|
Waktu tengah comel-comelan |
Walaupun drama Moon Lover Scarlet Heart:Ryeo sudah lama berakhir tetapi bahang cerita itu masih lagi hebat. Masih ramai yang cuba buat pelbagai spekulasi akhiran drama tersebut. Aik apsal aku skema sangat ayat ni, yang sebenarnya aku masih lagi rasa tidak puas hati dengan akhir drama Scarlet Heart ni. Ada patut biarkan penonton tertanya-tanya macam tu, sakit sungguh hati ini. Terasa sakit hati teramat la sangat. Kenapa!!? Sekurangnya bagi lah harapan yang Wang So dan Hae Soo hidup gembira akhirnya.
|
Sampai kesudah tak dapat bersama dengan aman... |
Kalau tengok dekat youtube masih ramai peminat yang buat video klip akhiran yang mereka rasa sesuai. Macam-macam version ada siap ada yang buat untuk musim ke-2 lagi. Kehadiran video klip ini semua sudah cukup membuktikan ramai penonton tidak boleh terima akhiran Scarlet Heart. Kenapa macam tu wey!!?
Ok la, sedikit sinopsis episode akhir Scarlet Heart: Ryeo.
Wang Jung gunakan surat daripada Maharaja terdahulu iaitu abangnya Wang Yo yang mengatakan dia boleh berkahwin dengan Hae Soo. Hae So yang sangat kecewa dengan kematian Chae Rong dan juga kecewa kerana Chae Rong mengkhianatinya sehinggakan dia meminta Wang Jung bawa dia keluar daripada istana. Wang So terkejut dengan surat tersebut dan beranggapan Hae Soo tidak akan setuju dengan perkahwinan tersebut tetapi Hae Soo mengatakan dia setuju. Terkejut la Wang So, dah kenapa Hae Soo setuju sedangkan mereka saling sayang antara satu sama lain. Wang So marah teramat pada Hae Soo sebab Wang So perlukan Hae Soo dalam hidup dia. Huhuhu sedih kenapa jadi macam ni, kenapa Hae Soo senang-senang mengalah. Hae Soo tak sanggup duduk didalam istana kerana baginya Wang So semakin kejam dan dia merasa takut pada Wang So.
|
Hae Soo terima jadi isteri Wang Jung |
|
Hae Soo mengandung |
Alahai baru hendak bahagia dah jadi macam ni, kesian dorang. Hae Soo pun please la more understanding Wang So buat semuanya bersebab. Walaupun macam tu Wang So masih belum berputus asa dengan Hae Soo tetapi Maharani Yeon Hwa sangat lah jahat. Memang jahat betul tau minah tu, dia sakit hati sebab tak dapat Wang So walaupun sudah kahwin dengan Wang So. Dia suruh abangnya Wang Wook buka cerita dekat Wang So yang dia dan Hae Soo dulu pernah bercinta dan sudah bertunang. Selama ini Wang So tidak tahu pun kisah cinta Wang Wook dengan Hae Soo, dia hanya ingat mereka rapat disebabkan keluarga. Alahai naif sangat ko ni Wang So. Disebabkan kisah cinta Hae Soo dengan Wang Wook buatkan Wang So marah sangat-sangat pada Hae Soo sampai tak nak tengok muka Hae Soo lagi. Ji Mong cuba nasihatkan Wang So supaya tidak melepaskan Hae So, tetapi Wang So mengatakan Hae Soo yang lepaskan dia. Alololo sedih.
Hae Soo pergi meninggalkan istana namun Wang So tak datang pun untuk jumpa dia. Baek Ah dengan Wang Wook jer yang datang hantar. Wang Jung tunggu Hae Soo di rumahnya. Mereka berkahwin tetapi atas nama jer lah walaupun Wang Jung pun sebenarnya cintakan Hae Soo tu pasal dia minta nak kahwin dengan Hae Soo daripada abang dia dulu. Sepanjang Hae Soo dirumah Wang Jung, Wang So upah orang untuk jadi spy dan laporkan pada dia bagaimana keadaan Hae Soo disana. Wang Jung perasan dan cuba berlakon mesra dengan Hae Soo dan membuatkan Wang So marah dan tidak mahu ambil tahu lagi pasal Hae Soo. Kecewa beb, patah hati sudah sedangkan dia tak tahu yang Hae Soo masih sayangkan Wang So. Hari-hari teringatkan Wang So. Disebabkan Wang So sudah tidak mahu ambil tahu pasal Hae Soo, dia tak tahu yang Hae Soo sebenarnya sakit dan sedang mengandungkan anaknya.
|
Hae Soo lukis semua puterra tapi gambar Wang So special dari yang lin |
|
sentiasa merindui Wang So (Hae Soo sedang berangan Wasng So ada didepannya) |
Selepas melahirkan anaknya, Hae Soo semakin tenat dan selalu menghantar surat pada Wang So supaya datang berjumpa dengannya. Tetapi disebabkan salah fahan Wang So tak baca pun surat tersebut kerana Wang Jung menggunakan sampul surat dengan tulisan tangannya untuk menghantar surat pada Wang So. Wang So ingat itu surat daripada Wang Jung jadi dia tak baca pun. Kan dah menyesal. Hae Soo akhirnya pergi meninggalkan dunia yang kejam itu, Wang So yang baru tahu mengenai hal kematian Hae Soo bergegas pergi ke rumah Wang Jung. Ketika tu Wang Jung marah kerana fikirkan Wang So sudah tidak sayangkan Hae Soo sedangkan itu semua salah faham. Baek Ah jadi orang tengah antara dua beradik tersebut. Owh my poor Baek Ah (sekarang suka tengok dia berlakon dalam Weightlifting Fairy Kim Bok Jo - ops iklan).
Ini gambar-gambar daripada last episode, ai screen shot untuk you guys.
|
Jeles tengok kemesraan Hae Soo dgn Wang Jung |
|
Sakit hati sampai dah tak nak amek tahu pasal Hae Soo |
|
Hae Soo makin tenat |
Wang So bawa abu Hae Soo ke tempat yang Hae Soo suka. Beberapa tahun berlalu, Wang So menjadi Maharaja yang sangat berpengaruh tetapi pada masa yang sama boleh tahan kejamnya. Baek Ah keluar istana berkelana kerana dia masih tidak boleh lupakan Woo Hee, Ji Mong juga keluar istana. Wang Wook sakit dan keluarga masih lagi gila kuasa. Emaknya dulu yang macam slow tak gile kuasa tiba-tiba makin gila kuasa sejak berjaya jadikan Yeon Hwa sebagai Maharani. Akhirnya Wang Wook mati, selepas kematian Wang Wook sekali lagi Baek Ah keluar istana untuk berkelana tinggal lah Wang So keseorangan. Kesian my hero punya la bersusah payah untuk orang lain tetapi akhirnya keseorangan juga.
|
Wang So bawa abu Hase Soo |
Hae Soo kembali menjadi Go Ha Jin tetapi dia sudah lupa segalanya, namun dia sering bermimpi lelaki muka berparut dan setiap kali bangun dari tidur dia mesti menangis. Go Ha Jin yang tidak ingat apa-apa merasa pelik. Apsal la bangun tidur lepas mimpi tu mesti menangis. Semasa pameran barang era Gwangjong, jelmaan semula Ji Mong datang berjumpa Hae Soo/ Go Ha Jin. Kehadiran Ji Mong bagaikan kunci yang membuka minda Go Ha Jin untuk mengingat kembali Wang So dan cerita mereka. Go Ha Jin ingat kembali dan menangis kerana sedar yang Wang So keseorangan. Tu la ikut sangat kata hati kan dah menyesal, kesian Wang So sorang-sorang. Ada Maharani tetapi jahat pastu dia tak cintakan Yeon Hwa pun. Ada putera pun semuanya dia rasa macam akan tikan dia dari belakang. Wang So jadi Maharaja sebab nak baiki keadaan tetapi memakan diri sendiri kerana kehilangan semua orang yang dia sayang. Sangat tidak adil. Kesian Wang So, kesian Hae Soo, Kesian Baek Ah.
Dengan pengakhiran macam tu mana tak ramai yang meroyan (termasuk la aku). Dapat special episode tunjuk dorang happy in the future pun cukup la, itu pun tak leh bagi. Sedihhhh tauu.
|
Surat Hae Soo tapi Wang Jung letak dalam sampul buatkan Wang So tak nak baca. |
|
Hae Soo Jr. dah lahir |
|
Tengok berapa banyak surat Hae Soo hantar |
|
Hae Soo makin tenat |
|
Bye Bye Hae Soo |
|
Wang So baca surat Hae Soo tapi dah terlambat |
|
Comelkan Hae Soo Jr. |
|
Hae Soo/ Go Ha Jin selalu menangis selepas bermimpi lelaki bertopeng. |
|
Go Ha Jin berjumpa Ji Mung |
|
Go Ha Jin sudah ingat kembali |
|
Bersendirian akhirnya |
|
Semasa Bahagia |