Bagaimana Diet serta Gaya Hidup Untuk Mencegah Kanser?


Kanser gerun tak dengar, gerun kan. Siapa yang hendak kena kanser kan? Tu sajer menempah maut namanya kalau ada impian nak kena kanser. Statistik pesakit kanser semakin bertambah tahun dema tahun dan penawar kanser masih lagi belum jumpa. Jadi takkan kita nak peluk tubuh jer tunggu kita kena kanser. Kena buat sesuatu korang jangan leka. Kalau ikut Dr. Bruce Miller, kanser boleh dicegah jika kita menjaga diet dan hidup yang sihat. memang tidak menjanjikan kita tidak akan kena kanser tetapi mengurangkan peratusan kita termasuk dalam golongan yang berisiko tinggi.

Jemput Baca : Kanser Musuh Dalam Selimut 

Dr. Bruce mencadangkan supaya kita menghadkan makanan dibawah untuk mengurangkan risiko kander. Bukannya makanan dibawah ni penyebab kanser, jangan salah faham cuma kalau ada pesakit kanser dan apabila mereka buat kaji selidik makanan ini pasti ada didalam diet dorang. 

1. Elakkan atau hadkan pengambilan daging merah lebih dari 80 gram sehari. Kalau suka sangat daging cuba jadikan ia sebagai rencah masakan atau side dish daripada ia menjadi hidangan utama.
2. Kulit ayam. Cuba tukar ayam organik yang tidak disuntik dengan antibiotik atau ubat cepat besar.
3. Organ dalaman macam jantung, hati, otak etc.
4. Produk tenusu yang tinggi lemak.
5. Makanan tinggi lemak tepu. Lemak tepu haiwan boleh menyebabkan kanser payudara dan kanser ovari.
6. Kurangkan atau elakkan makanan (ayam atau ikan) bergoreng, gril, BBQ, smoked. Elakkan makanan yang berminyak dan dibakar (bakar guna api atau arang) tapi kalau bakar guna Oven boleh consider selamat.
7. Makanan yang ada perasa, pewarna dan bahan pengawet makan ikan masin, cencaluk, belacan, jeruk, asam, makanan yang diawet, makanan dalam tin dan makanan yang diproses. - wah mencabar yang ni.
8. Kurangkan penggambilan garam, kicap dan MSG. Berhati-hati dengan garam yang tersembunyi dalam makanan. Gunakan herba atau rempah untuk menjadi perasa masakan. - contohnya? ai pun tak tahu nak suggest apa. Nanti kalau ada ai update yer.
9. Pemanis tiruan seperti saccharin dan cyclamates.
10. Jangan makan makanan yang sudah tercemar dengan kulat. 
11. Jauhi gula. Kanser sangat suka gula, jika kurangkan gula kita akan perlahankan perkembangan sel kanser tersebut.
12. Minyak masak, marjerin dan produk yang berasaskan minyak yang ada asid lemak trans.

Cuba tengok senarai tu, hahaha nak makan apa ni abis tu semua tak boleh makan. Stress pulak rasanya.

Jemput baca : Tingkatkan Imunisasi Badan Secara Semulajadi

Ini cadangan Dr. Bruce untuk gantikan makanan yang tak boleh makan diatas. Huhuhu sedihnya tapi tak per nak sihat kan. 



1. Ayam yang telah dbuang kulit.
2. Makan banyak sayur makaca brokoli, kobis bunga, bok choy, kobis dan brussel sprout. Makan secara mentah atau stim supaya khasiat mereka yang melawan kanser terpelihara.
3. Makan sekurang-kurangnya 3 hidangan ikan laut dalam macam tuna, salmon, mackerel, kod dan halibut kerana ia ada Omega-3.
4. Dapatkan fiber yang cukup daripada buah, sayur, kekacang dan bijirin.
5. Selalu makan produk soya macam tauhu, miso, tempe.
6. Beli makanan organic.
7. Selalulah makan cendawan Jepun contohnya shitake dan maikate.
8. Pelbagaikan dan banyakkan makan sayur segar, buah, bijirin, kekacang daripada makanan yang diproses dan refined carbohydrates. Makan makanan yang hampir dengan sifat semulajadinya kerana ia mengandungi phhtochemicals yang bertindak sebagai anti oksidan seperti carotenoids dan flavonoids yang melindungi sel daripada rosak dan menghalang perkembangan kanser.
9. Banyakkan ambil  sayuran bebawang seperti bawang putih, bawang merah, leeks dan bawang besar.
10. Banyakkan minum air bersih iaitu air yang bertapis atau mineral. Air paip selalu banyak bahan tercemar.
11. Sentiasa makan tetapi hidangan yang kecil untuk menstabilkan paras sugar dalam darah dan mengurangkan insulin rushes.
12. Jangan makan makanan yang akan rosak atau sudah tumbuh tunas. 
13. Ambil spirulina kerana ia mengadungi 65 peratus protein sayur dan kesemua spektrum vitamin kecuali vitamin C, ada mineral, phytonutrient, antioksidan dan klorofil yang membantu meningkatkan imun badan melawan kanser.
14. Kurangkan minuman yang bergula dan yang tinggi kandungan gula.
15. Ambil snek yang sihat, kurangkan yang tinggi kandungan garam, gula dan lemak.
16. Kurangkan makan luar dan pilih dengan bijak.

Ok settle bab pemakanan yang boleh kita ubah untuk cegah kanser. Skang ni kita masuk bab gaya hidup pulak sebab kanser jugak boleh disebabkan faktor luaran. Apabila sistem imun kita lemah, penyakit senang dapat dan masa tu sel-sel yang abnormal pun mungkin akan terbentuk. Tu la pasal Dr.Bruce suruh kita kuatkan sistem imun badan. Macam pemakanan yang dia listed itu semuakan akan membuatkan sistem imun kita kuat sebab cukup nutrien serta mineral dan kurang unsur yang merosakkan badan. Begitu juga dengan gaya hidup, kalau merokok sah sah la paru-paru rosak, satu lagi kalau stress. Stress walaupun nampak more to masalah mental tapi kesan pada badan kita besar tau, sistem imun boleh lumpuh sebab stress. 

Ok, saya list down cadangan Dr. Bruce untuk gaya hidup yang boleh kita buat bagi mencegah kanser.

1. Hidup kena gembira. Stress, resah, kemurungan, letih dan yang sewaktu dengannya akan membuatkan sistem imun badan lemah. Kena belajar kawal stress dan rilek.
2. Kurangkan terdedah pada unsur-unsur carconogens macam asap kilang, kereta, lori, bus, daripada pembersih rumah, kosmetik berasaskan kimia,flurida dalam air dan ubat gigi,plastik, pestisid dan macam-macam lagi la. Kalau nk senaraikan panjang jadinya.
3.Jangan panaskan makanan menggunaka bekas plastik.
4. Radiasi menyebabkan kanser, kurangkan terdedah pada X-ray.
5. Jangan minum arak.
6. Jangan hisap rokok atau pun jadi 2nd hand smoker.
7. Selalu bersenam dan pastikan kalau boleh 30 minit setiap sesi,
    Senaman yang konsisten membuat :
    a. Menurunkan paras estrogen perempuan. Paras estrogen yang tinggi meningkatkan 
         risiko mendapat kanser payudara.
    b. Membekalkan oksigen pada sel, sel kanser tidak boleh hidup dalam keadaan tersebut.
    c. Menstabilkan paras gula, Gula adalah makanan kanser.
    d. Membantu mempercepatkan boleh membuang bahan buangan daripada badan.
        Mengurangkan risiko kanser kolon dan rektum.
    e. Dapat mengawal stress.
    f. Bakar lemak
8. Jangan jadi terlalu emosi belajar memaafkan. 
9. Breastfeeding anak anada, kerana BF mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari
10. Jangan terlalu lama terdedah pada matahari kerana ia meningkatkan risiko kanser kulit.
11. Wanita yang diambang menopos perlu membuat pemeriksaan payudara dan jika beumur lebih daripada 50, sila buat pemeriksaan mammogram.
12. Pap smears yang mengikut jadul membantu mengesan awal kanser serviks.
13. Elakkan memakai stainless streel diddapur.
14. Elakkan bahan kimia seperti penyembur rambut, wax, cat dan racun serangga.
15. Jangan ambil ubat selain yang dipresktip oleh donotr.

Jemput baca : Anti oksidan dan kesihatan

Arghh mataku sudah penat, nanti saya sambung dalam entri yang lain tentang supplemen yang membantu menguatkan sistem imun kita. Antara cadangan Dr. Bruce adalah Vitamin C, Beta-Carotene, Vitamin E, Calcium, Zinc, EPA, serat, bawang putih, GLA, air, protein soya. Untuk herba pula Milk Thistle, teh hijau, flaxseed dan glutathione.

See you next time








0 comment... add one now