan pulak balik kampung.. memang wajib pikul weyhh..