Sejak serius berbisnes, sentiasa ditekan jaga hubungan dengan Pencipta. Memang pada mula susah juga hendak buat kerana tidak biasa, selalu yang wajib saje tetapi sekarang wajib perlu dijaga plus dengan yang sunat pula. Ada juga terdetik dalam hati buat ni tak ikhlas sebab hendakkan sale atau takut nanti upline tanya tak nak menipu kata buat sebenarnya tidak. Satu hati terdetik hati, bertanya pada diri sendiri kenapa aku buat ini semua? Kenapa ramai yang buat ini semua? Kenapa banyak sangat orang menjual idea ini? Adakah kerana sales semata-mata. JIka diperhatikan mereka yang sebidang, status semuanya jadi good-good jer tetapi faham atau tidak mengapa kena buat? Atau sekadar main share atau copy paste jer? Adakah aku faham apa yang aku buat?
HIPOKRIT ! itu jawapan pada diri sendiri. Kau tak faham kenapa kau kena buat, kau tak cuba dalami maksud disebalik suruhan tu. Satu hari tak tenang fikirkan benda ni, adakah aku sudah termasuk dalam golongan yang menunggangi agama. Rasa nak meletup fikirkan benda ni. Kemudian ramai yang share pasal ujub, aduh rasa lagi beratnya bahu ni. Berkali-kali tanya diri sendiri apa tujuan aku buat semua amalan sunat ni.
Kemudian sedikit demi sedikit jawapan datang, aku perlu buat untuk diri aku sendiri bukan untuk sales semata-mata. Ini saham akhirat ku kerana belum tentu amalan wajib yang dibuat mampu menampung segala dosa yang pernah dibuat. Cuba buat master check list tu selama sehari tanpa fikirkan mengenai bisnes atau apa-apa yang berkenaan. Alhamdulillah hati lebih tenang walaupun tidak dapat penuhkan check list. Kita perlu duit untuk tidak dinafikan tetapi jangan jadikan duit sebagai tuan didalam hidup kita.
Ramai juga yang dapat miracle selepas buat master check list ini, seperti sales datang menderu-deru. So far tidak berlaku padaku cumanya hati lebih tenang dan positif. Pelikkan aturan Allah, orang lain buat yang sama ada hasil tapi ada yang tiada hasil. Sebelum hendak mintak miracle dari Allah pandang dulu diri sendiri, ada buat apa yang DIA minta? Itu semua mengajar kita erti sabar dan erti kebergantungan pada Allah. Itu yang lebih penting. Rezeki tak salah alamat. Insya allah ada tu nanti.
Sekarang aku rasa seronok dan tenang apabila dapat buat amalan sunat dan mempunyai rakan-rakan yang sentiasa ingat mengingati, lantak la apa niat dorang atau tujuan dorang jangan berburuk sangka. Baiki diri sendiri tu yang lebih penting, baiki niat sendiri tu lagi penting. Urusan rezeki aku serahkan pada Allah, namun itu tak bermakna aku hanya berserah. Perlu berusaha lebih kuat lagi kerana pasti ada sebab orang lain dapat tetapi aku belum dapat. Selagi mampu kita teruskan, semoga aku terus istiqamah. Ini untuk diriku bukan untuk orang lain.
Ya Allah kuatkan iman ku, jangan kau bolak balikkan hatiku kepada engkau sahaja aku berserah dan meminta. Permudahkan lah rezeki, permudahkan lah rezeki rakan-rakan bisnes ku. Sesungguhnya engkau yang tahu apa yang terbaik. AamiinMikraj Cinta - Dato Siti Nurhaliza :
Langit malam bercahaya
Yang terlihat limpahan sinaranNya
Takkan jemu tangisan rindu
Bagai dekat getaran panggilanMu
Pada mikraj cinta ada rahsianya
Pada mikraj cinta ada jawapannya
Pada mikraj cinta berbahasa agung kalimahNya
Tuhan tetapkanlah
Jiwa hati kami semua
Sehingga bertemuMu menatapMu
Nanti di sana
Tuhan temukanlah
Pengakhiran yang terindah
Sehingga bertemuMu
Menghadapmu di syurga
Takkan jemu tangisan rindu
Bagai dekat getaran panggilanMu
Pada mikraj cinta ada rahsianya
Pada mikraj cinta ada jawapannya
Pada mikraj cinta berbahasa agung kalimahNya
Bukalah mata hati
Bukalah cermin mimpi
Moga jalanku tidak keliru
Berkelana mencariMu
Tuhan temukanlah
Pengakhiran yang terindah
Sehingga bertemuMu
Menghadapmu di syurga
Ya Tuhan sembuhkanlah
Jiwa-jiwa yang berduka
Kembali berbicara
Dan mengukir senyuman
Tuhan temukanlah
Dengan hikmah mikraj cinta
Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2015/06/lirik-lagu-mikraj-cinta-dato-siti.html#ixzz4SkQwCNXj