Follow Up Customer..Perlu Ker?


Takde apa yg mengembirakan seller melainkan feedback positive drpd buyer. Setiap kali follow up buyer berdebar2 tau takut buyer tak puas hati segala bagai. Dalam kepala dah siap mcm2 skrip dan jawalan ramalan kalau customer tanya pasal sekian sekian.

Jual produk kesihatan bukan macam jual pakaian sbb u need to have product knowledge. Jual pakaian kena tahu pasal material, pasal material behaviour, turun kaler tak turun kaler,hypoallergenic ke tak. Produk kesihatan pun mcm tu juga tapi kena lebih details sbb melibatkan kesihatan seseorg. Kami tak sebarangan suggest produk pada seseorg, kadang kala customer nak lain tapi kami suggest lain sebab itu yg lebih sesuai.

Pernah juga ada prospek mahukan produk lain tetapi saya suggest yg lain malahan harga lebih murah kerana apa yg dia nak tak sesuai dengan sebab dia nak ambil supplemen. Disebabkan atas humanity saya suggest yg lain kalau sbb duit lama dah saya sapu bersih tak kisah la sesuai ke tak.

Tuk seller2 diluar sana, silalah berniaga dengan etika, jgn aniaya orang, jaga market jgn jual brg pikir tekak sendiri jer, jaga customer, layan prospek dgn baik, jgn sesekali layan prospek dgn sombong mentang ramai2 yg carik awak so awak boleh nak berlagak. Untuk buyer yg over acting, kita ajar dia dgn cara halus dan berhemat.

Tuk buyer pulak sila hormati seller walaupun kami tahu korang yg membeli brg kami tapi jgn berlagak mcm rezeki kami korang yg pegang. Tanya elok2, respond elok, cuba fahami seller kalau dia dh terangkan kenapa dan sebab tuk sekian sekian masalah cuba fahami. Tapi kalau ada seller yg kurang ajar, sila lah bertindak mengikut kesesuai.

Tuk buyer Shaklee sila carik SID Shaklee yg boleh guide korang sebaiknya bukan yg boleh bg harga murah tapi haram nak guide korang tak pandai sampai korang kena carik SID lain. Kalau SID tu nak layan rezeki korang, kalau dia tak nak layan jgn marah dorang sbb consultation tu la value added dorang.

Tuk SID Shaklee jaga market, jgn suka2 hati jual uncut price, harga ahli, tak bg consultation, jual dekat e-commerce site tu suma akan menyusahkan hidup korang nanti. Tindakan undang2 mungkin terjadi. Tak kira la apa rank korang, berniaga lah dengan jujur dan etika jaga market. Lagi tinggi rank patutnya lagi bijak bukannya jadi pembuli kami yg ikan bilis ni sebab lagi tinggi rank maknanya sudah ramai org kenal. Ikan bilis semua jgn suka2 jual harga tak masuk akal semata2 nak dapatkan sale sampai memalukan upline korang.

Haih dr xder idea nak membebel, panjang pulak membebel. Ok la bye.
Follow Up Customer..Perlu Ker?

1 comment... add one now

atiehilmi.com atiehilmi.com 29 Disember, 2016
hee~ kena la follow up.. dah tu cane nak lock hati customer.. kan ? tapi ade jek customer buat dek jek bila kita mintak feedback.. hahaha~ itu memang sentap..